Assalammualaikum... Selamat petang kawan.. :)
Petang ni i sajikan you all semua dengan donut yaa.. tapi kali ni i share donut lain cikit... nak kata terajin tu idak ler jugak... :D
Tetiba teringat masa di Gelanggang Masterchef 2011...sekarang di astro sedang hangat menanyangkan MCM 2012...kan :D
Masa di sana tu.. kami semua telah di ajar membuat pelbagai jenis roti dan kek.. dari Chef2 terkemuka.. handsome2 pulak tu... :D *tak semua* ;)) dan kesemua resipi tu masih tersimpan rapi dalam almari i..
so petang ni mood memang ler bagus! :D
so i pun buatlah donut.... i ubah suaikan resipi broiche di mana roti tu manis, lemak dan lembut sangat! i like... guna banyak telur dan mentega.. dan kena peram semalan.. ingat lagi i.. yang rajin buat broiche siapa tau. Felix! ingat lagi tak? yang berambut panjang selalu berikat tu? hehee.. setiap kali dia menguli i mesti dok tepi.. bukan membantu pun.. tolong tengok jerk :D
Okay... dah tu jerk nak story.. pendek je sebab banyak kerja yaa.. ;)
Cinnamon Sugar
Cinnamon sugar untuk taburan donut i kali ni...
baunya perghhh... i like... harum aje dapur i tadi tau... ;)
1 cawan gula castor
+
1 sudu kecil cinnamon powder@serbuk kulit kayu manis
campurkan dan ketepikan.. maka jadilah cinnamon sugar... ;)
50 gm mentega cairkan.. selepas itu ketepikan..
untuk sapuan di atas roti selepas di goreng nanti yaa..:)
Cara memintal Donut..
you all tengok ler sendiri yaa..
tak reti nak ku terangkan.. biar gambar berbicara.. ya giteeww.. pandainya! :D
Tarra!! jadilah donut tocang!
Jom! Buat...
Cinnamon Sugar Doughtnut
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm tepung roti
130 gm mentega
1 peket yis kering
3 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
sedikit air untuk menguli
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan dan uli sehingga lembut.
Keadaan doh memang agak lembik sedikit dan bukan kental.
Uli dan banting dalam 15 minit.
Perapkan di dalam mangkuk dan tutupkan di atasnya dengan kain lembap selama lebih kurang 3-4 jam atau doh naik 2 kali ganda.
*i uli awal pagi, petang i baru goreng :D*
*DOH ini memang mengambil masa untuk naik*
setelah doh naik. Uli sekali lagi dan biarkan sekejap anggaran doh naik sekali ganda.
Mulalah memintal doh seperti gambar di atas tadi tu ya.
Lakukan sehingga selesai dan selepas itu goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan di atas kertas dapur.
Ambil sekeping donut dan sapukan dengan mentega cair kemudian golek-golekkan di atas cinnamon sugar.
Sedia di hidang dan NGAP!
TARRAAA!!!
Cinnamon Sugar Doughtnut
YUMMEEHHHHH!!! :D
lembut, lemak, enak!!!!
cicahkan dengan sos butterscotch! terbaikkk!!!!
di pendekkan ceritalah kan kan.. hilang mata hitam bila mengunyah tu kak non dan dik non aii! :))
Okaylah... i nak minum kopi sambil makan Cinnamon Sugar Doughtnut
Jumpa nanti!
Assalammualaikum...
TATA!!
5 comments:
waw!sungguh mengasyikkan betul pic yg kt atas sekali tu.....sampai terbeliak biji mata saya dibuatnya.... enak sunggh dgn rasa ke"kayu manisan"nya tu......
Sedapnya sha..anything with cinnamon Kak Ros love it.Mesti nak buat...terliur sungguh ni...
Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.
Saygılar.
Hi my dearest Sha, wow... excellent and delicious. Kasi tapau 4 biji for my supper? hahaha...
I suka cinnamon sugar, the best for donuts until finger licking good.
Ok, nak balik dulu... bye and sayang you. mmuahhhzzzz...............
sedapnyaaaaaa kak sha oi...Sy br lepas cuba cucur lobak akak tau mlm tadi...kes tak masak nasi en hb takde kat ghumah...Sedapppp berlumba2 mkn dgn anak2...
Post a Comment