ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, September 29, 2012

Asam Pedas Telur Ikan



Assalammualaikum... Selamat bersantai petang Sabtu ya kawan-kawan :D

Hari ni i masak simple.. walaupun simple tetapi bukan mudah nak dapatkan telur ikan tenggiri tu yaa...

Siap bertempah lagi di pasar. Semalam Pak Habibi dapat beli lebih kurang dalam 400gm harga RM10 perghh.. kalah ikan tenggiri :))


Pak Habibi dan i aje yang makan telur ikan ni.. anak-anak i tak reti! bagus betulkan.. :D

so makanlah kami berdua.. itu nama tak perlu berebut yoUU aii :))

Masa nak masak tu terfikir-fikir apa yang nak ku bagaikan telur ikan tenggiri tu ya? nak goreng i takut! nanti dia meletop! opocot mak aii :))

so i buat...

Asam Pedas Telur Ikan


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm telur ikan *cuci bersih di dalam tapis
1 helai daun limau purut *siat dan buang tulangnya
1 batang serai *titik
1/2 peket sawi asin
segenggam kecil asam jawa + 500 ml air
gula dan garam
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
25 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai. 
Masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan kecilkan api, renehkan lama sedikit.
Masukkan air asam jawa dan sawi asin, renehkan.
Masukkan daun limau, telur ikan, garam dan gula.
Renehkan sebentar dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Asam Pedas Telur Ikan



Kuah pekat, rasa lemak manis telur ikan tenggiri tu...
makankan dengan nasi panas-panas...
ikan masin jangan lupa..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


SlurrPPppppppppppppppp ahhhh...... ;)

selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang... :)

Jumpa nanti ya!


Tak ada idea apa nak buat petang nanti?

Jangan lupa singgah SINI >>> DIY BANGKU KAYU PART (2) 

Assalammualaikum..

TATA!!


Friday, September 28, 2012

Ayam Kicap Cili Padi



Assalammualaikum... :)

Salam pagi Jumaat buat semua teman-teman.. :)

Pagi tadi sempat jugak i jengah 3-4 pintu rumah kengkawan... cepat betul masa berlalu..tenet pulak slow ya! hampon! banyak kali menguap masa nak menyinggah dan tinggalkan jejak..:D
 yang mana i belum sempat membalas kunjungan tu sabar ya.... Insya~ALLAH jika ada waktu lapang semestinya i akan berkunjung ke blogs you all... jangan tutup pintu taw! :D

Ayam Kicap Cili Padi


entah kenapa semenjak dua menjak ni kan.. gengs i di rumah ni dok kemaruk suka makan peha ayam.. 
sebelum ni dah kerempeng Nellysha.. so kalau masak sekor ayam tu peha memang tepikan untuk dia je..

ehhh.. dah Pak Habibi tembamBOM i tu pun sukakan peha ayam.. sebelum ni fav dia kepak ayam!
peh! dah berebut.. :))

So semalam pergi ke pasaraya dan beli 1 kg ayam! segalanya peha semata! ;))
so i masakkanlah...

Ayam Kicap Cili Padi


BAHAN-BAHANNYA :

7 ketul peha ayam *kelar dan cuci bersih
(goreng ayam di atas kuali dengan sedikit minyak, sekadar keperangan kedua belah bahagian, angkat dan ketepikan)

1 biji tomato hijau *belah 4
4 sudu besar sos cili
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis
gula dan garam
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
20 tangkai cili padi merah siam *memang pedas berapi* :D

CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan air, kicap manis, sos cili dan renehkan sebentar.
Masukkan peha ayam, buah tomato dan sesuaikan rasa.
Renehkan sehingga ayam masak dan sebati dengan kuah. 
Kuah biar pekat.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Ayam Kicap Cili Padi




sangat simple.. bahan yang di gunakan pun ringkas!
rasa enak, lemak, manis dan semestinya pedas dan berapi!


hidangkan dengan nasi ayam...

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


Sekian sahaja... jumpa petang nanti.. Insya~ALLAH.. :)

Jaga diri.. senyum :)

Assalammualaikum..

TATA!!



Thursday, September 27, 2012

Cinnamon Sugar Doughtnut Yummeh!



Assalammualaikum... Selamat petang kawan.. :)

Petang ni i sajikan you all semua dengan donut yaa.. tapi kali ni i share donut lain cikit... nak kata terajin tu idak ler jugak... :D

Tetiba teringat masa di Gelanggang Masterchef 2011...sekarang di astro sedang hangat menanyangkan MCM 2012...kan :D

Masa di sana tu..  kami semua telah di ajar membuat pelbagai jenis roti dan kek.. dari Chef2 terkemuka.. handsome2 pulak tu... :D *tak semua* ;)) dan kesemua resipi tu masih tersimpan rapi dalam almari i..

so petang ni mood memang ler bagus! :D


 so i pun buatlah donut.... i ubah suaikan resipi broiche di mana roti tu manis, lemak dan lembut sangat! i like... guna banyak telur dan mentega.. dan kena peram semalan.. ingat lagi i.. yang rajin buat broiche siapa tau. Felix! ingat lagi tak? yang berambut panjang selalu berikat tu? hehee.. setiap kali dia menguli i mesti dok tepi.. bukan membantu pun.. tolong tengok jerk :D

Okay... dah tu jerk nak story.. pendek je sebab banyak kerja yaa.. ;)

Cinnamon Sugar


Cinnamon sugar untuk taburan donut i kali ni...
baunya perghhh... i like... harum aje dapur i tadi tau... ;)


1 cawan gula castor
+
1 sudu kecil cinnamon powder@serbuk kulit kayu manis

campurkan dan ketepikan.. maka jadilah cinnamon sugar... ;)


50 gm mentega cairkan.. selepas itu ketepikan..

untuk sapuan di atas roti selepas di goreng nanti yaa..:)

Cara memintal Donut..


you all tengok ler sendiri yaa..

tak reti nak ku terangkan.. biar gambar berbicara.. ya giteeww.. pandainya! :D


Tarra!! jadilah donut tocang!

Jom! Buat...

Cinnamon Sugar Doughtnut


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm tepung roti
130 gm mentega
1 peket yis kering
3 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
sedikit air untuk menguli

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan uli sehingga lembut.
Keadaan doh memang agak lembik sedikit dan bukan kental.
Uli dan banting dalam 15 minit.
Perapkan  di dalam mangkuk dan tutupkan di atasnya dengan kain lembap selama lebih kurang 3-4 jam atau doh naik 2 kali ganda.

*i uli awal pagi, petang i baru goreng :D*
*DOH ini memang mengambil masa untuk naik*

setelah doh naik. Uli sekali lagi dan biarkan sekejap anggaran doh naik sekali ganda.
Mulalah memintal doh seperti gambar di atas tadi tu ya.

Lakukan sehingga selesai dan selepas itu goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan di atas kertas dapur.
Ambil sekeping donut dan sapukan dengan mentega cair kemudian golek-golekkan di atas cinnamon sugar.
Sedia di hidang dan NGAP!

TARRAAA!!!

Cinnamon Sugar Doughtnut


YUMMEEHHHHH!!! :D


lembut, lemak, enak!!!!
cicahkan dengan sos butterscotch! terbaikkk!!!!


di pendekkan ceritalah kan kan.. hilang mata hitam bila mengunyah tu kak non dan dik non aii! :))


Okaylah... i nak minum kopi sambil makan Cinnamon Sugar Doughtnut
Jumpa nanti!

Assalammualaikum...

TATA!!




Sup Baby Taugeh Slurrpp!


Assalammmualaikum.... :)

Selamat pagi semua :D

Sarapan apa pagi ini? nasi lemak? roti canai? wah! sedapnya... ;)

Okay pagi ni i hidangkan you all semua dengan Sup Baby Taugeh Slurrrp! kelmarin punya Slurrpp ler kisahnya baru ku sharekan hari  ini ya... giteeww... ;))

saki baki baby taugeh hari tu... KLIK SINI


Nampak tak baby taugeh yang kepalanya besor ekornya bukan main terburai lagi tu! :))

ni kalau bonda i ada gerenti tak ada dia jamahnya tak :))

Tak pe.. tak pe.. bonda i tak de.. yang slurpp pun cuma i sorang je.. ;)
Jom! buat Sup Baby Taugeh SlurrPpp!


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan baby taugeh @taugeh cambah :D
5 biji tomato ceri *belah 2
500 ml air

BAHAN HIRIS :

2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 biji kiub ikan bilis knoor
4 tangkai cili padi merah *siam yang pedas berapi tu ;)
sedikit serbuk lada sulah

minyak untuk menumis
garam

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN HIRIS* tumis sehingga naik bau.
Masukkan air dan renehkan sebentar sehingga mendidih.
Masukkan tomato ceri dan sedikit serbuk lada sulah.
akhir sekali masukkan baby taugeh!
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Sup Baby Taugeh SlurrPpp!


SlurpPpppppp.... hadoi sedap benor! ;))

kuah tu hirup pelan-pelan pedas tu yangg... jangan sampai tersedak dah ler yaa.. ;))



another simple and easy soup for you guys!

Wahhh! tengok tu baru makan sup taugeh dan speaking muahahahaa ;)

apa pun memang sedap!

sekian... jumpa lagi untuk menu minum petang... Insya~ALLAH :D



Assalammualaikum..

TATA!!


Wednesday, September 26, 2012

Cucur Lobak Sedap!


Assalammualaikum... :) Selamat petang semua... ;)

Seperti yang i janjikan pagi tadi tu... :D



carot aka lobak yang i beli di pasaraya Giant petang semalam...

telah ku kerjakan.. dengan berbekalkan sedikit idea.. :D

jenuh jugak apa yang nak ku bagaikan sebelum karot tu tumbuh?? :))


maka telah ku parut dan jadilah....

Cucur Lobak


BAHAN-BAHANNYA :

3 1/2  cawan tepung gandum
2 biji lobak *sagat anggaran 2 cawan
1 biji bawang holland *mayang
1 biji kiub ayam knoor
1 batang cili merah *dadu
1 biji telur 
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
air secukupnya

*minyak untuk menggoreng*

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali minyak.
Jadikan batter yang pekat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.



Angkat dan toskan!!

TARRAA!!!

Cucur Lobak


Simple dan sedap!
rasanya lemak, manis dari lobak tu perghh..  i tell you.. banyak i makan taw! aww :D


ranggup di luar, lembut di dalam... 
Yummeh!


cicahkan dengan sos cili!

Terbaikkkkk!!!

tak caya cecuba.. cecuba.. :D

sekian sahaja dulu..

jumpa nanti...

jangan lupa singgah SINI dan SINI


Assalammualaikum...

TATA!!!


Sembang Jap...


Assalammualaikum.... :)

Selamat tengahari semua.. ;)

tak ada resipi... petang sikit i share resipi minum petang ehh... ;)


semalam ke Giant.. wah! ada mark down sale... terus ler amik dan campakkan dalam bakul..

tak banyak i beli.. sayur banyak lagi dalam peti sejuk..

so i beli yang mana tahan lama untuk stok i je...
i beli...

celery... 1 peket RM2.39

cili merah besar i pek RM1.74

cili padi siam merah pedas berapi tu.. 1 pek RM1.74

dan sepeket carot dari Australia lagi you.. harga tak ingat :)) adalah dalam RM2.00 kot or less than that... gasaklah! ;))


cadang nak ku bagaikan untuk minum petang nanti.. so tunggu yaa.. ;)


Fav spot i sekarang setiap pagi.. sambil melemparkan pandanganku jauh ke taman mini yang belum siap sepenuhnya tu... Slurppp kan kopi panas... teruslah bertambah-tambah  idea i.. itulah hakikatnya bergelar penulis... bila idea kering.. kena berhenti dan rehatkan minda tu kan kan.. kalau tak beku!
ada kalanya sampai 5-6 hari idea kering!
Tensi mak taw! :D
badan tak jugak kering! peh! ;))


Kulit kerang yang kami kutip hari tu...

nak tahu apa dah jadi?


Sekian sahaja...


TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ