ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, April 8, 2011

NASI LEMAK & THE GENGS ~ SOTONG & SUP TULANG POWER

NASI LEMAK & THE GENGS ~
SOTONG 
& SUP TULANG POWER

Aduhaii dugaan betullah.. udah ler diet... Ibu mertua kesayangan yang datang berkunjung request nasi Lemak.. siap nak sambal sotong segorr lagi Youu.. tak per laaa.. sebab i sayangkan anak lelaki dia.. i buatkan jugak muahaha... BAIK punya menantu! *pITAM* hehee... okay macam biasa... i kalau masak nasi lemak mesti ada pengiring-pengiring si nasi lemak tu ekk.. kalau setakat nak buat nasi lemak, sambal tumis telur.. moh! kita ke pekan beli nasi lemak bungkus.. baru RM1 sebungkus yer tak... i kalau masak nasi lemak mesti nak ada sup.. tak kiralah sup ayam atau sup sayur ke.. janji ROCK! SUP... bila makan nasi lemak tu.. hirup pulak kuah sup! TERUS TAK INGAT MAK MERTUA DOK SEBELAH TU EKK.. muahaha.. okaylah.. tu jerk nak sembang ekk.... sambung petang nanti... Ibu Mertua dah request nak minum petang apa.. Tunggguuu...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
NASI LEMAK & THE GENGS ~
SOTONG 
& SUP TULANG POWER
NASI LEMAK... resipe ni i dah pernah share dengan you all di DI BAWAH LABEL PELBAGAI JENIS NASI LEMAK... nanti ambil resipe di sana ya..

SUP TULANG POWER
SUP TULANG POWER

Bahan di KISAR : **BAHAN A

1 1/2 biji bawang merah (Besar)
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh lada hitam

Bahan-bahan LAIN :

**TULANG DAGING 1 KG ~ REBUS SEHINGGA DAGING EMPUK DAN KETEPIKAN BERSAMA KUAHNYA

**BAHAN-BAHAN B
5 hiris lengkuas
1 batang serai titik
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

**BAHAN-BAHAN C

2 biji tomato ~ belah 2
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya
1 batang celery
3 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun limau purut ~ siat
10 biji bawang putih *campakkans sahaja ke dalam sup masa mendidih yaa...

DAUN SADRI DAN BAWANG GORENG UNTUK TABUR

CARA MEMASAK :

CAMPURKAN **bahan-bahan A DAN JUGA **bahan-bahan B ke dalam periuk tulang daging yang telah di rebus sehingga empuk terlebih dahulu
Setelah mendidih masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan kesemua **bahan-bahan C kacau, sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan!!

SAMBAL SOTONG
**RESIPE PERNAH DI KELUARKAN SEBELUM INI.. SILA RUJUK DI LABEL.. SOTONG

SAYUR KANGKUNG CELUR

daun kangkung di siang dan di cuci bersih. Didihkan air dan celurkan sayur kangkung, sekejap sahaja jangan terlalu lecur tak best! toskan dan hidangkan bersama NASI LEMAK!
TEMPEH GORENG KETUMBAR

**resipe juga pernah di keluarkan sebelum ini... cari di bawah label TEMPEH

KEROPOK SAYUR

gandingan mantap apabila di makan dengan NASI LEMAK!!!

TENGG!!! TARRAA!!!

NASI LEMAK & THE GENGS ~
SOTONG 
& SUP TULANG POWER
Nampak aje leceh tu.. mudah aje dong! sangka mudah... segalanya akan jadi mudah! Wallahualam..:):) selamat menjamu selera kawan-kawan...:)
BARU UP DATE BLOGS SHASHA SUKA >>> KHAS DAN KHUSUS UNTUK KAUM WANITA... SAHAJA >>>>>
 KLIK DI SINI >>>> PERLU KE CUCI MUKA???

TATA!!!


KELAPA SEGAR TAHAN LEBIH LAMA


KELAPA SEGAR TAHAN LEBIH LAMA
Kelapa.... sebut sahaja kelapa semua rakyat Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia tahu.. i sebut negara Jiran yang dekat-dekat je yee... Thailand pun sebut jugaklah.. hehe.. okay biasanya kita gunakan kelapa parut atau santan kotak kan? santan kotak tu dengarnya kurang rasa lemaknya.. pada i oke aje.. cuma bau aromanya kurang sedikit laa.. jika di bandingkan dengan kelapa asli. Okay kelapa asli pulak bila di parut kemudian di simpan di dalam peti sejuk.. bila esok atau lusa nak di guna.. dah berbau tengek.. yer tak??? yer kan aje... ada beberapa petua yang biasa i amalkan... antaranya... bila dah di parut kelapa tu.. kukus terlebih dahulu.. selepas di sejukkan barulah di simpan di dalam peti beku menci tau sebut beku! Bila nak di guna baru kita keluarkan dan defrost kan kelapa parut tu terlebih dahulu... tu biasa ler yer tak.. okay ada satu lagi petua... nampak leceh tapi i tell you.... memang superb!!!! kelapa rasa segar dan asli.. cuma leceh sikit je laa nak di sediakan ekk.. okay you all tengok gambar di bawah tu yaaa...
Memula sekali... pergi ler beli buah kelapa di kedai dalam sebijik ke dua bijik.. suka hati korang ler yerkk.. okay.. belah dua buah kelapa itu... kemudian umpil isi kelapa dari tempurungnya.. berhati-hati semasa melakukan kerja ini yer... tahap kesabaran dan kecekapan di perlukan... kikis kulit hitam atau ari di bahagian luar isi kelapa tu... pastu potong nipis-nipis dan kecil-kecil sila berpandukan gambar di atas yaaa... kemudian cuci bersih.. masukkan ke  dalam tupperware plastik.. tutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk di bahagian beku! bila nak guna.. just rendam dan kisar seberapa banyak yang ingin anda gunakan!!!
kelapa lebih segar.... rasa asli santan...santan lebih pekat dan enak... aroma yang segar dan memang jimat belanja!!
selamat mencuba kawan-kawan...:):)
SIAPA YANG FOLLOW MY BLOGS CUTI-CUTI TU.. DAH TIBA PART 10 DAH.... TIRAI USS TELAH DI TUTUP.. BERSAMBUNG KE TEMPAT PERCUTIAN YANG LAIN SELEPAS INI.... KLIK DI SINI >>>> THE END OF USS...:)

TATA!!!


Thursday, April 7, 2011

TOM YUM UDANG

TOM YUM UDANG
Bukan sebarangan punya Tom Yum Udang ni tauuu.. baik punyer..... sila sediakan tisu oke... ku bubuhkan cili padi sebanyak idak.. kiub tom yum *knoor* pun ku bubuh bebanyakk... limau nipis perahkan 2 biji! perghhh.. memang terangkat!!! pulak diet.. apalagi buh sayur bebanyak!!! pastu ko hiruuUuuuuuuPPpppppp.. dan jangan pedulikan orang lain muahahaa.....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TOM YUM UDANG
BAHAN A

2 biji bawang kuning (sedang) ~ potong baji *macam potong buah oren
3 biji bawang putih ~ pecahkan
2 inci halia ~ pecahkan
2 inci lengkuas ~ pecahkan
2 batang serai ~ titik
20 biji cili padi ~ pecahkan
2 biji limau nipis ~ ambil jusnya
2 helai daun limau purut ~ buang urat dan siat
5 biji kiub tomyam *knoor*
2500 ml air

BAHAN B

1/2 kg udang segar ~ buang hitam di belakangnya
4 tangkai daun ketumbar ~ potong
1 biji lada benggala ~ potong
bunga kobis ~ potong
kobis panjang ~ potong
1 batang carot ~ potong
2 biji tomato ~ belah 4
5 keping cendawan ~ siat
1 batang celery ~ potong

Cara Memasak :

CAMPURKAN KE SEMUA BAHAN A. DIDIHKAN
Setelah mendidih masukkan BAHAN B dan kacau rata dan sesuaikan rasa
masukkan udang angkat dan hidangkan!!!

HIDANGAN TAMBAHAN :
 MEE KUNING DAN MEE HOON JUGA NASI PUTIH

TENGG!! TARRAA!!!
TOM YUM UDANG
TOM YUM.... PEDAS BERAPI... MASAM-MASAM.... BANYAK ISINYA... BARULAH NAMANYA TOM YUM!!! YUMMM!!! YUMMYYYY!!
BARU UP DATE BLOGS LUAHAN HATIKU... 

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!!!

TIPS MENYIMPAN TAUHU AGAR TAHAN LEBIH LAMA


TIPS MENYIMPAN TAUHU AGAR TAHAN LEBIH LAMA

ASSALAMMUALAIKUM... kawan-kawan...:):) lama dah tak share TIPS DI DAPUR yerk... okay kali ni i nak share dengan you all bagaimana nak simpan TAUHU atau TAHU agar tahan lama dan tidak berbau dan tidak masam. Seringkali bila kita beli TAUHU atau TAHU di pasar... bila kita simpan dalam peti sejuk tu... keesokkan harinya bila nak di masak.. berlendir dan berbau masam. Yer tak???? yer kan aje... okay ada beberapa tips... setakat ni ada 3 sahaja cara yang ku amalkan selama ini. Pertama sekali... selepas di beli Cik Puan Tauhu Atau Tahu tu... cuci bersih-bersih di bawah air yang mengalir.. selepas tu masukkan ke dalam mangkuk plastik, zink atau kaca... letakkan air bersih di dalam mangkuk yang berisi TAUHU atau TAHU itu... sekarang dah tahu kan???muahaha.. okay keesokkan harinya.. sila ler di tukar air dalam mangkuk tu yerkk.. dan lakukan sama macam tu selagi Sang Tauhu atau Tahu tu tak habis... Ada satu lagi tips atau petua.. kalau TAUHU atau Tahu tu dah berbau masam.. usah di buang ekk.. elakkan pembaziran... buat cam ni ekkk.. didihkan sedikit air.. dan selepas tu rebus TAUHU atau TAHU yang dah berbau atau berlendir tu.. berkesan tau! petua ni Bonda i yang bagi... ada satu lagi petua.. gorengkan TAUHU terlebih dahulu dan simpan didalam peti sejuk.. cara ni hanya bertahan kurang dari 2 hari sahaja.. so you all boleh ler cuba yerk.. mungkin jugak you all ada petua lebih berkesan.. bolehlah kongsi bersama dengan i... okay dah tu jerk ekk...

selamat mencuba!!!
SEGARRR AJE TAUHU TU KAN... DAH 4 HARI TU  TAU.. JANGAN LUPA GANTIKAN DENGAN AIR BERSIH YANG BARU SETIAP HARI SELAGI TAK HABIS DI GUNAKAN... JANGAN DI TUTUP TAU...:):) ALL THE BEST.. SHARING IS CARING...:):)
TELAH BERADA DI EGYPT... jangan lupa jengah blogs cuti-cuti i tu yeeerrkkkk... dah tiba PART 8.... KLIK DI SINI >>>> EGYPT! OH! EGYPT!!!!

TATA!!!

Wednesday, April 6, 2011

BENING KETAM BERSAMA BETIK


BENING KETAM BERSAMA BETIK
Wahhhh!!! ketam lagi! ketam lagi!!! alaa... ni fav pak habibi ngan amin.. ngan nelly... i cuma boleh hirup kuahnya sahaja.. sebab apa??? patah hati?? frust bercinta??? ada alahan kulit????muahhaa.. sebab i diet ler... so ketam tu tak ku sambalkan.. nanti i tak dapat tompang sekaki ekk.. ku rebuskan dengan betik.. dah jadi lauk bening... sedap dan manis kuah tu oke.... senyum sampai ke telinga.... you mesti cuba.. sayur betik yang separa muda tu i jolok kat tepi rumah! bedebup! bunyi dia ko.. ingat senang ke nak jolok??? tinggi ko pokok betik tu sayuUuuuuuPPpppp giteeewww... kita jolok dia apa ada kisah.. dapat sebijik terus ku beningkan! dah tu jerk.. ekk.. ekkk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BENING KETAM BERSAMA BETIK




Bahan di TUMBUK LUMAT :

1 biji bawang merah (B)
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan lain :

1/2 biji betik muda *separa masak lagi best! manis dan enak
1 helai daun kunyit ~ siat
1/2 kg ketam
500 ml air

Cara Memasak :

campurkan kesemua *bahan di tumbuk, air, betik dan didihkan ke dalam periuk
setelah betik empuk, masukkan daun kunyit dan ketam
masak sehingga ketam bertukar warna
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BENING KETAM BERSAMA BETIK 
SLURRRRPPppppPPPPP..... wah! ni kalau Bang Lee Aman tengok ni sure dia PITAM! muahahaa.. dia hantu ketam oke...:):)
CUTI-CUTI KE USS... DAH TIBA PART 6.... THE LOST WORLD... SILA JENGAH DI BLOGS CUTI-CUTIKU...>>>>> KLIK DI SINI>>> THE LOST WORLD JURASSIC PARK..:)



TATA!!!!


CARU LEMAK CILI API


CARU LEMAK CILI API
WAHHHH!!! ikan caru laaa.. ikan fav Pak Habibi ni ekk.. hari ni masakkan lemak cili api berapi i tell you all ekk... simple but deli.. and but.... i tak boleh hirup atau simbah kuah lemak cili api tu kat pinggan i ekk.. sebab i tengah berdiet.. ikan tu ko makan sebanyak tidak tak per... tak de sesiapa pun nak marah... nasi tolong sikit sahaja.. sekarang ni i dah start makan nasi hanya 2 sudu sahaja.. hampeh! tul! sabor.. kalau nak berdiet.. diet betul.. betul.. lepas tu bila dah tinggal rangka.. baru ler ko cekik! sebanyak tidak muahahaa... *sila jangan tiru tips ini* muahahaa.. okaylah.. salin resipe tu yerk... tukarkan dengan ikan lain pun boleh... tambahkan belimbing pun boleh.. tapi stok belimbing kat pokok malas nak petik hehee....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CARU LEMAK CILI API

Bahan-bahan di TUMBUK :

2 inci kunyit hidup
15 batang cili padi

Bahan-bahan lain :

3 ekor ikan caru ~ potong dan cuci bersih
4 biji tomato ceri ~ belah dua
2 helai daun limau purut ~ siat
1 batang serai ~ titik
400 ml santan pekat
5 batang cili padi untuk tambahan  *tak perlu di tumbuk

Cara Memasak :

Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama santan, serai dan daun limau purut ke dalam kuali
masukkan ikan caru dan renehkan dengan api perlahan sehingga ikan masak *sentiasa di kacau
masukkan tomato ceri dan cili padi, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
CARU LEMAK CILI API
 Lemak cili api mesti pedas dan berapi, santan harus pekat! baru namanya lemak cili api oke...:):) selamat mencuba kawan-kawan..:)
Baru update blogs luahan hatiku... sila klik di sini >>>>>  
PRINCESS NELLYSHA WAKIL PERTANDINGAN BERPUISI BAHASA CINA

TATA!!!!


Tuesday, April 5, 2011

MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI

MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
Makan bubur hari ni.. dan bubur bukan sebarangan bubur oke... bubur daging dan kucampurkan dengan beberapa jenis sayur yang memang baunya harUUUmmmm.... simple sahaja.. sesiapa yang tak makan daging tu gantikanlah dengan ayam yer... tapi yang terbaik memang daging.... lemak aje rasanya...nya you all kena cuba ni tauu.. asalnya i buat bubur ni sebab ibu mertua datang berkunjung dan dia teringin nak makan bubur... pulak ada sayur dalam peti sejuk tu.. ku hiris-hiriskan ku cempakkan ke dalam bubur daging tu.. aduhaii memang ler the best! tak percaya cuba oke!

JOM!! SAKIN RESIPE!!
MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
10 helai daun kaduk ~ hiris
3 tangkai daun pudina ~ petik daunnya
2 helai daun kunyit ~ hiris
1 batang celery ~ potong dadu
3 tangkai daun selasih ~ petik daunnya
400gm daging ~ potong dan rebus, ambil air rebusan daging
1 sudu besar serbuk ikan bilis *tumix*
2 pot beras ~ rendam selama 10 minit cuci dan toskan
air *secukupnya untuk dijadikan bubur*

BAHAN DI KISAR :

1 biji bawang merah (B)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih
8 tangkai cili kering

Cara memasak :

rebuskan nasi sehingga mendidih atau menjadi separa bubur dan serbuk tumi *tambah air jika terlalu pekat*
masukkan daging dan air rebusan daging, serbuk ikan bilis
masukkan bahan-bahan yang *dikisar dan kacau rata
masak sehingga menjadi bubur dan sesuaikan rasa
masukkan daun yang telah di rampai *kesemuanya dan gaul rata
angkat dan hidangkan bersama bawang goreng

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
 slurrppppppp!!!!
 memang best! selamat menjamu selera kawan-kawan!
SHREK HOME SWEET HOME.... BARU UPDATE BLOGS CUTI-CUTI >>> 

TATA!!!

Monday, April 4, 2011

MENU DIET ~ SINGGANG

MENU DIET ~ SINGGANG
YER... bertemu lagi kita dengan lauk singgang ekk.. rasanya yang masam-masam lemak.. sepanjang berdiet ni i suka beli ikan kembung.. macam kena aje dengan tekak i semasa berdiet ni ekk.. kuah singgang tu pulak di rebus... aduhaii memang ler best! buh cili bebanyak... memang berselera muahaha.. ingat kurangkan nasi! berat badan semakin turun.. selera terhadap nasi... wah! macam dah tak heran laa... cewahhhh..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ SINGGANG

ikan kembung
1 biji bawang merah (Besar) ~ hiris bulat
5 ulas bawang putih ~ hiris
2 inci halia ~ hiris batang mancis
2 inci kunyit ~ hiris batang mancis
5 batang cili padi
1 batang lada hijau ~ patah dua
air asam jawa 500 ml *pekat sedikit*


CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan.. kecuali ikan
rebus sehingga mendidih
masukkan ikan dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan ketika panas!

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ SINGGANG
SLURPPPPPP!! INI YANG TERBAIK UNTUK BERDIET! REBUS SEGALANYA!!!
BARU UP DATE BLOGS CUTI-CUTIKU ITU... PENUH INFO DAN TIPS.. DAH TIBA PART 3.. PART 4 AKAN MENYUSUL... SOON.. JANGAN LUPA FOLLOW OKE.. TQ FRIENDS.. DENGAN IKHLAS INGIN BERKONGSI KEPADA SEMUA TEMAN-TEMAN >>>> JENGAH DI SINI >>> 

TATA!!!


MENU DIET ~ KOBIS GORENG

MENU DIET ~ KOBIS GORENG

WAHHH!! sorry ler kalau blogs masakan i ni sepi sekejap ekk.. maklum ler busy menjengkit! wahhh.. dengar cerita berat badan i turun dengan BAGUSSSNYA!!! macam bagus! muaahhaa.. dah turun you... baru semalam timbang oke... berapa KG turun???? syyy.. nanti i beritahu.. sekarang ni i tergesa-gesa masukkan resipe dalam blogs masakan i  ni tau.. sebab i sedang sibuk memasukkan gambar sepanjang berada di HOLLYWOOD! bukan Bollywood oke! muahhaa.. ke mana tu??? jap lagi i story ekk.. macam biasa bila berdiet.. kurangkan minyak.. dan gantikan minyak masak biasa kepada minyak jagung atau zaitun.. memang bagus untuk kesihatan dan berdiet...dah tu jerkk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ KOBIS GORENG

1 biji kobis kecil ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
1 biji bawang merah (sederhana) ~ hiris
1 batang celery ~ hiris
1 batang karot ~ hiris
1 sudu teh serbuk ikan bilis *tumix*
1 batang lada merah ~ hiris
sedikit minyak bijan

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan bawang merah, karot dan celery juga lada merah sehingga karot layu sedikit
masukkan kobis dan perencah ikan bilis.
kacau rata dan renjiskan dengan sedikit minyak bijan!

TENGG!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ KOBIS GORENG
SIMPLE. SEDAP!
HOLLYWOOD... BARU SAHAJA update blogs cuti-cutiku.. PART 1, 2, 3... telah di masukkan ke dalam blogs >>>

TATA!!!

Saturday, April 2, 2011

MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ


MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ

WAH!!! ADA NASI LAA... muahaha.. siapa cakap diet tak boleh makan nasi???? makan aje.. tak de sesiapa yang nak marah.. tengahari ni i berani masak nasi goreng.. sebab sekejap lagi i nak menjengkit.. gi ke pasaraya mencari barang sedikit... i dah kira masa tu kalau berjalan sepanjang mencari barang tu... hujung ke hujung lebih kurang 1500 meter jaraknya.. kalau tiga tingkat??? wahhhh!!! boleh makan nasi! muahaha.. *poyo* ehh! betul tau.. kalau nak makan makanan yang kaya dengan karbohidrat boleh.. bukan tak boleh semasa berdiet.. nak kena ler bersenam.. keluarkan peluh.. bakar lelemak yang ada tu betul tak??? so kengkawan kalau you all sedang berdiet tu... jangan risau..makan nasi tu.. TAPI JANGAN LER bebanyak sangat.. MESTI DI CETAK NASI TU EKK.. macam yang i buat tu... i cetakkan nasi goreng tu.. hanya sesenduk sahaja... tu pun tak penuh tau... ku tekan-tekankan.. pastu potongkan buah tomato dan jadikan ulam masa mengunyah nasi tu.. gerenti kenyang lah! so yang berdiet tu... kalau nak menjengkit ke mana-mana tu.. hari ni hari makan nasi goreng sedunia muahaha... nasi goreng sayur oke...:):) MINUM BANYAK AIR MINERAL.... gerenti sepanjang berjalan tu nanti peluh akan menyimbah-nyimbah keluar ekkk.. ke tandas pun yer jugak! wahhh.. banyak betul excersize kita hari ni ekk.. *INGAT i bukan pakar diet oke.. main hentam ikut cara i.. tapi hasilnya... *senyum*

JOM!! SALIN RESIPE!!
MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ
sayur kobis panjang ~ hiris
kobis bunga ~ hiris
celery ~ hiris
karot ~ hiris
lada hijau
nasi putih ~ leraikan *jangan bergentel tak sedap*

1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
7 ulas bawang putih ~ hiris *i love garlick*
3 batang sosej ayam ~ hiris
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil perencah ikan bilis ~ *sha guna tumix*
minyak bijan
minyak jagung
sedikit garam

*daun bawang dan tomato*

Cara memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak bijan. kesemua bahan-bahan di atas kecuali nasi
Gaul rata dan apabila karot agak lembut masukkan nasi putih
kacau rata, renjis sedikit minyak bijan, lada sulah dan sesuaikan rasa!
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ
 INGAT PENGAMBILAN NASI GORENG ISTIMEWA... KHAS KERANA SEBENTAR LAGI AKAN MELAKUKAN XCersize... berjalan kaki...:):) kalau tak berjalan tu.. sila kurangkan nasi tu oke.. sekadar merasa udah ler ekk.. kata diet.. pengorbanan amat di perlukan..:):)
selamat berdiet!! 

TATA!!




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ