ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, January 24, 2011

CHOCOLATE CAKE VELVET FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY

TENGGG!!! TARRRAAA!!!!

CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
 Syukur Alhamdulillah.... genap usia ulang tahun perkahwinan kami yang ke 19!!!
macam tak percaya gituh ekkk...
dalam tempoh 19tahun suatu tempoh yang lama....
pejam-celik langsung tak terasa...
19 tahun hidup bersama berbagai dugaan yang kami tempuhi...
uish ni blogs resipe i ni takkan nak share kisah rumahtangga ekk....
nanti i update di blogs >>>

JOM!!! SALIN RESIPE!!!!

CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY

 BAHAN-BAHANNYA :
  • 100 gm brown sugar
  • 300 gm gula castor
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telur ~ asingkan kuning dan putih
  • (putar putih telur dengan 2 sudu besar gula castor sehingga kembang dan ketepikan)
  • 170 gm chocolate chips
  • 2 sudu besar coco powder
  • 230 ml susu segar
  • 2 keping dark chocolate (cairkan untuk topping)
  • 310 tepung gandum + 1 sudu teh bicarbonate + 1 sudu baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • blueberry paste
  • whipping cream
CARA MEMBUATNYA :
  • cairkan dark coklat dan chocolate chips sehingga cair
  • putar mentega + gula pasir + brown sugar + kuning telur + garam
  • masukkan vanilla + masukkan serbuk koko dan coklat chips yang telah di cairkan, masukkan susu segar. kacau rata
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit, sehingga habis kacau rata
  • masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan kaup balikkan dengan sudu
  • masukkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah di oleskan dengan mentega dan bawahnya alas dengan kertas minyak
  • bakar dengan suhu 180'c selama 40-45 minit
 
 setelah kek sejuk keluarkan dari loyang dan belah dua dengan benang
sapukan blueberry paste di atas kek
 
 tangkupkan dengan kek yang satu lagi
tuang coklat cair ke atas kek
biarkan coklat set atau beku dahulu
selepas itu tepinya oleskan dengan whipping cream
hiaskan kek ikut suka
hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!!

CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
CHOCOLATE CAKE VELVET 
FOR 19TH WEDDING ANNIVERSARY
 
 
amacam???
walaupun tak secantik kek secret resipe
tetapi kepuasan kerana dapat membikin kek ulang tahun perkahwinan kami yang ke 19!
dengan motto 'SHARING IS CARING'
jangan lupa cuba oke!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

IKAN JAKET BERLADA

TENGGG!!! TARRAA!!!

IKAN JAKET BERLADA
IKAN JAKET BERLADA
IKAN JAKET BERLADA
 Pat ikan ni i malas nak komen ekk..
rumah ni aje manjang ikan ni aje...
ikan favorite pak habibiku... sekarang menjangkit kat anak-anak dia pulak!
menci tau! tapi i suke...
suke sebab tak perlu nak menyiat kulit ikan jaket atau ikan caru tu ekk..
aje memang tau!
nak memasak ikan ni aje memang dah lali bebenor.. kekadang tu masak seminggu 3 kali..
kali ni baru i share...
mudah aje ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!

IKAN JAKET BERLADA
IKAN JAKET BERLADA
IKAN JAKET BERLADA

BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 20 batang cili kering
  • 1 sudu ketumbar
  • 1 sudu teh belacan
**kesemua bahan-bahan di kisar halus


  • 3 ekor ikan cari ~ potong biarkan berjeket hehe
  • daun sadri untuk hiasan
  • 2 sudu besar air asam jawa
CARA MEMASAK :
  • Panaskan kuali. tumiskan bahan-bahan di kisar tadi sehingga garing atau lada masak
  • masukkan ikan dan air asam jawa juga tambah sedikit air
  • biarkan sehingga ikan masak
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!

TENGGG!!! TARRAA!!!

IKAN JAKET BERLADA
IKAN JAKET BERLADA
IKAN JAKET BERLADA
 
dah tu jerk..
i banyak kije hari ni ekk
nak gi beli hadiah anniversary pak habibi lagi
nak memasak untuk jamuan makan malam nanti
nak toping 'CHOCOLATE CAKE VELVET' anniversary i tu nanti...
wah! banyak kerja ni!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

ULAM KACANG PANJANG SAMBAL IKAN BILIS

TENGG!! TARRAA!!!

ULAM KACANG PANJANG SAMBAL IKAN BILIS
ULAM KACANG PANJANG SAMBAL IKAN BILIS
ULAM KACANG PANJANG SAMBAL IKAN BILIS
 Aduhaii.. agaknya you all mesti berkata-kata ekk....
manjang masak dan makan kacang panjang aje ler ko shasha ekk???
yer memang betul pun...
selagi tak togel pokok kacang panjang tu ekk..
tu belum lagi petola tu...
perghh dah terjumpa tadi pagi ekk..
bergayut aje ko!
siap ler korang... minggu depan resipe petola aje ekk...
hari ini i buat ulam kacang panjang tu ekk..
potongkan kecik-kecil... masa nak mengunyah celah nasi tu kang tak ler dianya tersengkang CELAH TEKAK! iya!
so ini salah satu idea.. kalau makan kat warung tu...
nah! ko hampir sejengkal ulam kacang panjang tu ekk.. tak mo ekk...
buat cenggitu... comey aje macam i hahaa!

JOM SALIN RESIPE!!!

SAMBAL IKAN BILIS
SAMBAL IKAN BILIS 
SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 batang lada merah
  • 7 batang cili padi
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar ikan bilis
  • 1 sudu belacan
CARA MEMBIKIN :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • gorengkan sekejap kesemua bahan-bahan tu ekk.. kecuali belacan sebab i dah awal2 ada stok yang telah di bakar pastu i hancurkan
  • angkat dan toskan
  • tumbuk sehingga lumat
  • sesuaikan rasa dan hidangkan!
TENGG!! TARRAA!!!

ULAM KACANG PANJANG SAMBAL IKAN BILIS
ULAM KACANG PANJANG SAMBAL IKAN BILIS
ULAM KACANG PANJANG SAMBAL IKAN BILIS
 
 amacam???
nah! macam biasa tisu premier!
hehee...
selamat mencuba!
TATA!!
pstt... cop! belum tata!!
hari ini anniversary i dan pak habibi i yang ke 19 tahun!!!
kat oven i tu tengah semerbak bau 'CHOCOLATE CAKE VELVET' ekk...
tunggu ...
petang-petang nanti i share ngan you all ekk..
nak gi beli hadiah ni hehee..
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG

TENGGG!!! TARRAA!!!

KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG

 HAH! tu dia... terendap-rendap i memetik kacang panjang i yang segau bugau tu ekk...
amik bukan boleh banyak ekkk..
kang my neng naya sound!
"JANGAN PETIK SEMUA BUK! SAYA NAK BUAT BENIH!"
ewah... ewahh.. cewah! cewah!
aje memang tau.. benih kacang ni dulu i yang beli ekk..
hehee.. yer la dia yang buat batas ko.. akak dengan merendah diri petik cikit aje ekk..
Hari ini i masak resipe biasa aje.. lebih kurang macam resipe kari Thai aje gituh
tapi i ubah suaikan mengikut citarasa tekak i di rumah ni ekk...
rasanya memang sungguh luar biasa!
TU GAMBAR DI BAWAH TU HASIL TANGKAPAN! EH... HASIL PETIKAN PAGI TADI EKK...
SIAP PULAK ADA TERUNG PIPIT MEMANG NGAM DI BUAT KARI THAI EKK...
 okay bila dah dapat memetik sesayur tu ekk...
apa lagi...

JOM!! SALIN RESIPE!!!

KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
 BAHAN-BAHANNYA :
  • 3 keping dada ayam tanpa lemak ~ hiris
  • 1 biji bawang kuning ~ dadu
  • 3 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 inci halia ~ hiris nipis
  • 5 batang cili padi merah
  • 5 batang cili padi hijau
  • 3 batang daun ketumbar ~ hiris
  • 1/2 biji lemon ~ hiris kulitnya dan ambil jusnya
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 kotak santan segera ~ jadikan 3 mangkuk air
  • fish sauce atau sos ikan ~ wajib ada baru rasa ada umphhh
  • kacang panjang
  • terung pipit
  • tomato ceri 
  • daun ketumbar untuk tabur
CARA MEMASAK :
  • panaskan sedikit minyak tumiskan bawang kuning, bawang putih, halia dan serai dan rempah kari sehingga naik bau
  • masukkan santan, ayam dan daun ketumbar
  • renehkan sebentar. agak-agak ayam hampir empuk
  • masukkan kacang panjang, terung pipit, tomato ceri, fish sauce, jus lemon, dan kulit lemon
  • sesuaikan rasa 
  • angkat dan hidangkan!

TENGGG!!! TARRAA!!!

KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
KARI HIJAU AYAM KACANG PANJANG
 
 amacam???
mudah ajekan.. rasanya memang syok!
masam
lemak
wangi lemon
wangi ketumbar
dan rasa ayam yang manis
kacang panjang, tomato ceri dan terung pipit yang rangup!
perghh....
mesti cuba tauu!!!
pssttt... minggu ni memang menu kacang panjang aje ekk...
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

Sunday, January 23, 2011

SARDINE BAKAR

TENGG!!! TARRAAA!!!

SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR

 "Pet.. pot.. pet.. pot.. ajelah Momma ni!"
ewahh.. ewahhh.. cewah... cewahh.. dak kerempeng kenit ni ekk...
aje memang tau... sibuk orang nak buat minum petang dia sibuk@menyibuk! kat dapur...
bila teringatkan... sok nanti dah besau tak gethi-gehti nak memasak....
benarkanlah jugak...
almaklumlah.. bila memasak dengan chef kenit Nellysha ni mesti i kena serang penyakit misteri!
jam tu jugak ko i migrain!
hehee... lepas siap membakor sardin bakor tu terus tertidur dengan nyenyaknya...
nape sha???
entah ler... agaknya penat nahan sabor kot haha...
okaylah... bukan merungut ni ekk.. memang cakap terus-terang bila si kenit tu menyibuk! membantu di dapur.. macam-macam terjadi.. kerja setengah jam jadi 3 jam!
penat tauuuu!!! mujurlah kerja mengemas kini ada neng naya.. kalau tak aje memang pengsan!
kecahnya mak aii.. pak aii.. kalau ada tetamu yang datang terus terang i cakap ekk..
korang tekan ler loceng kat luar tu ekk..
gerenti i akan menyahut dari dapur...
"Tuan rumah tak de... dia gi shopping!"
hah ko hahaa.. saje je ekk... udah ler tu.. jom kita buat SARDINE BAKAR DENGAN CHEF NELLYSHA!
di bawah arahan dan pemantauan Mommanya... siapa shasha???
i ler... hehehe..

JOM!! SALIN RESIPE!!!

SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR

 
 BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :
  • 1 biji bawang kuning ~ dadu
  • 2 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 batang lada merah ~ dadu
  • 1 tin sardin ~ hancurkan
  • garam dan gula
CARA MEMASAK :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • tumiskan bawang kuning, bawang putih dan lada merah sehingga layu
  • masukkan sardin. kacau rata
  • sesuaikan rasa angkat dan sejukkan
CARA MEMBUAT KULIT PASTRI :
  • 400gm tepung gandum + 1 sudu serbuk penaik ~ ayak bersama
  • 1 biji telur
  • 150gm mentega ~ potong dadu
  • 3 sudu besar susu segar
  • sedikit garam dan gula
CARA MEMBUAT DOH :
  • campurkan tepung, mentega, garam jadikan seperti serbuk
  • masukkan telur kuning dan susu segar. jadikan sebuku doh. 
  • rehatkan sebentar di dalam peti sejuk
**1 BIJI KUNING TELUR UNTUK SAPUAN


Cara membuatnya :

  •  torakkan doh sehingga nipis
  • potong dua macam gambar di atas dan kemudian potong 6 sama lebar dan panjang
  • ada dua bahagian seperti gambar di atas, satu bahagian tu keratkan dengan pisau (jangan sampai terputus hanya tengahnya sahaja)
  • bubuh inti di bahagian yang satu lagi, tangkupkan dengan bahagian yang di kelar dengan pisau
  • tekan dengan garfu di tepinya.
  • sapukan dengan kuning telur dan bakar sehingga kekuningan 
  • suhu oven 200'c selama 15-20 minit sehingga keperangan
  • angkat dan hidangkan!!
JOM!! SALIN RESIPE!!!


SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
 
Pstt.. berbaloi ekk.. migrain cemmana pun menjadik jugak Chef cilik Nellysha i tu membuatnya..
walaupun di bawah arahan dan pemantauan Akaknya Mommanya ler...
mudah aje you... kekadang nak mencari di gerai susah nak dapat cenggini guper yer tak???
rasa tepung aje manjang..
tapi yang ini i tell you memang berbaloi-baloi you!
 pesanan dari chef Princess Nellysha...
Auntie... Auntie... Uncle.. Uncle.. jangan lupa cuba ekk.. walaupun gigi nelly dah rongak!
SARDINE BAKAR nelly ni lembut dan rapuh!
jangan lupa cuba tau!!!
Nelly Sardine Bakar tu untuk siapa tu??? nak cikit!!!!
boleh.... Nellysha menjawab ekk..
nah!!!

 Momma Nellysha tolong menjawab ekk...
jangan lupa cuba tau...
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis

TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS

 TENGGG!!! TARRRAA!!!

TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS
TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS
TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS

 Phewittt....
phewiittt apanya sha! terkejut ada laa!
hehee... biasalah.. kang tunjuk muka orang kata jual muke.. i buh gambor kacang panjang i yang segor tu ekk..
dengan topi merah tu ekk.. dah macam ah so i you hehee..
apa nak buat orang kampung ler katakan ekk.. ekk..
macam biasa, walaupun you all tak biasa dengan keadaan seperti itu, i pun kena biasakan diri ini oke...
selagi pokok kacang i tu asyik berjuntai berbuah,
aje memang akan ada resipe kacang panjang aje ler manjang ekk..
kacang panjang, manjang.. aje memang kena gituh!
ni bukan mengada-ngada nak buat tahu sumbat ni ekk...
permintaan ibu mertua kesayanganku yang masih menginap di rumahku ini ekk..
permintaan orang tua harus di tunaikan... besor ko pahalanya...
murah aje nanti rezeki turun ekk.. wallahualam ekk..

JOM!! SALIN RESIPE!!!

TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS
TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS
TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS

 memula tu kita buat sumbatannya dulu ekk.. hahaa.. ayat power tu ekk.. jangan ko tak sumbat tau.. kang tak boleh buh nama tahu sumbat.. kalau bersepai aje perabahnya tu.. kena tukar nama resipe.. tahu bersepai! aje memang ekk...
udah ler tu meh kita memasak ekk..


BAHAN-BAHAN UNTUK TAHU SUMBAT :
  • 10 batang kacang panjang ~ kerat 1 inci dan celur dan toskan
  • 1 cawan taugeh ~ buang ekor dan hitam ~ celur sekejap dan toskan
  • 1 batang timun ~ kerat macam batang mancis.. mempulur timun tu jangan ko buang itu ler yang kaya dengan vitamin d ekk.. ekk..
  • 6 keping tahu ~ belah dua dan belah tengah dan goreng ~ ketepikan
  • sumbatkan bahan-bahan yang telah di celur seperti gambar di atas dan ketepikan
BAHAN-BAHAN MEMBUAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS :
  • 1 Cawan kacang tanah ~ goreng garing
  • 2 ulas bawang putih ~ goreng/sangan
  • 1 cawan kicap manis
  • 10 batang cili padi
  • 2 inci gula melaka
  • 1 sudu teh gula pasir
  • sedikit garam
  • 2 biji limau kasturi ambil jusnya sahaja
cara membuat : tumbuk kacang sehingga lumat, masukkan cili padi dan tumbuk lumat. Masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan jus limau sambal. gaul rata dan hidangkan!!!

TENGGG!!! TARRRAA!!!

TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS
TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS
TAHU SUMBAT SAMBAL KACANG KICAP PEDAS
 
HAH! udah ler tu... jangan asyik gigit pen aje ekk..
gi kedai cari kacang panjang dan tahu..
pastu jangan lupa sumbat ekk...
psttt sambal kacang tu kan.. kasi pedas dan manis sikit ekk..
perghhhh!!!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

LEMAK SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU

TENGGG!!!! TARRRAAA!!!!!

SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
 Ewahh.... ewahh.. ko shasha ekk.. nak eksen ler tu dok berposing celah pokok kacang panjang ekk.. menci tau!!!
cop! cop! bukan eksen kengkawan..
tetapi nak beritahu you all ler ni ekk..
selagi... selagi.. selagi..DAN SELAGI!
pokok kacang panjang yang bergayut kat pokok tu tak habis-habis..
maka blogs resipe i ini akan senantiasa akan ada resipe kacang panjang ekk..
mujur tak boleh di buat dessert kalau tak.. dah ku jadikan pengat kacang panjang! hehee..
okay hari ini i nak share resipe mudah aje ekk...
ada bermacam-macam cara nak memasak lauk lemak.. ini adalah di antaranya...
i suke bebenau ni ekk...
jangan menonyeh lagi shasha!
yer ler... nak mula menulis resipe ler ni ekk... sesuka hati jerk pakse!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!


TENGGG!!!! TARRRAAA!!!!!

SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
 
 BAHAN-BAHANNYA :


**TUMBUK LUMAT KESEMUANYA
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 batang lada merah
BAHAN-BAHAN LAIN :
  • 1 cekak kacang panjang segorr.. kalau boleh tanam sendiri hehee
  • 2 keping tahu ~ belah 4
  • 1 keping tempeh ~ potong serong kecil
  • 1/2 biji santan ~ ambil pekatnya sahaja
  • 1 ikat sohoon ~ rendamkan
CARA MEMASAK :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di tumbuk lumat bersama santan, tempeh dan tahu
  • renehkan sehingga mendidih, sentiasa di kacau jangan sampai santan pecah 
  • masukkan kacang panjang dan sohoon
  • kacau, sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan
TENGGG!!!! TARRRAAA!!!!!

SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU
SAYUR KACANG PANJANG TEMPEH TAHU

 
 Amacam??? mudah aje kan???
rangup ko kacang panjang tu ekk..
nanti i share lagi resipe kacang panjang!
kacang panjang!
kacang panjang!
pesanan dari penaja sehingga pokok kacang kat belakang rumah tu habis ku togelkan ekk..
TATA!!!
COP! COP!
JANGAN LUPA LAWANKAN DENGAN SAMBAL BELACAN POWER I NI EKK..
 NOW BARU...
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

KURMA DAGING

TENGGG!!! TARRAAA!!

KURMA DAGING
KURMA DAGING
KURMA DAGING
 Kalau tak ikan, ayam, kalau tak ayam, daging.... bila dah kehabisan idea telur.. pastu sardin hehee...
aduhai jadi tukang masak ni jemu jugak ekk..
tukang mengoder senang aje ekk..
nak ni.. nak tu.. jemu ini.. jemu itu..
perghh.... ingat nak cari akal laa...
pura-pura tak boleh bau tumisan! ala-ala mabuk cenggitu! boleh???
hah! ko! kang ada pulak yang menjeling-jeling manja kat i.. tak kuasa i you!
hehe... apa pun segalanya haruslah iklas....
anggaplah kerja memasak ini adalah suatu pekerjaan yang paling mudah.. maka mudah lah jadinya...
kalau dah malas dan tak kuasa benor... tanak nasi tu panas-panas renjiskan kicap! patahkan cili padi...
gorengkan pulak telur mata lembu!
dah malas nak menonyeh!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KURMA DAGING
KURMA DAGING
KURMA DAGING

 BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg daging ~ kalau daging beku menci tau sebut beku! rebus terlebih dahulu sehingga empuk
  • 1/2 biji santan ~ jadikan 3 gelas santan
  • 3 biji kentang ~ belah 4
  • 1 tangkai daun pudina ~ petik daun
  • 1 tangkai daun sadri ~ petik daun
  • 1 tangkai daun ketumbar ~ petik daun
  • 2 batang lada hijau ~ belah 2
  • 2 biji tomato ~ belah 2
  • *1/2 biji bawang merah ~ hiris
  • *1 ulas bawang putih ~ hiris
  • *1/2 inci halia ~ hiris
  • *1/2 batang kayu manis
  • *1 biji bunga lawang
  • *1 biji buah pelaga
*BAHAN DI ATAS YANG BERTANDA* UNTUK MENUMIS


BAHAN DIKISAR HALUS :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 peket serbuk kurma adabi
  • 1 sudu teh ketumbar
  • kisar halus kesemunya
CARA MEMASAK :
  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak. tumiskan bahan-bahan *tumis sehingga naik bau
  • masukkan bahan-bahan yang dikisar halus. api perlahan sahaja
  • kacau rata sehingga rempah garing atau terbit minyak
  • masukkan kentang. masukkan santan dan renehkan sehingga kentang empuk
  • setelah kentang empuk, masukkan daging daun pudina, lada hijau dan tomato. kacau rata
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TENGGG!!! TARRAAA!!

KURMA DAGING
KURMA DAGING
KURMA DAGING
 
Amacam??? siapa cakap masak kurma susah??
senang aja bahhh....
pssttt.. kalau nak mudah lagi memasak korang baca resipe kat peket rempah kurma yang koran beli tu ekk.
mak aii... bawang putih pun tak pakai you.. daun pudina pun tak..
pastu resipe siapa yang ko cekuh ni shasha???
uishhh.. resipe i ler.. adjust mana patut dapat ler rasa cenggitu...
sedap ko! cecah dengan roti bai! mak aii aje memang!
dah i nak cari roti bai dulu ni ekk..
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

Saturday, January 22, 2011

DADIH NENAS

TENGGG!!! TARRAAA!!!

DADIH NENAS
DADIH NENAS
DADIH NENAS


 Adehhh.... dehhh... dehhh... DADIH!!!
wah! wah! cewah! cewah!
meletak nama resipe tu macam i ler yang mereka resipe tu ekk..
gaya mesti ada baru ada gaya!
berbelit ayat tu ekk..
okay dessert ni i buat sebab... bila memalam tengok tv lepas menonton wayang! tv heehe..
gengz serumah ni mesti akan bukak dan katop pintu sejuk tu ekk..
apa tak kenyang-kenyang ke gengz di rumah i tu ekk..
so i memang akan sentiasa ada stok dalam peti sejuk tu dessert untuk anak-anak i mengunyah ekk...
almaklum ler.. ada pulak gengz kat umah ni baru patah gigi...
kalau nak tahu siapa... jengah sini>>
so i buat ler dadih ekk...
resipe dia mudah aje..
ko beli aje di pasaraya macam gambor di bawah tu ekk..
pastikan ada tanda halal untuk tidak menimbulkan kontraversi!
 macam-macam perasa ada ekk.. so i beli bermacam-macam jenis perasa buah-buahan...
ko nak berniaga depan pagar masjid ke shasha???
uishhh idak ler... i memang beli bebanyak stok kat almari tu..
bila gas nak habis senang aje.. terus bancuh dadih tu tak sampai 10 minit dah selesai!!!

JOM SALIN RESIPE!!!

mana ada resipe daaa.. idea ada laa...
lepas you all beli serbuk dadih tu... korang adjust ler sendiri..
macam i beli tu perisa nenas...
so tambahkan dengan nenas kat dalam dadih tu ekk...
pastu korang ikut  ler instructions kat bungkusan tu..
tokok tambah bahan yang suka ekk...
pastukan....

TENGGG!!! TARRAAA!!!

DADIH NENAS
DADIH NENAS
DADIH NENAS
 
lepas beberapa minit dah set...
apalagi buh dalam peti sejuk..
korang tunggu ler.. kang-kang malam... maklum ler hujung minggu cenggini...
aje memang bedebap! bedebup! bunyi pintu sejuk i tu ekk..
psstt... masa i buat dadih ni kan i tak beritahu gengs serumah i...
biau malam kang SURPRISED!!!!!
Selamat bercuti hujung minggu!!
TATA!!!!

Shahriah Abdullah Novelis

GENDANG KASTURI

TENGGG!!! TARRRAAA!!!

GENDANG KASTURI
GENDANG KASTURI
GENDANG KASTURI
Aduhaiii.. ni nak mengadu ler ni ekk....
apasal ler nama kuih secomey tidak tu di bubuh nama KUIH GENDANG KASTURI???
anggornya dedulu zaman tok nek moyang kita KASTURI punya gendang cenggitu gupernya???
ada ka???
adehh.. deh... deh... maleh nak memikirkannya ekk..
kuih gendang kasturi ni ekk.. selalu di lupakan ekk..
anggornya leceh nak membuat intinya tu ekk...
gini i nak bagi idea gi mana lepas ni korang nak membuat kuih gendang kasturi ni tanpa..
perlu bergendang ekk... keh.. keh..
cenggini.. inti tu korang buat lebih-lebih... pastu bila dah sejuk buh dalam peti sejuk tu hah!
lain kali nak membuatnya udah ada!!!
BUKAK AJE PETI SEJUK TU NANTI...
SEBUT CENGGINI EKK...
TENGG!! TARRAA!!!
INTI DAH ADA!!!
HEHE...
kan ke mudah tu ekk...
memula aje susah dan leceh pastu dah ada stok inti tu pun boleh di buatkan inti kuih pau ekk...
nanti i share dengan you all cemmana nak buat kuih pau comey dan montel macam i ahakz!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!!

GENDANG KASTURI
GENDANG KASTURI
GENDANG KASTURI

 BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :
  • 300gm kacang hijau ~ rebus sehingga empuk dan toskan airnya
  • 1 biji kelapa muda ~ parut ambil putihnya sahaja
  • 1/2 buku gula melaka ~ potong kecil-kecil
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan ~ siat dan ikat
  • sedikit garam
CARA MEMASAK INTI :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas tu
  • jerang di atas api sederhana kacau sehingga gula melaka dan gula pasir larut
  • biarkan sehingga kering dan pekat
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu
  • mula-mula bulatkan inti kacang hijau sebesar tutup botol/kalau suka besar buat ler saiz apa pun yang penting leper dan comey ekk
  • buat sehingga selesai ekk.. taburkan tepung gandum kalau melekat/melekit
CARA MEMBUAT BATTER :
  • 1 cawan tepung beras
  • air
  • sedikit garam
campurkan kesemua bahan-bahan itu sehingga menjadi batter yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat- macam nak goreng pisang
  • panaskan kuali dengan minyak
  • celupkan inti kacang hijau ke dalam batter
  • gorengkan sehingga keperangan angkat dan hidangkan!
  • kalau nak simpan dalam peti sejuk gorengkan separa garing, toskan selepas sejuk masukkan ke dalam peti sejuk. esok kalau ada tetamu datang boleh goreng dan hidangkan!

TENGGG!!! TARRRAAA!!!
GENDANG KASTURI
GENDANG KASTURI
GENDANG KASTURI

 Amacam? mudah aje kan...
lepas makan kuih gendang kasturi
kita reramai bergendang sakan!
hehee...
selamat mencuba!!!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ