ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, October 5, 2012

Ayam Goreng Oregano



Asssalammualaikum... :)

Baru dapat bersiaran.. bukan main busy lagi i hari ni.. dah lah cuaca mendung.. pagi tadi hujan.. mood hari ni memang agak kelaut! :))

Start enjin kereta terus ajak bonda sarapan di luar. Ehh.. biasalah kalau dengan Bonda mesti punya menyimpang!

Ke Nursery *jualan pokok bunga* tuuu... :D

Tengah syiok-syiok pilih bunga dengan bonda.. dapat panggilan dari publisher!

Wahhh! next month makan angin i you!

Syukur Alhamdulillah..rezeki ALLAH SWT berikan.. i terima dengan hati berbunga-bunga! terus tak jadi beli bunga! :))

Dengar cerita kali ni destinasi kerja penulisan i jauh nun di sana!! naik belon! dan segalanya di taja! Syukur Alhamdulillah... :D
 ke mana tu? nanti i bagitahu yaa... :D

Ayam Goreng Oregano


i memang tak memasak hari ni.. i dan bonda makan di kedai makan nasi padang.. sedap ngko aii.. :)

Pak Habibi pulak tak de.. outstations.. so untuk Abang Aemir dan Nellysha i tapau je :D


Ayam Goreng Oregano

Bahan-bahannya :

6 ketul ayam *cuci bersih
minyak untuk menggoreng

BAHAN PERAPAN :

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk oregano *Dried oregano ada di pasaran
sedikit garam
2 ulas bawang putih *parut
1/2 biji bawang besar *parut

CARA :

Campurkan ayam bersama *BAHAN PERAPAN* dan gaul rata dan perapkan selama 20-30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau warna ayam bertukar keperangan.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Ayam Goreng Oregano


Simple. Crispy. Smells Good! And Yummeehhhh ;)

makan dengan nasi putih macam tu pun dah sedap i tell you all!

versi masakan orang busy! :D


Kerana Sebiji Epal

Sedang Hangat di Pasaran!!!

Berkisarkan tentang kisah benar! Jadi apa yang ada baca di dalam Kerana Sebiji Epal.. segalanya bukan rekaan tetapi kenyataan... :)



Sekian jumpa lagi...

Jaga diri.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!


9 comments:

Amelia said...

Hi my dearest Sha, wah...... sedap meletupss...... I nak minta 2 keping, pastu yang ayam hiasan tu nak kip-nab bawak balik pondok I. LOL

Congratulation, dapat pangilan dari publisher. Feel so happy for your success. Keep up the good work.

Have a nice weekend.

Unknown said...

wah Sha nk makan angin ke??best tu naik belon kat mana ekkk bagitau lah
ayam oregano mmg sedap nmpaknya tu dapat se paha ummpphh mmg tak puas hee...

Norzie hany said...

Kerana sebiji epal....thumbs up.Sha akak nak cuba la resepi ni,nampak mcm sedap sgt...oregano baki buat pizza byk lagi dalam simpanan.
Psssttt...resepi dalam buku sajian istimewa shahriah yang akak dah cuba semuanya sedap2...suami akak pun ckp sedap.Terima kasih ye kerana sudi berkongsi resepi yg enak2 tu.

Amie said...

Tahniah Sha... naik belon ke mana tu, Sarawak aje yang panggil,belon yah ha ha ha ha.... tu ayam goreng oregano tu baunya sampai ke sinilah...

Kasih Salina said...

wah..sedapnya ayam goreng oregano ni..mesti wangi baunya..harus ku mencuba..hihi..

Yong Is My Name said...

wahhh.. sedapnya..
lama tak terjah blog akak..
manyak linduuuu..

PH said...

Sedapnya! Membuka selera. Eh, I dah makan tengahari pun. Kalau ada ayam ni kat depan mata, tak kisah, terus baham!

izahdaut said...

akakkkk caaakkk..
lama tak ngomel kat sini.. simple jek ayam gini kan.. cer la nak buat nanti untuk budak2..kot2 diorg suke :-)

Unknown said...

SAlam kak Sha cyggg....
bak cnie 2 ketui ayam grng tue..keliuq ja tgk..hehe :))

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ