ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, December 31, 2011

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese



Assalammualaikum, semua.... Ohh! not again! yeaah again! hehe.. spaghetti lagi... nak buat macam mana... anak-anak memang suka benar dengan spaghetti... kalau masak nasi lauk 5-6 jenis tak luak buat apa ye tak? so i tengahari tadi.. taklah tengahari jugak hehee.. petang cikit aje makan hari ni sebab.. pagi tadi sarapan heavy sedikit. So kali ini i pilih Spaghetti bersos kan sos daging bersama tomato.. atau lebih dikenali dengan Bolognase sauce... semuanya i buat sendiri.. no guna tin segala ok... bukannya susah sangat.. janji bahan-bahan asas ada dah boleh bikin!

Kali ni i share dengan you all resipi berserta step-by-step ekk... simple dan mudah sangat nak buat tu... so lepas ni bolehlah buat di rumah tu yaa... :)))

Bahan-bahannya :


1 biji bawang holland *bawang kuning dadu
3 ulas bawang putih *pecahkan/dadu
500gm daging kisar *shahriah guna jenama Ramly
1 batang celery *potong dadu
sedikit minyak zaitun & mentega


Caranya : *berpandukan gambar di atas*


  1. Panaskan kuali non stick bersama minyak zaitun dan mentega
  2. Tumiskan bawang kuning dan celery sehingga naik bau
  3. Masukkan daging kisar dan renehkan sehingga daging bertukar warna kecoklatan *gambar di atas*



  1. 2 biji tomato segar *dadu
  2. 1 biji capsicum kuning *dadu
  3. 2 helai bay leaf *daun salam
  4. daun segar oregano
*Masukkan tomato dan capsicum dan gaul rata. Masukkan daun bay leaf dan daun oregano segar. Kacau rata dan masukkan sedikit air.




  1. 4 sudu besar tomato paste
  2. Serbuk oregano
  3. Serbuk lada hitam
  4. Garam secukup rasa
*Masukkan 4 sudu besar tomato paste, serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh sehingga kuah pekat. *Gambar di atas*

Celur spaghetti *gambar di bawah* dan hidangkan.....


Tarraaa!!!! dah siap!!! simple and easy....:)))



Fresh from Shahriah Kitchen..... Spaghetii Bolognese khas buat semua...:))) selamat mencuba!!!
OOpsss... satu lagi.. jangan lupa sprinkle with parmesan cheese.. YummyYy!!!


Resipi terakhir buat Tahun 2011.... selamat datang 2012.... Happy New Year Everyone...:)))

Tata!!


French Toast Easy Version..:))))

French Toast Easy Version..:))))


Assalammualaikum semua... selamat pagi... walaupun dah nak masuk tengahari ni kan kan.. yang penting ada resipi segar dari dapur Shahriah...:))) macam biasa... bila bangun aje pagi tu... kepala ni dok ligat memikirkan apa yang nak di hidangkan buat keluarga tersayang. I ni lain pulak... kalau boleh tiap hari sarapan atau apa jua hidangan buat keluarga tak suka yang sama aje tiap hari... lainlah kalau ada banyak program di luar sana... alamatnya.. sarapan 'kotak' lah jawabnya.. tahu tak apa tu sarapan 'kotak'??? hehe... apalagi cik cereal kita ler ekk... okay so pagi ni.. macam biasa.. simple tetapi memberikan tenaga yang cukup untuk sepanjang pagi...

Anak-anak pulak memang sukakan sarapan pagi yang ala-ala western gituh! buatlah apa pun.. gerenti licin! hehee.. so tanpa membuang masa lagi... meh! try resipi simple and easy.. macam biasalah.. i mana suka duduk dapur berlama-lama... banyak lagi kerja nak di buat kan kan...:)))

French Toast Easy Version..:))))

Bahan-bahan :

6 keping roti putih *potong serong ala-ala 3 triangle gituh!
3-4 biji telur
5 sudu susu segar
2 sudu gula perang *brown sugar
sedikit mentega untuk memanggang
sedikit serbuk kulit kayu manis *cinnamon
sedikit gula aising untuk tabur
maple sirap & buah-buahan segar untuk sampingan hidangan

Cara :


  1. Kocok/putarkan telur bersama susu segar dan gula perang sehingga rata
  2. campurkan sedikit serbuk kulit kayu manis
  3. Panaskan kuali non stick bersama sedikit mentega *lengserkan
  4. Celupkan roti ke dalam adunan telur dan panggang sehingga keperangan kedua-dua belah bahagian di atas kuali
  5. Angkat dan taburkan bersama gula aising, maple syrup dan buah-bauhan pilihan anda
  6. Siap di Sarapkan!!! hehee..:)))
French Toast Easy Version..:))))



Simple and Easy.. yet mengenyangkan i tell you..:)) selamat mencuba ya..:)))


Hari minggu... peluang keemasan dapat melepak, bersiar dan makan di luar bersama keluarga tersayang.. peluang keemasan buat Shahriah setelah berbulan-bulan meninggalkan keluarga sepanjang bertarung di gelanggang MasterChef Malaysia... Take care everyone... Tata!!

Friday, December 30, 2011

Spagethi Olio

Spagethi Olio


Assalammualaikum, hmm... dah lama tak share resipi kan.. hari ni kuatkan semangat sikit.. update blogs kesayangan I ni hehhe.. okay as usual lah kan... memasak memang tiap hari... macam-macam resipi yang telah dicuba dan hidangkan buat keluarga tersayang. Tapi dalam banyak-banyak resipi dan hidangan tu... Spagethi adalah salah satu hidangan yang paling keluarga Shahriah suka sangat! terutama anak-anak. Kalau boleh tiap hari nak makan Spagethi.. memanglah simple aje.. tapi si tukang masak ni kalau boleh nak menjerit! dah jerit dah tau... jemu jelak dah rasanya. Apa pun.. pilihan keluarga perlu diutamakan nak nak bila menu tu simple dan mudah nak disediakan.. kiranya bonus buat i ler hehee...

Okay, sebelum ni Shahriah dah pernah share resipi spagethi Olio.. masa di cabaran luar berkumpulan di MasterChef pun Shahriah ada masak hidangan ini... tapi kali ni I masak di dapur i oke.. tak ada timing dan undian segala hahaa... tapi pujian dari anak-anak.... "Momma so Yummy!!!" hah! pujian itulah yang membuatkan i masakkan spagethi, walaupun.... jemu hehee... Okay i nak you all cuba dan rasa sendiri betapa simplenya dan betapa enaknya spagethi yang kalau i sediakan di dapur... pung! pang! peng! dalam tempoh 15 minit... settle!! Bon Apetit!!!

Spagethi Olio

Bahan-bahannya :

1 peket spagethi ~ celur sehingga al-dante... *ikut arahan di peket

10 ulas bawang putih ~ dadu *I memang pencinta bawang putih :))
2 tangkai daun parsley ~ hiris
5 sudu parmesan cheese *halus
6 batang sosej ayam ~ potong kecil
5 sudu besar minyak zaitun
sedikit lada hitam

Caranya :


  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun
  2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  3. Masukkan sosej dan gaul rata
  4. Masukkan spagethi yang telah di celur *sebaik sahaja di toskan masukkan terus ke dalam kuali
  5. Gaul rata, sesuaikan rasa dan sedikit lada hitam *corsed blackpepper
  6. Masukkan daun parsley dan parmesan cheese
  7. Angkat dan hidangkan!!! taburkan sebanyak mungkin parmersan cheese!! makan sewaktu panas-panas!!!


Bon Apetit!!!


*Percutian baru-baru ini bersama My Heroes~ Abang Amin & Abang Aemir dan My Lovely Princess Nellysha...:))

Tata!!!


Thursday, December 15, 2011

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM


Assalammualaikum, selamat pagi semua :))) dah sarapan? Sarapan apa agaknya ya? Okay dah lama tak buat Cucur Ikan Bilis. Pagi tadi teringin pulak nak makan... so mulalah membancuh. Bukannya susah sangat... terlalu mudah... cuma campurkan kesemua bahan-bahan, sesuaikan rasa, panaskan minyak, goreng... dah siap! cicah pulak dengan sos cili... perghhh... TERBAIK!!! i tell you!

Pagi ni pendek aje cerita yaa.. sebab minyak belum panas! Cucur ikan bilis ni memang ler rangup di luar dan lembut di dalam... kalau nak tahu macam mana rasa.. kenalah cuba ya... hehe.. udah ler tu, Jom! Salin resipi! Ikhlas dariku buat semua.. :))) You all terbaik!


CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahannya :

1 biji bawang merah *dadu*
1 batang lada merah *dadu*
1 biji telur
1 genggam ikan bilis *cuci dan toskan*
4 cawan tepung gandum
2 tangkai daun sadri *hiris*
air *lebih atau kurang*
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan jadikan batter yang agak pekat. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau keperangan.
  3. Angkat dan hidangkan bersama sos cili!


Tengg!! Tarraa!!!

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM


Rangup di luar! Lembut di dalam! A must Try guys!


*Bersama rakan seperjuangan di MasterChef Malaysia*

TATA!!!



Wednesday, December 14, 2011

AYAM LEMAK CILI API MODEN

AYAM LEMAK CILI API MODEN

Assalammualaikum.... apa khabar semua? Jika di congak hampir 4 bulan blogs resipi masakan harian Shahriah tidak ber-update. Semua tu gara-gara melaksanakan satu tugasan yang amat penting, rasanya ramai yang dah tahukan.. tapi   cerita yang satu tu nanti dulu ya.. lain kali aje kita bercerita hehee.

Kalau you all nak tahu... masa nak update blogs ni pun terasa janggal sangat! Apa taknya.. terkial-kial nak load gambar nak edit gambar... demi you all semua Shahriah kuatkan jugak semangat nak share resipi masakan apa pun... bagilah peluang sedikit masa lagi ya.. sok lusa bila dah ada kelapangan nanti pasti Shahriah akan share pelbagai jenis resipi dan masakan yang enak-enak khas untuk you all..:))) 

Okay di pendekkan cerita... hari ni I nak share dengan you all resipi lama tetapi Sha dah ubah suai sedikit. (jap Shahriah... jap I.. Jap Sha) hehee...  tu laa kan i dah kata tadi masih janggal.. So resipi yang I nak share dengan you all ialah... Ayam Lemak Cili Api Moden! Tu dia.. apa yang modennya tu ekk??? okay kalau nak tahu meh! salin resipi dan anda cuba di rumah nanti ya..:))) cayang kat you all...

AYAM LEMAK CILI API MODEN

Bahan-bahan yang di perlukan :

1 ekor ayam *sederhana besar* potong 12
1 batang serai ~titik~
1 helai daun kunyit ~rampai halus~
3 biji kentang ~potong baji~
1 batang celery ~potong 2 inci~
1 mangkuk santan pekat
sedikit garam & gula
minyak untuk menumis
1 keping asam gelugor/asam keping
3 gelas air 

Bahan-bahan Kisar Halus :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
20 biji cili padi kampung *kurangkan jika tak suka pedas*
3 biji buah keras

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan sedikit minyak. Dan gorengkan kentang sehingga keperangan angkat dan ketepikan.
  2. Baki minyak menggoreng kentang tadi, tumiskan pula *Bahan-bahan dikisar halus*, serai sehingga naik bau, atau terbit minyak
  3. masukkan ayam, dan gaul sehingga rata.
  4. masukkan air dan renehkan sebentar atau sehingga ayam separa masak.
  5. masukkan daun kunyit dan renehkan lagi. sesuaikan rasa
  6. setelah ayam hampir masak, masukkan santan pekat dan kentang
  7. sesuaikan rasa dan renehkan sehingga kuah agak pekat
  8. angkat dan hidangkan bersama nasi atau pun roti perancis!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
AYAM LEMAK CILI API MODEN



Mudah aje tu kan?? kan?? kita buat dia... jangan takut-takut nak ubah suai resipi.. kita buat masakan tu.. dan kita jugaklah yang memakan hidangan tu.. so fikir-fikirkan..:)))

TIPS : Sentiasa berfikiran Positif dan jangan selalu mencari kesilapan orang lain, nanti jelas akan nampak keburukan diri kita sendiri... tak gitu??? senyum selalu.. sayang kat you all..:))))))


**Bersama-sama rakan seperjuangan di MasterChef Malaysia**
TATA!!

Wednesday, August 17, 2011

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE 17

JUADAH BERBUKA PUASA KE ~ 17

*sorry ler gambar kurang memuaskan.. sambil bercakap kat HP... sambil snap gambor.. dan itulah hasilnya! sangat mendukacitakan*


Assalammualaikum! mesti ada yang terkejut ni.. kan.. kan.. apa taknya... awal-awal lagi i dah masukkan menu juadah berbuka puasa yang ke ~ 17. Di pendekkan cerita *walaupun i suka menaip panjang lebar* pengsan!
Okay kek coklat comey momey tu.. dah ku bikin seawal bersahur pagi tadi... dengan niat 'bersedekah' kepada kengkawan Pak Habibi di opis nu hah! maka dengan niat ikhlas... siap jugak ku toping dan ku sprinkle kan dengan sedikit choc chips+choc rice dan lap-lap yang berwarna-warni tu hah... bikin tu idak ler banyak.. sebab baru dua hari lepas dah kubikinkan sebuku buat gengs di rumah ni hah. So kek coklat comey momey tu memang khas kubikin untuk rakan sepejabat pak Habibi.. dah sampai pun kek coklat comey momey tu... tengahari tadi Pak Habibi balik sekejap kerumah semata-mata nak ambik kek comey lotey tu.. so dah selesai satu niat..:):) lega rasanya. Yang bestnya tu... Pak Habibi cakap tadi kan kan... cenggini... 'HARI NI BERBUKA DI LUAR, TAK PERLU MASAK' yehaaa!!! rezeki dan bonus buat i ni tauu... berbuka di mana tu tak tahu lagi.. nanti i share jugaklah.. kata sharing is caring... ~wallahualam~ so sebelum i berbuka di luar tu nanti.. salin dan cubalah resipe kek coklat comey-momey ni yerk... rasanya dah banyak resipe kek coklat yang i share kat blogs ni... sama aje.. tapi i ubah suai sedikit resipe kali ni, sebab kengkawan pak Habibi tak suka kek yang manis... so resipe kali ni kurang ler manisnya.. lemak dan comey tetap maintain seperti biasa... muahahaa.. *pitam*

JOM!! SALIN RESIPE!!

KEK COKLAT COMEY MOMEY

*RESIPE kali ni guna cawan... mesti kawan FB i yang bernama MAMASANTAI suka bebenor!! dengan resipe bercawan segala ni ekk*

BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu baking powder + 1/2 sudu baking soda dan sedikit garam *ayak bersama*
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
1 cawan air panas *benar-benar mendidih*
1 cawan gula kastor
4 biji telur
acuan cup kek *kertas*

CARA MEMASAK :

campurkan gula, telur, minyak masak, susu segar dan putar sehingga gula hancur
masukkan tepung gandum yang *telah diayak bersama kengkawannya* putar sehingga sebati
akhir sekali masukkan air panas mendidih dan kacau sebati
tuang ke dalam acuan cup cakes
bakar dengan suhu 150'C selama 20-25 minit atau kek masak
angkat dan sejukkan


Cairkan coklat masakan dan selepas tu.... tuang ke atas kek comey momey yang telah disejukkan terlebih dahulu.. hiaskanlah dengan choc chips, coklat rice dan apa-apa aje yang ada.. janji rock! hehee..

TENGG!! TARRAA!!!

KEK COKLAT COMEY MOMEY
 Harap-harap kengkawan Pak Habibi suka ler yerk...:):) okay kengkawan semua.. selamat menjalani ibadah puasa yang ke ~ 17.. panjang umur murah rezeki.. nanti i share lagi resipe dan jugak celoteh... segarrr dari dapur!!! cewahh.. take care! muahh

TATA!!!

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE 16

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE ~ 16


Assalammualaikum... dah masuk Ramadhan ke 16.. *entry lambat di masukkan*. Mood nak memasak untuk berbuka tuu.. masih tetap sama macam biasa... idea tu ada aje... masaalahnya.. kat rumah ni.. yang jadi tukang makan tu semakin sloww dan kurengss.... semuanya.. bila berbuka puasa... main kuis dan terkais aje.. kita nak memasak pun lomahhh aje ni hah! Bukan jemu... dah ku tanya dah.. 'PENAT LAA.. MOMMA..' Ohhh... penat.. betullah tu.. cuaca panas terik.. dari pagi santak ke petang asyik di sekolah... tusyen lagi.. manalah anak-anak tak lemah dan kepenatan.. apa pun.. sebagai Ibu Mithali *perasanNNNNnn!! Masak jugak masakan untuk anak-anak dan suami tersayang tu hah! ikut tekak memasing.. dengan harapan.. banyak sikit diorang makan ekk.. ekk... Syukur Alhamdulillah.. walaupun pada awalnya.. suapan memasing slow and steady... masuk suapan yang kedua... kalah F1 YoUUUuu....:):):) LICINNNN!! oke..:):) *pengsan!!*

JOM!! SALIN RESIPE!!!

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH
*fav pak habibi dan anak-anaknya*

BAHAN DIKISAR HALUS :

1 biji bawang merah *saiz besar*
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
30 batang cili kering
1 sudu kecil belacan bakar

BAHAN LAIN :

30 biji telur puyuh ~ rebus dan kupas kulitnya
2 biji bawang merah *saiz besar* ~ hiris 
3 sudu besar sos tomato
sedikit air

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS* sehingga naik garing
masukkan sos tomato dan sedikit air
masukkan telur puyuh dan bawang hiris
renehkan kuah, sesuaikan rasa dan setelah kuah pekat
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

Memang menu berbuka yang ke ~ 16 ni i masak nasi putih aje.. hasrat di hati tu nak ler jugak masak mee hoon soup ke.. bubur ayam ke.. nak buat macam mana.. pak habibi i lebih suka makan nasi.. so memasak ler nasi.. tengoklah sok lusa.. tekak ni teringin naa nak makan mee hoon soup... Pak habibi tu nanti i gorengkan telur mata lembu! jerk nanti... muahahaa.... tak sampai hati oke..:):):) *itulah kelebihan seorang isteri mithali* Pengsan! Pitam! Demam!

JOM SALIN RESIPE!!!

AYAM GORENG BIASA


Memang biasa sangat ler tu... main pakai kisar segala.. pastu ku peramkan dalam sejam.. pastu goreng! dah siap!! nampak aje simple.. tapi rasa ayam goreng tu... anak-anak i katalah ekk... *KALAH AYAM GORENG XYZ NI MOMMA!* anak-anak i memang bab memuji.. bagi kat diaorang ekk.. tak per.. janji Mak korang masak.. korang makan bagi habis oke..:):) sejuk tangan Mak memasak yer nakkk...:):) *memang hantu AYAM GORENG PUN YA!

BAHAN-BAHANNYA :

bawang putih, halia dan serbuk kunyit. Sedikit garam dan gula
gaul rata dan peramkan selama sejam. Panaskan minyak dan goreng sehingga warna keperangan atau garing *ikut suka*

IKAN BILIS GORENG PAK HABIBI


aPasal pulak nama Pak Habibi i interframe kan??? Dah tu.. pak habibi i tu balik aje dari Opis.. terus jinjing ikan bilis... terus bagi arahan... cenggini ekk... "HARI NI BIAR I MASAK IKAN BILIS GORENG MACAM HARI TU... JUST TUNJUK DAN ARAH AJE... BIAR I YANG BUAT..' Amboiiihhh..... bertenaga giteewwkan... baguss!!! dengan rela hati.. senyuman terukir indah di bibirku yang kering ini muahahaa.. maka dengan lemah-lembutnya suara cik kak ni kann.. mengarah dan memberi tunjuk ajar kepada Pak Habibi.. dari siang ikan bilis tu.. sehinggalah menumis.. semuanya Pak Habibi kesayangan i yang bikin ekk... psssttt.. biasanya i masak Ikan Bilis goreng tu tak sampai... pun 10  minit.. tapi semalam.. hah! hampir 45 minit oke!!! *termasuk menyiang ikan bilis.* errmmmm.. mungkin pasal ikan bilis tu ler.. *Pak Habibi memberikan alasannya! alasan!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
IKAN BILIS GORENG PAK HABIBI

bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia << kesemuanya di hiris
ikan bilis *cuci dan tos kering*
garam dan sedikit gula
sedikit minyak
sedikit cuka*jika suka*

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.
kurangkan sedikit minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi
goreng sehingga naik bau dan akhir sekali renjiskan sedikit cuka dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH
AYAM GORENG BIASA
IKAN BILIS GORENG PAK HABIBIKU

OKay... dah selesai dah... tunggu nanti i share lagi resipe, masakan dan cerita di dapur i ni yerkk... *harap maklum resipe akan di masukkan lewat sedikit dek kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti harap maklum* sekian sahaja... resipe dan celoteh untuk hari ini yaa kengkawan semua.. di harap usah ler jemu dan jelak atau ada rasa nak termun... apabila membaca segala apa yang i taipkan tu ekk.. al maklumlah.. selepas ni sepi balik blogs masakan i ni kan.. so peluang yang ada ni.. semestinya tak akan kulepaskan.. tulis aje apa yang i rasa nak tulis.. asalkan tidak menyinggung mana-mana pihak.. tak giteewww??? giteeewww.... okay selamat menjalani ibadah puasa... mood nak buat beskot dah ada ni hah!!! tunggu masa aje ni... *entah bila ler tuh!*pengsan!!!!

Monday, August 15, 2011

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE 15

JUADAH BERBUKA PUASA KE ~ 15


ROTI JALA DAN KUAH KARI DAGING 
BERSAMA KENTANG

Assalammualaikum kengkawan semua.. diam tak diam.. dah masuk Ramadhan yang ke ~ 15! Syukur Alhamdulillah.. diam tak diam... dah separuh bulan kita berpuasa.... cepat benar masa berlalu.. tiap detik yang berlalu terlalu bermakna benar buat diri i ni tau! Rasanya bukan i sorang aje kot.. semua orang ada rasa camtu gak yer tak??? yer kan aje.. okaylah... nak cerita ler sikit ni ekk..
*gerenti i taip panjang lebar* muahahaa... *PENGSAN!!!*

Okay... Roti jala ni tak ada sesiapa pun yang request.. i aje yang memandai membikinnya ekk.. dengan alasan... hari tu beli kat bazaar Ramadhan... sedap tu memang ler sedap.. cuma tebal benorr... so i bikin@kirai sendiri... atau jala sendiri.. lebih halusSSS... kononnya ler... dek kerana... yer kerana... tuuuu... Tuuuu...

Acuan Roti Jala/Roti Kirai... apasal cenggitu gupernya??? kusam aje tu sha?? hahaha.. kerana... acuan roti jala itu sudah berusia lebih 8 tahun... ingat lagi masa tu i pergi ke Trengganu.. dalam banyak-banyak khazanah yang ada di jual kat pasar tu... Itu ler yang i borong! semata-mata acuan roti jala! muahaha... menyesal tak sudah beli satu aje tauu.. tak per.. lain kali pergi Trengganu i nak borong 100 bijik!!! *PITAM* 


Cak! Cak! Baaaa!!!
tu dia guper roti jala i dalam kuali tu ekk.. kebetulan BOnda tersayang tak ada... so dengan 'RINGAN TULANGNYA' anakandanya ini.... yak ni i.. ler siapa lagi.. telah menebar Cik Puan Roti jala di atas tu.. tanpa menggunakan minyak dan daun pandan yang dijadikan sebagai sapuan di atas kuali. Kebiasaan yang Bonda tersayang sering buat ekk... tetapi i telah menggantikan daun pandan dan minyak dengan... dengan... Cik Puan TEFAL... *KUALI NON STICK* muahahaa... kalau bonda tahu ni kan.. aje memang berleter tak sudah! sudah.. sudah ler ekk.. Bonda pun bukannya nampak pun.. so kita pendekkan aje ler cerita Cik Daun Pandan dan Cik Puan TEFAL tu mueheheee...

JOM!! SALIN RESIPE!!!

ROTI JALA

*mesti MamaSAntai suka sebab i guna sukatan CAWAN* muahahaaa...:):)

BAHAN-BAHANNYA :

3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu cair
4 cawan air
3 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit

**SUKATAN AIR IKUT ANGGARAN@KEPEKATAN**

CARANYA :

tepung + garam di gaul rata
lubangkan di tengah dan masukkan telur yang telah dikocok
masukkan susu cair dan kacau rata
masukkan air sedikit demi sedikit *anggarkan keadaan batter, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
tapiskan batter untuk mendapatkan tekstur yang halus dan rata *tidak bergentel*
gunakan acuan roti jala dan mula ler menjala sehingga selesai yaa... kengkawan..:):) terpulang nak guna daun pandan dan minyak atau Cik Puan TEFAL..:):) *tiada paksaaan* PENGSAN!

TENGG!! TARRAA!!!
 ROTI JALA

 Amacam??? mudah aje tu kan... lebih bagus guna Cik Puan TEFAL kerana.. tak perlu gunakan minyak dan tak payah! guna daun pandan... *dan harap-harap Bonda Kesayangan tidak membaca ler hendaknya* muahhhaahahaa...


KARI DAGING BERSAMA KENTANG

Yerr.. ingatkan nak bikin Dalca tetel... memandangkan Pak Habibi tu tak suka kacang dal dan sayur, maka telah ku putuskan.. memadai hanya dengan kari daging dan kentang udahhh... apasal kari tu kelernya ala-ala hijau@kuning??? hentah! i guna serbuk kari daging ADABI.. agaknya kelernya cenggitu guper tak??? resipe Kari tu.. sama aje... yer.. terkejar masa ni hah! SILALAH GELEDAH resepi kari i yang sebelum ni.. sama aje lebih kurang, cuma i lebihkan santan.. so pekat baru sedappp... *santan kotak lagi YoUUU* ni kalau Bonda tahu ni kan.. aje memang.. ayat power bonda tersayang *SANTAN KOTAK RASANYA MACAM KOTAK!* Errkkkkkk????!!!! eleee... tak per Bonda tak makan pun hehhee...:):)


Tu dia!!! jangan tak cuba yaa...:):)
ROTI JALA DAN KARI DAGING BERSAMA KENTANG
:
:
:
:
:
:

1 biji epal merah, 1 biji oren dan 1 biji buah kiwi segarrr... adalah hidangan wajib setiap hari sewaktu berbuka..:):):) amalkan memakan buah-buahan... dengar ceritanya awet muda! pheewwwiiiittt...:):)
:
:
ampunkan sha yaa.. agak giler2 sikit hari ni.. sebab apa??? tanpa sebab..:):) hehee.. selamat menjalani ibadah puasa... nantikan resipe harianku sempena Ramadhan...:):) Take care oke...:):)

TATA!!!


Saturday, August 13, 2011

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE 12

JUADAH BERBUKA PUASA KE 12

LAKSA JOHOR

Alhamdulillah... Syukur kepada yang MAHA ESA... dah masuk hari puasa yang ke ~ 12.. macam baru sehari aje menjalani ibadah puasa... seronok betul berpuasa kan... suka sangat! hehee.. masa yang berlalu terasa cepat benar berlalu... sepanjang siang terasa banyak waktu yang terluang.. waktu yang terluang tu.. cuba di isikan dengan pelbagai urusan..*selain melakukan ibadah wajib* bereskan apa yang perlu... leka... tetiba sedar-sedar aje.. dah tinggal sejam~dua untuk berbuka... best betul laa...:):) Okaylah... Laksa Johor ni i bikin kerana... macam biasalah.. requested by my Pak Habibi, yang anak-anak tu pulak bila dengar aje 'LAKSA JOHOR' terus ler bersorak..*macam ni anak-anak i bersorak ekk....*>>> 'LAKSA JOHOR??? WOW! DAH BERIBU TAHUN TAK MAKAN LAKSA JOHOR!!!<<< yer ler.. ribu tahun ler sangat yer nakkk aiii... gasak ler hehehe...>> so dengan rela hati.. memasak ler Laksa Johor... bukan sikit2 yang ku masak.. banyak You! pastu tak reti agih2kan pada jiran tetangga..:):) dah tu jerk.. meh! ler salin resipe yerk... udah ler resipe di masukkan sehari selepas.. dek kerana waktu malam... padat dengan pelbagai aktiviti... yang penting i masukkan jugak resipe khas buat teman-teman yang sering berkunjung ke blogs kesayanganku ini yer... terima kasih kawan kerana sudi.. hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya..:):) 

JOM!! SALIN RESIPE!!
LAKSA JOHOR *My Style*

Okay memula sekali... nak beritahu.. nak membikin Laksa Johor ni bukanlah payah sangat.. cuma jika di kira dan di tolak.. cuma LECEH!!! yer ler mana tak lecehnya.. nak kena merebus/bakar ikan.. pastu pisahkan pulak isi ikan tu... pastu nak kena kisar dan ishh... memacam lagi yang nak di kerjakan.. tapi bila dah siap.. i tell you... 'MACAM SENANG LER PULAK!* heheheee... pengsan...

KUAH LAKSA JOHOR
*kali ni i bikin kuah Laksa Johor~ bertumis*

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

1kg ikan tenggiri/parang/kembung 
*sha guna ikan tenggiri~Bonda suka ikan parang.. tapi i tak suka sebab leceh! banyak tulang hehee..*
(rebus/bakar ikan ~ pisahkan isi dengan tulang ~ kisar halus)
2 biji kelapa ~ ambil santan pekatnya sahaja
200gm kerisik
3 keping asam gelugor *asam keping
200gm udang kering ~rendam dan kisar halus
200gm tulang/isi ikan masin kurau ~ rendam
100gm ikan bilis ~ kisar halus
2 peket rempah LAKSA JOHOR/rempah kari IKAN
2 sudu besar serbuk kunyit
sedikit minyak untuk menumis
gula dan garam


BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji bawang merah *saiz besar*
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
10 tangkai cili kering 

CARA MEMASAK KUAH LAKSA JOHOR:

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS* sehingga naik bau/ pecah minyak
masukkan santan dan sentiasa di kacau *anggaran terbit minyak dari santan*
masukkan ikan tenggiri *telah dikisar halus*, udang kering, isi/tulang ikan kurau dan ikan bilis
Sentiasa di  kacau dan renehkan dengan api sederhana
*MASUKKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN DIATAS*
renehkan sehingga kuah pekat, sesuaikan rasa
*anggaran dalam sejam atau lebih. Bergantung kepada kepekatan kuah laksa*
****SORRY KALAU ADA BAHAN YANG TERLUPA DI TAIP..***

TENGG!! TARRAA!!!

KUAH LAKSA JOHOR

Tu dia!! dah siap!! nampak leceh... *memang pun* hehe.. tapi bila dah siap.. senang aje tu... bila dah siap aje kuah LAKSA JOHOR tu.. dah ler boleh mengijakan bebahan yang lelain tu yerk.. jom!!

SPAGETHI

Apa jua brand spagethi.
Didihkan air dan taburkan dengan sedikit garam
celur spagethi sehingga empuk dan 'Cap' atau portion


SAMBAL BELACAN

Cili merah, cili padi, belacan bakar, garam dan sedikit gula

ULAMAN LAKSA JOHOR

timun, daun selasih, daun kesum, limau kasturi

bawang hiris, taugeh dan lelain lagi ulaman yang anda suka *gambar taugeh tak de... terlupa nak interframekan* pengsan!

CARA MENYEDIAKAN LAKSA JOHOR *LANGKAH TERAKHIR* cewahhhh!!!!

Portion berapa banyak spagethi yang anda suka, taburkan sayur ulaman
sambal belacan dan limau kasturi yang paling akhir sekali..:):)

TENGG!!! TARRAA!!!

LAKSA JOHOR *My Style*
Dah Siap!!! LAKSA JOHOR sedia untuk di makan bersama keluarga..:):)
jangan lupa cuba oke... mudah aje tu.. 
*TIPS UNTUK MEMUDAHKAN KERJA = *SENTIASA IKHLAS, DAN SANGKA AJE MUDAH... MUDAH LER JADINYA!!!*
:
:
:
SELAMAT BERPUASA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG!!!
TAKE CARE!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ