ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, April 18, 2013

Kek Pisang Bermadu ~ Majalah Aroma Edisi April 2013



Assalammualaikum.... Salam Sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati dan sentiasa berada di dalam ingatanku.. walaupun manjang lesappp... dan langsung tidak meninggalkan asappp :)) dan sekarang baru timbul lagi dan lagi.. setakat mana bertahan.. itu tak pasti.. Wallahualam... :D

Buat semua teman-teman yang tidak pernah putus-putus singgah di blogs i yang manjang tak ada sejak kebelakangan ini.. Shahriah nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kerana masih sudi datang bertandang dan meninggalkan komen.. walaupun sejak dua menjak ini Shahriah jarang benar dapat BW dan meninggalkan jejak di blogs kengkawan semua.. bilalah agaknya nak dapat macam dulukan... sepanjang hari boleh dok santai depan PC pastu... BW blogs kengkawan...tinggalkan komen... hmm... masa benar-benar mencemburui i sekarang ni... :(

Tak pe.. tak pe.. walau apa pun hidup perlu di teruskan.. kan kan... Okay kali ni i nak share dengan you olls... resipi-resipi yang telah pun di paparkan di majalah Aroma awal bulan April.


Jutaan terima kasih buat Majalah Aroma kerana sudi berkongsi beberapa resipi masakan dari dapur The Writer's Cooking. Terutama buat Puan Siti Dimiati yang cantik manis kerana sudi menghubungi Shahriah beberapa bulan yang lepas. Majalah Aroma adalah antara Majalah yang sentiasa Shahriah dapatkan di pasaran setiap bulan. Tidak pernah tidak membelinya.. pasal apa??? Sebab Majalah Aroma Best! memaparkan ramai teman-teman blogger yang hebat-hebat dan juga chef2 profesional. Masakan dan resipi yang cukup enak, gambar yang jelas dan terang juga menarik. Di pendekkan cerita Majalah Aroma terbaiklah!!! :)
 

Kebetulan masa Pn Siti Diamiati hubungi i masa tu i tengah sibuk sangat... memang ada pelbagai program masakan dan demo. i cuba juga penuhi permintaan Pn Siti Dimiati... curi-curi masa nak kumpul bahan dan gambar untuk di kongsikan buat semua pembaca Majalah Aroma. Akhirnya... Alhamdulillah.. walaupun tergesa-gesa dan mengejar masa, mana lagi nak membahagikan kerja yang bertimbun. Dapat juga i kongsikan 7 resipi mudah buat semua pembaca Majalah Aroma.

Dan i akan cuba kongsikan di sini satu-persatu buat tatapan semua, yang mana terlepas edisi April tu.. bolehlah rujuk di blogs masakan Shahriah ni yaa... terima kasih semua.. :D

Kek Pisang Bermadu


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm Pisang lemak manis
100 gm gula kastor
300 gm tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/4 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur *saiz A
2 sudu besar madu
100 ml susu segar
100 gm badam hiris

Untuk Tatah Di atas Kek :

4 sudu besar madu

CARA :

  1. Lenyekkan pisang bersama gula sehingga hancur dan gula larut.
  2. Campurkan susu segar, telur dan kocok sehingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan pisang yang telah di lenyek.
  3. Masukkan madu dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sehingga tepung habis.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega.
  6. Taburkan hirisan badam di atas kek.
  7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 40-45 minit.
  8. Setelah kek masak, sapukan dengan madu dan sedia untuk di hidangkan.

 TARRAA!!!

Kek Pisang Bermadu 


Sangat lembut.. basah.. gebus... lemak.. manis... sedappp... ;))

tak caya? cecuba.. cecuba... ;))
 

Okay.. i stop sini dulu.. nanti i share lagi okay...

jaga diri.. jangan noty-noty..

 ingat Shahriah cayang kat you olls semua..


MUAHHHHHHzzzzzzzzzzzzzzzzzz  :D

Assalammualaikum..

TATA!!

11 comments:

JaSSNaNi said...

sedapnya kek ni.. wajib cuba.. tengah menggila testing wat kek skrg ni... heheheh..
and tahniah di sunting aroma...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Jassnani.. nanti cuba yaa.. all the best :)

Salmi Khairil said...

bila agaknya dapat merasa hasil air tangan akak lagi..sedappp

Ayam said...

As salam...kek pisang nice nya...stok pisang masih ada nanti boleh lah try pulak.

Unknown said...

Salam Sha, wah dah Aroma pulak bestnya kan, mesti sedap ni puan Mc yg buat kan tak tau bila dpt rasa ni...

wawa syaida said...

akak.....sedapnyeee...telan air liur ni...tengah puasa ni...sabar2 :))

Amelia said...

Yuuuhuu.... my dear, congratulation being feature in majalah aroma. Wish you all the best and to me you're the best among the best in M'sia. :)

Your kek pisang sedaplicious, kalau ada kopi iced lagi sedap meletupssss...:) I suka itu badam topping, nyum nyum..... LOL

Have a lovely day, LUV you babe.

Ben said...

salam rinsu sha..akak nk cofirm balik mmg resipi kek pisang ni x letak miyak @ butter ye? mmg nmpak gebus gebass..perghhh!!

inahar ali said...

shaaa..sori moriii td komen terguna akaun anak akak baniboyz tu..alahai! hehe..sori ek!

Unknown said...

wahhh kek pemes ni ye kak sha..nak kena test ni..yg xtahan tu bermadu...hehehe

emma marini said...

Nampak sangat gebu dan sedap...bilalah ku punya masa untuk membuat kek ini

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ