ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, December 18, 2012

Jemput-Jemput Ikan Bilis Cuti Sekolah


Assalammualaikum... Good Morning :D

Musim hujan sekarang ni kan... hmm... jemuran semakin bertimbun... bila panas tolak penyidai tu kat luar... bila mendung... tarik semula ke dalam.. perghh.. dah macam main 'Sorong Papan Tarik Papan...' hehe....

Hujan ke panas terik ke... apa pun tetap bersyukur...:D
semuanya Rahmat dari Yang Maha ESA... :)


So pagi tadi.. i buat sarapan pagi yang tak perlu bagi tahu nama pun semua orang dah tahu..

yaa... Jemput-jemput ler apalagi... orang kampung ler katakan.. jemput-jemput tak mungkin dapat di pisahkan.. ya giteeww.... :)

bila tiba musim hujan je.. hah! mulalah.. keluar menu-menu yang biasa di makan masa zaman kekanak dulu tu kan.. antaranya...

Jemput-jemput pisang
Jemput-jemput ikan bilis dan lain-lain lagi jemput2..
lempeng pisang
lempeng kelapa
nasi goreng kampung
mee hoon goreng 
nasi lemak
ubi rebus
ubi goreng
dan kuih-muih kampung...

Dan macam-macam lagilah.. kalau di taip tak cukup 3 muka surat :D

Jemput-Jemput Ikan Bilis Cuti Sekolah


BAHAN-BAHANNYA :

300 gm tepung gandum
1 biji telur
2 keping roti putih
1 biji bawang besar *dadu
4 tangkai daun bawang *hiris
1 genggam ikan bilis *blender dengan sedikit air
air secukupnya
garam dan minyak

CARA :

Campurkan tepung, bawang besar, daun bawang, ikan bilis, telur dan roti dan gaul sebati.
Masukkan air secukupnya sehingga menjadi batter yang pekat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
Angkat dan hidangkan bersama sos cili!

TARRRAA!!!


Jemput-Jemput Ikan Bilis Cuti Sekolah


celup-celup ahhh.... :D

simple dan mudah..

sangat lemak, lembut dan bila di makan tak sedor-sedor dah 10 biji masuk ke perot :D

musim hujan ler katakan.. kan kan.. makan apa pun sedapzzzzzz :)


sekian jumpa lagi... jaga diri...

Assalammualaikum....

TATA!!








7 comments:

kasihredha said...

Salam sha
Naaaakkkkkkkkkkkk sikit

Nooriah Abdullah said...

salam sha..
apa kabar adik cayang, lama nya tak bermesra dgn Sha teringin lah nak rasa jemput2 tu bak seketoiii mesti sedap tu kan. tak gi jalan ke cuti2 ni Sha..

Phong Hong said...

Memang sedap cicah dengan sos cili.

Evelyn Gemina said...

Selamat malam...

Sedapnya jemput2 tu...mauuu!!!!

Rohah said...

syokkkk je kan nyantap jemput2 ni..10 ketul kira ok lag tu kak...tapi kalau sepinggan pun kalau sya boleh jadi gak..siap berebut ngan anak..

AbbotCottage said...

Musim ujan-ujan macam ni memang sedap pekena cekodok. sedar tak sedar dah habis semangkuk.

ct hana honey said...

kalau org Johor, makan jemput2 x sah xde sambal kicap pedas terangkat...heheh.

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ