ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, June 18, 2012

Siakap Goreng Taucho GMMP ~Garing, Masam, Manis, Pedas!



Assalammualaikum.. selamat tengahari semua.. Syukur Alhamdulillah.. dapat kita bertemu lagi di alam maya ini ya.. :) Ada sesiapa yang celebrate father's Day? Ya, baguss.. i tiap hari celebrate Father's Day.. sebab tiap hari hidangan i di dapur ini adalah hidangan yang Pak Habibi TembamBOM kesayangan i dan anak-anaknya request.... :D

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~


Tengahari tadi i memasaklah Ikan Siakap permintaan Pak Habibi i yang tembamBOM tu kan.. Kami semua kat rumah ni kurengzz sikit dengan ikan siakap. Tetapi.. ya ada tetapinya.. :D semalam dapat ler membeli seekor ikan siakap yang fresh baru turun dari bot Nelayan di kampung i! terus ler ku borong.. sebab siakap tu siakap fresh dari laut dan bukan di bela dari sangkar. ;)


Rasa ikan siakap laut sememangnya berbeza bagai langit dengan bumi :)
Sebab isinya lebih lemak, manis, lembut dan tidak berbau tanah! hah giteww.. so mulai saat ini ikan siakap telah menjadi ikan kesukaan kami sekeluarga *setelah calit ibu jari sesama sendiri malam tadi*
:))

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~


Untuk mendapatkan Ikan siakap yang garing :

1 ekor ikan siakap belah kedua-dua belah isinya. *cuci bersih dan keringkan*

4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk garlic
sedikit garam

Cara :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada ikan, dan perapkan selama 30 minit.

Panaskan kuali dengan minyak penuh. 
Setelah minyak benar-benar panas *berasap*
masukkan ikan dan goreng sehingga garing!
angkat dan toskan di atas tisu dapur.


Ya, begitu.. ranggup dan garing :D

UNTUK SOS :

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!

BAHAN-BAHANNYA :

UNTUK TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
2 inci halia *julienne
2 inci lengkuas *julienne
1 batang serai *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
20 tangkai cili padi *hiris
12 tangkai cili padi merah *buang tangkai sahaja

BAHAN LAIN :

3 sudu besar tauco *kasar
4 keping nenas tin + jus nenas *dadu
1 sudu besar jus limau nipis
gula, garam dan minyak

CARA :

Panaskan kuali dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau atau bawang layu.
Masukkan *BAHAN-BAHAN LAIN* dan renehkan sehingga kuah pekat.
Angkat dan tuangkan di atas ikan siakap goreng!

TARRAA!!!

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!




setelah itu...


tuangkan sos di atas ikan siakap goreng garing tadi teww... :D

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~



~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~


isi lembut ikan siakap tu yaa.. ranggup di luar... waduhh.. sekali di hirup kuah yang pekat tu.. rasanya masam-masam manis.... pastu... tergigit cili padi yang sebanyak tidak tu.. pedas!! ya hamfunn... :))
gigit pulak nenas tu wahhh masam manis.. jangan lupa pulak.. rasa masin tu datangnya dari cik akak taucho tu awww... i tell you! :D


Sirap Limau Nipis Bersama Laici..
Next N3 nanti i share yaa.. di bawah label baru.. AIR!


Ayam goreng Kari Sedap!
ini juga Next N3 i share... :))


Yang kuih cake comey keler hijau ni pun.. petang nanti i share kat you all ya... :D
Selamat menjamu selera kawan-kawan.. jaga diri senyum selalu..

TATA!!


13 comments:

Unknown said...

Jumpa lg Sha....siakap mmg la sdp, tgk pulak reganya...hehe.
Masak tauco ni agak evergreen kan? Masa kecik dulu arwah tok suka masak, sedap banget.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hi!Kak zana cayangg muahhzz... betul tu.. tapi kat kampung sha ni murah... fresh pulak tu hehee. betul tu lauk taucho memang evergreen..:)) maceh kak muahhzz

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduh sha..... tak tahan tgk isi ikan siakap yg dikuis2 tu.... akak adalah peminat setia ikan terutama ikan2 laut la.. hihi.. ikan sungai/kolam akak kureng la sikit..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduh sha..... tak tahan tgk isi ikan siakap yg dikuis2 tu.... akak adalah peminat setia ikan terutama ikan2 laut la.. hihi.. ikan sungai/kolam akak kureng la sikit..

norhanim md zain said...

Assalamualaikum sha..memang terbaik le hidangan tengahari nie..nampak aje ikan tu..dah terbayang kerangupan masam manis..eh eh eh..sedap sedap :))

Unknown said...

salam Sha nampak sedap nya siakap tu macam2 rasa pulak tu cantiklagi kaler dia tu meriah sangat i likeeeeeeeeeeeee

zila norazila said...

salam syg sha
nie lauk fav zila tau..biasanya guna ikan charu ..mmg meletop klu dpt..he hehee aiiishhh kecurrr sungguh teman kt sini:)

ucubakery said...

ucu datang lambat utk menu tengahari tak pe ye shaa...

TAPI skarang ucu tengah tunggu cake comey calor hijau, dah kt depan pintu dapur dah ni ...hehehehe...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Madiha samalah kita hehhe. sha pun ikan sungai tak berapa sebab dia ada bau dan rasa tanah sikit.. tapi kalau ada yang bagi dah siap masak tu jamahlah jugak sikit.. macehh kak madiha cayangg muahhzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

W'kumsalam Kak Animz tq so much.. hehee..simple aje tu nanti cuba yaa..:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Kak Noor cayang mauahhhzz.. lama tak masak taucho kak Noor.. :))

Shahriah Abdullah Novelis said...

Zila pengantin baru.. tq dear.. betul tu ikan caru hadoii jangan cakap kuat2 nanti pak habibi dengar alamatnya kena masak caru seminggu manjang heehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Ucu cayangg muahzzz okay kek keler hijau dah sampai depan rumah kak Ucu muahhzzzz

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ