ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, June 23, 2012

Ayam Goreng Kari


Assalammualaikum.. Syukur Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di alam maya ini :D Okay sebenarnya ada banyak cerita i nak share kat you all.. tapi nantilah yaa.. i memang sedang sibuk tahap Kritikal dah ni.. :)) Nanti bila dah free dan segala urusan i selesai.. semestinya i akan story panjang lebar kat you all semua.. macehh :D

Ayam Goreng Kari


Okay Ayam Goreng Kari ni sebenarnya menu i yang lepas-lepas.. baru hari ni berkesempatan nak share.. simple sahaja.. dan sangat mudah nak di sediakan.. bahan-bahan yang di gunakan alahaii.. tak sempat nak berpeluh pun! mudah aje tu kan kan :))

Okay Ayam Goreng Kari ni nampak sahaja biasa.. tetapi rasanya cukup enak! yang penting Syaratnya perap semalaman.. hah! giteww.. ;) barulah rasanya luar biasa..:)

Ayam Goreng Kari

Bahan Perapan :

5-6 ketul ayam *cuci bersih dan toskan*
3 ulas bawang putih *tumbuk lumat
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tepung beras
sedikit garam & gula
2 biji limau kasturi *ambil jusnya*

BAHAN LAIN :

1 biji bawang holland *hiris
4 tangkai kacang panjang *potong
2 pelepah daun kari


CARA :

Gaul rata kesemua BAHAN PERAPAN di atas dan perapkan 1-2 jam * i perap semalaman.

Panaskan minyak.
Gorengkan terlebih dahulu... BAHAN LAIN :

1 biji bawang holland *hiris
4 tangkai kacang panjang *potong
2 pelepah daun kari

 Angkat dan ketepikan.

Tambahkan lagi minyak masak, setelah panas bolehlah gorengkan Ayam yang telah di perap.

Goreng sehingga keperangan atau ayam masak.
Angkat dan taburkan BAHAN LAIN di atasnya dan hidangkan!

TARRAA!!!

Ayam Goreng Kari 


Simple and easy... selamat mencuba kawan-kawan.. :)


Panjang kisahnya.. sempat i edit blogs TRULY ME... :)  sila jengah jika sudi.. tq so much.. :D
jaga diri... senyum selalu.. muahzzz


Ayam Goreng Kari 

untuk bekal piknik memang sesuaiiii << sesuaiii tu sengau cikit :))

TATA!!



14 comments:

ibh_sue said...

Kak Sha! Simple n yummmmy :)

Unknown said...

salam Sha,hari ni akak dtg awai nak dua tiga ketoiii ayam goreng tu,nak makan dgn nasi putih ni letih lah hari ni,pastu nak tnya kemana tu naik bas segala,akak ni kan duk sini lama dah tk naik bas bertahun2 haaaa

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sue betul tu simple and easy...:)) jangan lupa cuba taw! muahzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam Kak Noor cayangggg.... 4 ketoii sha hulur demi kak noor muahzz
.. panjang kisahnya naik bas tu hehehe... baru tiba part 1 aje tu..:))

Unknown said...

OOO..dia buat ayam goreng kari rupanya...hehe..boleh la tiru lps ni.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum sha..

Nak 2 ketul ayam tu Sha..hahaha.. Kasi garing2 tau!hehehe..

Qasey Honey said...

asslm Kak Sha cygggg...sedapnye...QH nk cuba nti...simple tp myelerakan...tq kak

Cheq Sue said...

SOBS SOBS... (huruf besar tu kak...)

dah la tengah keje kat opis, perut lak kencorong... kepala pening dengan segala urusan donia... adehhhhh, kot dekat2 pi dah lunch ngan akak

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Zana jangan lupa cuba mudah aje tu muahzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam Kak Nadz... :) bolehhh garing sangat ler tu rentung nak tak? hehee

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam QH cayangg muahzz nanti cuba k.. tq muahzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Alolooo ciannya Che Sue... tak pe2 selesaikan dulu pelan2 ya kita mana pernah kering dengan urusan dunia dik.. tak putus2 kan... :)
jangan lupa makan taw.. muahzz :)

gerhana luka said...

anak2 saya kalau tengok ayam goreng terus sebut dua singgit ayam goreng 2 singgit, pengaruh upin ipin. suka ratah ayam goreng panas2 sedap tau.. bila buat macam yang Kak Sha buat ni mesti aroma ayam goreng tu bertambah menyelerakan kalau buat kompem anak saya ratah2 ni

rahel said...

Mengancam Ayam goreng kari ni...ada sayur2an pulak tu..itulah yg gue suka makan..

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ