Assalammualaikum.... Salam santai hujung minggu buat semua.. :)
Masak apa hari ini?? Okay i masak simple forever.. tinggal di hujung ceruk kampung yang terpinggir.. jauh dari kesibukan lalu lintas... asap kereta yang berjerebu...:)
Itulah yang seronoknya tinggal di kampung.. berbanding suatu ketika dulu tinggal di tengah bandar kosmopolitan... sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan... jam sana-sini... itu dulu...
Beberapa kali Pak Habibi telah menerima tawaran kerja di tengah bandar sana tu.. pernah juga dapat offer kerja di luar negara... sorry... kami tetap memilih untuk terus menetap di kampung...
Nyaman.... aman dan damai... :) tak nak lagi dah berpusu-pusu dan terkejar sana-sini bila nak ke setiap destinasi... termasuklah ke pasar untuk mencari bahan masakan...:)
Kini tinggal dan menetap di kampung.. bersama jiran tetangga yang peramah dan baik hati...
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa amannya saya sekeluarga di sini...:)
Bila tinggal di kampung... apa yang menyeronokkan..
Taman dan tanah yang luas.. terdapat pelbagai hasil tanaman kampung... yang mana tidak bertanam di celah tanah sana tu.. cari sahaja di pasar atau di pasar tani... semuanya ada.. fresh dan cukup berpatutan sekali harganya... :)
Masak pun manjang nak lauk kampung sahaja.. walaupun anak-anak di rumah lebih terbiasa dengan masakan ringkas dari barat...
Simple made perfect! mereka dah terbiasa.. sebab dari kecil walaupun mereka di lahirkan dan di besarkan di bandaraya yang pesat... masakan kampung sentiasa terhidang di meja makan.
Sehinggakan kekadang terasa bangga, bila anak-anak bujang bukan main berselera apabila terhidang lauk pucuk ubi masak lemak... macam ternampak Steak! wah! giteew.. :)
Dulu masa baru-baru berpindah di kampung..
anak-anak bujang bukan main mengeluh.. tak suka tinggal di kampung, mungkin sebab persekitaran yang terlalu aman dan damai :D
i faham.. anak-anak terpaksa meninggalkan kawan-kawan sekolah yang dulunya rapat sejak dari sekolah tadika... ambil masa juga anak-anak bujang i nak menyesuaikan keadaan di kampung.. itu dulu...
sekarang bila tanya.. seronok tak tinggal di kampung?
"The Best! Mom!"
ya, giteew...
Tak tahulah esok lusa kalau ada rezeki tanpa di sangka datang bergolek... manalah tahu ke negara bersalji pulak.. ye ke??? bila tu???
Ehem! ~Wallahualam~ ;)
Sambal belacan.. boleh di katakan wajib ada terhidang di meja makan setiap hari..
semua anak-anak sukakan sambal belacan..
Walaupun maknya ni bukan main malas nak menumbuk sambal..
demi keluarga i sanggup berkorban... ;)
cecewahhh.. ;))
Lauk Kampung Aje...
Hujung minggu yang sangat santai minggu ini.. memang tak plan nak ke mana-mana kecuali petang sikit nanti akan bawa Nellysha Swimming... hobi dia jika tak ada plan di luar menonton wayang atau window shopping.. :)
SoOOoo... i pun masaklah simple forever :D
Jom! Masak! Pastu Makan.. :D
Lemak Cili Api Pucuk Ubi
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm pucuk ubi } ambil pucuknya dan rebus sehingga empuk. Toskan dan hiris
600 ml santan pekat
garam secukupnya
BAHAN TUMBUK RENYAH :
- 1 biji bawang besar
- 100 gm ikan bilis
- 10 tangkai cili padi hijau **kurangkan jika tak suka pedas**
- Campurkan bahan tumbuk bersama santan dan renehkan sehingga mendidih *sentiasa di kacau dan jangan sampai membuak.
- Masukkan pucuk ubi dan sesuaikan rasa.
- Angkat dan hidangkan!
TARAA!!!
Lemak Cili Api Pucuk Ubi
Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya.. pedas berapi tu :))
Sekian dulu... resipi kampung yang semua orang pun dah tahu..
tetapi yang ringkas tu lah kita sering terlepas pandang..:)
Selamat bersantai hujung minggu... jaga diri..
Assalammualaikum..
TATA!!
9 comments:
Assalam Sha.. lama akk tk sempat jenguk dapo Sha.. Nengok pucuk ubi ngan sambai velacan tu, tak tahannnn.. :b
Waalaikumsalam Kak Sheila yang cantik.. hehhee.. tq kak sudi singgah sha pun tak berkesempatan nak BW.. asyik berjanji masih tidak tertunai.. tq yaa kak lauk pucuk ubi aja.. tapi bisa mengugat iman hehehhee
Sesungguhnya lauk-pauk kampung itulah yang menyelerakan Sha.... sekarang ni nak masak pucuk ubi pun susah, sebab apa tau.... sudahlah kena bei, lepas tu keras kejang je daun2 tua yang dijual... pucuk mudanya seco'et je he he he ehhhh
lauk yang simple tapi mampu membuatkan kenyang bersandar.....sedapnyaaa...
Aslmkum Sha.sypun lama tak singgah sini.pucuk ubi....sambal belacan..ikan masin...mmg membangkit selera.sypun suka suasana kg.....ada pokok menghijau..laman luas...damai ...
Salam Kak Sha.. lama betul tak menyinggah kat sini.. rezeki kampung hari ni ya... sedapppp, lama tak pekena pucuk ubi ngan sambal belacan tu..
sedapnya... terliur...
Assalamualaikum Sha cayang...adei lama x masuk dapur Sha yg sentiasa panas dan mantops ni...Hari ni xleh tahan, kena masuk jgk sebab terhidu bau ikan masin dan sambal belacan tu... Seronok kan suasana kampung..sbb itu akak pun akan berpindah ke area ala2 kampung jgk laa....nampak lebih aman dan berangin dgn angin sepoi2 bahasa gitu...hehe....
Tu pasal blog bersawang, bz packing la konon, yg betulnya x berapa jgk nak pindah, sayang jgk area sekarang sbb segalanya berhampiran, kedai 20 langkah, masjid 30 langkah, sekolah Aiman 1 km jek, pasar malam n kedai semua kat depan rumah....adeeii area baru nnt, x semua begitu, masjid pun 500 meter dah..kedai pun....huhu
Assalammualaikum... Terima Kasih Semua kerana sudi singgah dan sudi meninggalkan komen yaa... sayang kat you all semua... ;)
Post a Comment