ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, December 17, 2012

Roti Dan Sardin



Assalammualaikum... selamat pagi semua... :)

Masih di dalam mood School Holiday.. di mana.. masakan sentiasa mengikut jadual...

Minum pagi@sarapan
Makan Tengahari
Minum Petang
Makan Malam
Supper

dah macam mak cik kantin asrama pun ada jugak dah ni hehhee... :D

Belanja dapur semenjak cuti sekolah bermula.. mendadak naik 3 kali ganda... :D


Sampaikan masa nak bayar di kaunter... ada Pak Cik dan Mak Cik yang menegur...

*masa tu i tengah tunggu juruwang key-in harga barang yang i borong :D*

"Berniaga ke nak?"

aduhaii.. masa tu i toleh kanan dan kiri... terus ler mata tu tenung barang2 yang bertimbun dalam trolley..

i jawab slow.... aje.... #__________*

"Untuk anak-anak kat rumah.. sekarangkan cuti sekolah..."

Pak Cik dengan Mak Cik tu terangguk-angguk... agaknya dalam hati dia mesti cakap cam ni...

mesti anak dia lebih dari 9 orang!!!!! :))

hadoii.. tak pe.. tak pe... yang penting tiap hari i memasak di rumah kalau tak i.. my PA yang masak.. so tiada erti kata makan di luar.. lebih jimat belanja tak giteew??

 Sardin Goreng


BAHAN-BAHANNYA :

1 tin sardin *buang sos dan isinya di hancurkan *separa hancur
daun bawang *hiris untuk tabur
 cili padi *hiris Untuk tabur 
2 sudu besar sos cili
sedikit cracked pepper dan blackpepper

BAHAN HIRIS :

1/2 biji bawang holland *dadu
2 ulas bawang putih *hiris
1 inci halia *dadu
1 batang cili merah *hiris


gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan *Bahan-bahan hiris sehingga naik bau.
Masukkan sardin dan kacau sebati.
Masukkan sos cili, cracked blackpepper dan pepper, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan bersama taburan daun bawang dan cili padi.


TARRRAA!!!!!

 Sardin Goreng



hidangkan bersama roti putih atau roti perancis...
tak perlu di bakar terlebih dahulu.. calit dengan roti macam tu je dahh...

musim cuti sekolah macam ni....
masaklah apa pun... memang licin! :D


dengan hanya sardin goreng yang simple...
selesai 2 bantal roti putih saiz L... ala yang panjang tu.. bukan yang peket kontot tu taw! :D

Tu pun ngam-ngam je... Syukur Alhamdulillah.. dengan belanja kurang dari RM10... lebih 8 orang dapat menikmati hidangan sarapan pagi yang ringkas... jimat masa dan jimat belanja...

Selamat menjamu selera... dan selamat bercuti bersama anak-anak...

jumpa nanti...

Assalammualaikum...

TATA!!!



6 comments:

sis intan said...

Salam. Makan roti dan sardin pun best! I likeee :)

Noor Yusoff said...

As salam Shahriah...roti pun roti la...janji sedap di cicah dengan sardin.

Phong Hong said...

Kuat makan jugek lah macam famili I. I ada some sardin dalam peti ais. Boleh lah try sardin goreng. Nampak sedap :)

mori said said...

Salam Sha... ni la menu mori untuk dinner bila dah buntu nak masak.. hehehe.. senang kan..

Cik Nurul Siezuka said...

Feveret tu sardin.. makan nasi + Sardin.. Fuuhh memang sedap.. :)

AbbotCottage said...

sardin masak apa pun tetap sedap!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ