ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, October 21, 2012

Jemput-Jemput Pisang Musim Hujan Memang Terbaik!



Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua.. dan selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang :)

Sekarang ni di kampung i musim hujan... lepas tu berhenti...lepas tu hujan lagi.... :))


Bila hujan perut manjang lapo... :D

bila lapo.. mulalah mengais apa yang ada di dapur tu...;)

Kais-kais....


terjumpa pulak pisang raja masak ranum :D

asyik terlupa nak di makan dan di goreng...

tup! tap! hampir lebam :))


apalagi lenyekkan... dengan tepung...

ingat nak buat lempeng.. ehh.. hujan! malas nak berpayung ambik daun pisang..

cekot-cekot.. dah... jadilah...

Jemput-Jemput Pisang


BAHAN-BAHANNYA :

3 cawan pisang masak *lenyek
1 cawan kelapa
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur

minyak untuk menggoreng

CARA :

Lenyekkan tepung bersama gula pasir dan garam sehingga hancur.
Masukkan tepung, telur, kelapa dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan mulalah menggoreng.
Goreng sehingga keperangan atau kecoklatan. 
Toskan dulu di atas tisu dapur.
Sedia di hidang bersama kopi O!!!

TARRAAA!!!

Jemput-Jemput Pisang


Resipi Bonda.. tanpa baking powder dan yis..
rasa asli... masa zaman kekanak.. inilah yang bonda sering gorengkan buat kami sekeluarga :D


musim hujan.. makan sambil menonton tv...

tak sedor.. hentah dah berapa cucuk masuk dalam perot :D


Musim labu kat kampung i... 

bersusun kat dapur i tu hah!

lepas ni nampaknya manjang resipi labu je lah ekk.. ;)


bunga rose i dalam porch... lebat berbunga...

yang di tanah.. habis lodoh sebab sekarang musim hujan.. ;)


Jangan lupa singgah... kebun mini i...



Sekian dulu...

selamat bersantai hujung minggu.... jaga diri yaa.. ;)

Assalammualaikum..

TATA!!


7 comments:

Amie said...

Kalau musim hujan, menu apa pun...nak pula yang masih panas... memang licin! Entah nape ye kalau hujan je perut cepat lapar!
I terpikat dengan bunga ros yang subur berbunga tu....

Chinta Safia said...

Hujan-hujan memang perut sentiasa lapar.Kena pulak jemput-jemput pisang memang sedap.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Amie cayang betul tu.. musim hujan makan apa pun sedapss.. hehee. tq bunga rose Fav Bonda..;)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Chinta Safia.. betul tu... makan panas2 sedapzzzzzzzzzzzz

kasihredha said...

salam sha
kat sini pun hujan
perut asyik bunyi ajer
bestnya mkn jemput2...sambil minum kopi/teh.
Labu tu sedappppnya kalau buat pengat/sira...masak lemak pun sedap juga :)

inahar ali said...

perghhh..jemput2 pisang mmg da bombb! terbaekk..i loiikee!!

Tali Kecapi said...

jemput-jemput memang sedap makan masa hujan....

My recent post : Salam Perkenalan dari Tali Kecapi

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ