Assalammualaikum... :)
Apa khabar semua? :D Syukur Alhamdulillah semakin bertambah rakan-rakan di dalam dapur maya i ni... :)
Semalam sempat juga i gagahkan diri, follow kawan-kawan yang mana add i... ada juga yang tiada link so tak dapatlah i nak follow you all semua.. yang mana i tak follow lagi tu, silalah tinggalkan link di kotak komen i di bawah tu yaa... terima kasih.. moga hubungan yang terjalin ini akan kekal dan dapat kita manfaatkan dengan sedikit info dan ilmu yang berguna... taklah sehebat mana pun... yang penting i ikhlas nak kongsikan kepada semua teman-teman. :)
Terima kasih juga buat semua teman-teman yang telah sudi mencuba resipi dari dapur i ni.. terima kasih sangat! lap you all semua muahzzzzzzzzzzzzzz <<< kissed sampai terlelap ehh :D
Okay ni kita sembanglah kejap ehh...
Pagi tadi ke pasar dengan Bonda, antara rutin yang jarang sekali i lakukan. Sebab kalau tak ada Bonda semestinya i dah terperap dalam opis i tu.. banyak kerja penulisan yang perlu i bereskan.. entah bilalah nak siap agaknya! semakin banyak pulak nampaknya.. :D
Bonda beli udang dalam sekelo. Udang saiz M. Bonda beli pasal Pak Habibi suka! perghhh... kan kan.. so kepala ni dok berfikir apa yang nak ku masakkan cik abang udang tu? fresh lagi ngko aii... ;)
So ke kebun mini i tepi rumah tu.. lama termenung.. nampak pokok kunyit ada daun limau purut. Mulalah idea tu nak melemak cili apikan udang tu. Tak Mo! jemu-jelak dah...
yaaa... pokok rosemary i begitu segar dan banyak membiak. Daunnya besar-besar naa ngko aii.. so i snip snap dalam 3 batang.. i cium... perghh harum! :))
Pak Habibi dah alihkan pokok rosemary i yang sihat tu... dah ada dekat 5-6 pokok sekarang ni.. rimbun naa... suka i you! :D
so masakkan udang tu.. simple je... macam sweet sour yang biasa kita buat selalu tu.. tapi kali ni i masak lebih ringkas, simple dan rasanya lebih harum dan enak dek udang yang segar tu dan bau daun rosemary!
Fullamak! serius sedap :D
Sweet & Sour Rosemary Prawn
Bahan-bahannya :
500 gm udang *saiz M dan buang kulit tinggalkan ekor, buang najis di belakang udang.
Cuci bersih dan lumurkan dengan sedikit garam dan cracked blackpepper. Perap dalam 15 minit.
1 tangkai daun rosemary *ambil daun dan hiris
6 sudu besar sos cili thai
sedikit cracked blackpepper
sedikit paprika
gula dan garam
minyak
BAHAN TUMIS :
1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia *Juliane @potong batang mancis
CARA :
Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu.
Masukkan udang, sos cili thai, gula dan garam.
Gaul rata dan taburkan dengan hirisan daun rosemary, cracked blackpepper dan paprika!
Angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!
Sweet & Sour Rosemary Prawn
Simple. Mudah. Ringkas. Jimat Masa!
rasa udang yang manis. harum bau rosemary, pedas dan.....
nyaman bahhhhhhh... :D
sekian sahaja.. jumpa petang nanti.. Insya~ALLAH.. ;)
Assalammualaikum
TATA!!
11 comments:
Asslmkum Kak Sha.
Tumpang jamu mata ja lah..Kak!..segar bugar rosmarry akak tu. Hari tu nampak kat jusco , ingat nak beli..tapi fikir nnti..sue bukan reti masak guna rosmarry pun. Tp now rugi pulak tak beli hari tu..Nanti nak car lagi lah. Hope ada jual lagi pokok tu.
Waalaikumsalam Sue cayang... beli dik jangan tak beli.. macam2 masakan boleh kita gunakan daun rosemary tu.. nanti akak share lagi resipi rosemary ekk.. beli tau jangan tak beli pastu tanam.. kalau manjang beli je mahal.. pokok rosemary mudah nak membiak..:)
Sungguh sejuk segar nampaknya rosemary you tu? Tanah subur yer...i tak dak tanah dah nak tanah, dalam pasu boleh ker?
Emma boleh.. asalnya sha tanam kat dalam pasu.. bila dah segar pindahkan ke tanah.. dalam pasu lagi dia membiak... cuba try..;)
ermmmm sedap tu...nti boleh try buat nti...
ermmmm sedapnya ...nti boleh try buat ni...nak mtak sepinggan boleh..?
Wanie mesti cuba simple aje tu ehehe.. nak sepinggan? sekuali i bagi ;)
Heeellloooooooooo, my dearest Sha! ( Dengar tak I jerit dari JB) LOL
Kejab lagi rasa2x nak pi umah you makan udang lah, ada lagi tak? I tapau my grilled king udang for you, mau?? And nak cubit sikit rosemary plant balik umah tanam. hehehehe
Lovely presentation and suka sangat itu rosemary plant. I dah boleh cium baunya kat sini, LOL
Okey, balik dulu, nak pergi merayap pondok lain kejab sebelum start kerja.
Have a nice day, byeee.. muahhzzzz...................... kot dah penyet???
wahhhhhhhh
lama tak lepak sini. sekali dihidangkan udang yang tau rasanya sedap..
2 minggu nie ayu puasa ganti..
sbb tahun nie bulan puasa banyak sakitnya.
hehehe
so, terliur sudah.. ku bawa sepiring mangkuk kosong untuk berbuka nanti..
boleh kannn kak Sha
Salam kak sha.. macam biase memang terbaeklah...kalau guna rosemary kering boleh tak??
salam kak sha... kalau guna rosemary kering sama tak rasanya??
Post a Comment