ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Assalammualaikum... :)

Syukur Alhamdulillah... sebulan berpuasa akhirnya kita sebagai umat islam sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri... :)

Di kesempatan ini juga Shahriah ingin memohon ampun dan maaf kerana kelewatan mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua peminat-peminat dan rakan-rakan blogger semua...

Sememangnya i terlalu sibuk menguruskan segala persiapan sebelum menjelang hari raya.. al-maklumlah semua keluarga akan berkumpul di rumah Shahriah... jadi segala persiapan semuanya Shahriah akan lakukan dari A-Z.

Penat usah ler cerita.. langsung tak terasa segala kepenatan tu yerk.. hah! bila dah selesai... baru ler terasa segala urat sendi semuanya sengal :)) sehinggakan terpaksa berurut :))


Secara ekslusif cecewahhh jarang i paparkan gambar i berdua dengan Pak Habibi di blogs... :D
Kali ini i kongsikan buat semua... dengan motto..

Baju raya yang kamai kenakan memang tidak sepapan ku tempah :))

Sebenarnya banyak nak cerita ni.. dan beribu gambar dah ku simpankan dalam folder.. nantilah yaa.. bila ada kelapangan semestinya akan kukongsikan pada semua.. bagaimana harunya i menyiapkan persiapan sepanjang hari raya.. seronok sangat you.. :D

 Tu dia.. Abang Amin, Nellysha dan Abang Aemir..
memasing tahun ni memilih pakaian ikut pilihan masing-masing..
dengan motto..
tahun ni memang tak ada tema.. :D

kisah tu nanti i story mory nanti ehh...
sekarang ni i nak bagi ucapan hari raya dulu buat semua teman-teman FB dan Blogger yang sentiasa memberi sokongan buatku untuk terus berkarya dan menghasilkan pelbagai jenis masakan..
tidaklah sehebat mana pun.. yang penting..
i iklas ingin berkongsi kepada semua.. ya giteeww :D

Bismillah...

Kepada semua peminat dan sahabatku...
Yang aku hormati dan kasihi sekelian..
Di kesempatan ini..
Shahriah ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin..

Ikhlas dariku... dan keluarga...

Jika selama ini ada terkasar bahasa..
Tersilap cara..
resipi yang di beri banyak kekurangannya..
Shahriah menyusun 10 jari...
minta ampun dan maaf yaa..
minta halal makan dan minum..

Moga di bulan dan hari yang baik ini..
hubungan yang terjalin akan kekal berpanjangan dan memberikan manfaat buat kita semua..

Yang elok jadikan tauladan..
Yang mana tak elok tu jadikanlah sempadan yaa..
setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..
Shahriah pun begitu juga..

Minta halal segalanya...



Okaylah.. setakat ini dahulu...
kiranya mukadimah ler ni ekk..
ikutkan i masih sibuk sekarang ni..
Insya~ALLAH dalam waktu terdekat segalanya akan kembali normal.. ~wallahualam~

Sekian dahulu setakat ini menghantar laporan..
tunggu... banyak cerita nak story mory kat you all ni hah!

Sekian sahaja.. jaga diri.. senyyum selalu... :)

Assalammualaikum...

TAKE CARE!

TATA!!




22 comments:

Delima Zamrud said...

Selamat hari raya maaf zahir batin sha :D..Cantik sha di hari raya..

dapurCikWan said...

Selamat hari raya buat kak sha sekeluarga ;) cikwan pun belum sempat nak update blog...huhuhu..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Sha..

Selamat hari raya buat Sha sekeluarga. Mohon ampun & maaf atas kesilapan yg ada.

fazian.batrisyia said...

Selamat hari raya kak sya dan family....cantik baju raya....& cantik rumah sekali...

Amelia said...

Helloo....... yuhhuuu.........laling cayang, apa macam? Khabar baik?

SELAMAT HARI RAYA TO YOU DAN KELUARGA. I pun nak minta maaf kadang2x kalau ada tersalah cakap. Joke2x tu mungkin ada over blue sikit, hahaha.....

You sibuk...I tak mau kacau you dulu, nanti you free baru kita merepek dan pot pet,pot pet ya!

Gambar family cantik dan glamor.... amboi your cik abang banyak tinggi leyy.... hansem juga. Kalau jumpa kat jalan I tekan horn kereta jangan terperanjat. LOL

Hugs you sampai penyet...muaahhhhzzzz.......LUV U

UmmiAQs said...

Salam Aidilfitri kak..

Puan Hazel said...

selamat hari raya kak! ampun maaf salah silap..

~azillakhalison~ said...

tangan nellysha mcm nak bernansyid pulakk hihi

Kak Nita said...

Salam Aidilfitri kak Sha...
Semuanya cantik berbaju biru gitewww...

Liza said...

salam lebaran buat sha n family...ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dr Liza....

zuwaidah said...

selamat hari raya, maaf jua andai tersalah kata masa beri comment di sini.
so sweet family....cantik gitew

Ayam said...

Salam Shahriah....cantik la gambar berdua tu...hehe.

bersama kak Es said...

gambar sepasang tu nampak gah sungguh :)

Norzie hany said...

Selamat hari raya buat Sha sekeluarga.Akak juga mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita.
Cantik gambar family Sha.

Nur-nba said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Sha sekeluarga.. maaf jika ada salah dan silap..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Aidilfitri...

seronok tgk gambar Sha sekeluarga...

PH said...

Selamat Hari Raya! Your Pak Habibi slim orangnya. I selalu imagine dia gempal becoz you sometimes call him Pak Habibi Tebambom. :D

Amie said...

Selamat hari rayaha.. penat ye, bawa-bawalah berehat Sha.
Tu gambar dengan pak habibi dia tu... posing maut...romantik habisssss...

Rohah said...

salam aidilfitri buat akak sekluarga..

yan's cottage said...

salam sha....
selamat hari raya untuk sha sekerluarga......sha walau biru tak sama tapi cantik....!!!!!!

Si Matatajam said...

Salam Aidilfitri buat K.Sha sekeluarga...Maaf Zahir Batin dari M sekeluarga..

QasehnyaRania said...

selamat hari raya akak..
maaf zahir batin ku pohon..
hadiah hari tue dh selamat samapi dan selamat dipublish ..hehe

sgt suka fm dan chopstick itu..

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ