ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, August 13, 2012

Biskut Kerongsang Bonda

Biskut Kerongsang Bonda


Assalammualaikum.. :D

Wahh.. projek biskut raya dah selesai.. sekarang tinggal projek masukkan gambar dan resipi biskut raya ler pulak ekk :)

Proses menangkap gambar biskut-biskut yang i buat tu tak lama pun.. segala proses tak sampai sejam.. masa nak mengedit pun tak lama.. pendek kata i kalau buat kerja semua mesti cepat dan pantas.. banyak lagi kerja yang nak kuselesaikan.. 
mood menghias rumah memang tengah membuak-buak giteeww... :D
Biskut Kerongsang Bonda


Dengan menggunakan acuan dahlia.. meneran bagai nak rak! :))
jari-jemari cramp! buat pulak sambil berdiri.. almaklumlah i ni kan rendang aje orangnya.. perghhh segala urat sendi bahu semuanya sengal!
dah tu satu kerja ler pulak tu... 


dah macam kerja kilang keronsang pun yer jugak :))
dah ku teran menekan biskut tu.. kan kan...wahh satu kerja pulak ku tatahkan dengan seconet doh ala-ala berbunga...
dah tu tatahkan pulak dengan bebola berkilat tu haper nama tak kutahu nak menyebut! :))
maka terciptalah... biskut dahlia kesukaan Bonda tersayang dan telah kuubahsuaikan menjadi...

Biskut Kerongsang Bonda


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega 
  2. 210 gm gula halus *kisar
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu teh vanilla
  5. 100 gm tepung kastard  { ayak bersama
  6. 100 gm tepung jagung {ayak bersama
  7. 140 gm tepung biskut  {ayak bersama
  8. 2 cubit garam halus {ayak bersama
  9. 1/2 sudu kecil emplex *perangup biskut* {ayak bersama
  10. pencetak acuan dahlia


UNTUK TATAH :

  1. Untuk bunga warna pink *sila ketepikan sedikit doh dan campurkan dengan sedikit warna pink. Lalu masukkan di dalam piping dan nozel berbentuk bunga.
  2. sedikit gula berkilat seperti gambar di atas.
  3. Sedikit gula hiasan warna merah dan pink



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula, garam dan telur sehingga kembang atau gula hancur/larut.
  2. Masukkan perisa vanilla dan putar sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan jadikan sebuku doh *jangan di uli* sekadar menjadi sebuku doh.
  4. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Masukkan sedikit adunan di dalam acuan dahlia dan teran seperti bentuk bunga.:-D
  6. Kemudian ambil adunan yang berwarna pink yang telah di masukkan di dalam beg piping dan nozel bentuk bunga dan tekankan sedikit agar menjadi bentuk bunga yang comel.
  7. Tatahkan dengan gula berkilat dan taburkan dengan sedikit gula hiasan.
  8. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit.
  9. Mulalah membakar selama 10-15 minit atau keadaan bawah biskut agak kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu, barulah di masukkan di dalam balang :-D

***adunan ini memang agak lembik sedikit, sewaktu nak mula membakar cuba dulu bakar dalam 2 keping, kalau biskut agak mengembang sila tambahkan sedikit lagi tepung**


TARRAA!!!

Biskut Kerongsang Bonda


Walaupun biskut ini adalah biskut yang paling mencabar tahap kesabaran i :D namun begitu bila dah selesai membakar..
terus tersenyum leborrr :D
puashati sebab selesai jugak akhirnya..
mujur separuh adunan tak masuk dalam peti sejuk! sambung tahun depan! :))


Sangat rangup.. 
enak dan bonda cakap.. 

"Kalau pagi raya tak ada keronsang kita pakai aje beskot ni"

:))



Okay bersambung di lain N3 masih di bawah tajuk.. beskot raya.. tak sabar dah nak beraya :))

Assalammualaikum..

TATA!!


18 comments:

Phong Hong said...

Beskot ni memang cantik. Saya suka.

Norzie hany said...

Cantiknya biskut kerongsang bonda ni Sha.

Allene said...

nama biskut class la kak... :D

~azillakhalison~ said...

wah2..letak kat kebaya boleh x hihi

Ummi said...

Sha, mcm sedap jek kukis ni, nama pun dah terpikat, unik gitewww...hehe. Kalau ada masa tuk akak, insyaAllah nak try... ^__^

ibh_sue said...

Wahh!!!Kelass kak. Nama biskut pun glamer gituu. Rasanya pun kompem sedap ni.

Bicara Kak Noor said...

akak pun ada keronsang gini Sha masa kawin hahaa tapi skrg ni entah dimana udah mesti sedap biskut ni boleh try lah nnti..

Nur-nba said...

Salam.. Kak, Cantik biskut ni.. Boleh Nur nak tahu macam mana caranya dan acuan jenis apa? (maaf ye.. saya ni budak baru belajar.... hehe)

norhanim md zain said...

As salam Sha..cantiknya..sedap nama biskut nie..Selamat menyambut Aidilfitri

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Pong Hong tq so much nanti Chinese New Year boleh buat yaa..:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Norzie cantik memang cantik tapi sakit seluruh sendi hehehe tq kak..:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Allene nama aje keles rasa lagi keles hehehe.. tq dear

Shahriah Abdullah Novelis said...

Azilla boleh jangan di gonggong semut udah ler yer hehehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Ummi cayang biskut ni rangup dan lemak sangat..:) selamat mencuba yaa tq

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sue jangan tak cuba.. simple aje bahannya tu buat aje yang leceh yaa amat dik..:) tq dear

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wahh kak noor cayangg bolehlah guna biskut ni gantikan kerongsang akak tu hehehe.. selamat berpuasa kak cayang dia muahhh

Shahriah Abdullah Novelis said...

Nur cayanngg okay akak guna acuan biskut dahlia atau acuan semprit yang di tekan tu... sakit dan leceh dek oiiiii

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam kak Animz cayanggg.. tq so much selamat berhari raya kak.. mood dah membara aje ni heheheh

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ