ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, January 2, 2012

Vanilla Cup Cakes With Coconut Topping YUmmy!!

Vanilla Cup Cakes With Coconut Topping YUmmy!!



Assalammualaikum... Hmm kalau nak tahu I am the Cup Cakes Loverssssss.... suka sangat dengan cup cakes.. with topping... without toping.. memang tak suka! hehee.. okay selalu dan rajin jugak buat cup cakes di rumah ni... yelah.. semenjang bertarung di gelanggang MasterChef.. tu kan.. kan.. inilah baru nak mula balik buat cup cakes.. anak-anak i di rumah prefer chocolate cup cakes.. vanilla diaorang tak berapa sangat.. ada i kisah.. hehee.. kalau buat tu memang akan hantar sebuku dua ke rumah jiran dengan motto... jiranku adalah pengomen tegar hehee...
Okaylah bercakap tentang cup cakes ni kan.. apa yang I suka sangat ialah... pertama kerana mudah sangat nak membuatnya.. kedua masa nak membakar sangat singkat... dan yang paling i suka sekali topping kat atas cup cakes tu.... paling i suka! suka! suka! Kalau you all nak tahu.. i ni kan kalau berjalan i mean bersiar-siar@bershopping dengan keluarga... nampak aje buku resipe cup cakes.. mesti beli punyalah! wajib tu... nampak aje ada orang jual cup cakes kat tepi2 kedai tu... tak kiralah harga sebuku RM8 pun pernah i beli... sebab apa tau... suka sangat! so sweet... I like...:))) beli dan lepas tu tak makan... lama ku tenung.. bawak balik rumah masukkan dalam fridge.. bila teringat baru makan hehee.. ada ker??? ada... memang itu perangai i sejak semulajadi dan sekarang semakin menjadi-jadi sebab sekarang ni banyak kedai di pusat membeli belah yang menjual pelbagai jenis dan flavours cup cakes... tengok gambar di bawah tu.. antara gambar-gambar cup cakes yang i snap masa bershopping di KLCC ari tu... <<<--- wahh macam siaran langsung gitu kan hehee...:)))


Udah sekeping aje yerk.. sekarang ni nak share resipe cup cakes boleh pulak kita bersembang panjang hehe... tak pe... kali ni i share lebih sikit gambar untuk tatapan you all oke...:)))

Vanilla Cup Cakes With Coconut Topping YUmmy!!


Bahan-bahannya :

150gm mentega *suhu bilik
100gm gula castor
200gm tepung gandum + 1 sudu teh baking soda *ayak
3 biji telur *suhu bilik
1 sudu teh vanilla essence 

Untuk Topping :

Cream Cheese Frosting
buah-buahan segar, Sha guna Strawberry dan blue berry *terpulang yang anda suka
Shreded Coconut *ada jual di kedai menjual bahan kek

Cara:


  1. Putar mentega dan gula castor sehingga gula hancur atau warna bertukar pucat *pale
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi
  3. Masukkan esen vanilla dan putar sebati
  4. Masukkan tepung dan kacau sebati
 *Acuan cup cakes... hehe yang ini koleksi terbaru.. baru aje beli di Ikano hari tu... sangat baguss!! i pengkoleksi acuan kek kalau you all nak tahu.. ada lebih 40jenis acuan kek... minat punya pasal.. I loike..:))
 *Gunakan any type of paper cup cakes... dan i memang pencinta paper cup cakes.. bermacam jenis paper cup cakes ada di dalam almari i tu ekk.. nanti bila senang2 i share dengan you all..:))
 **Scoop adunan dengan menggunakan ice-cream scoop lebih mudah dan adunan nanti naik sama aje saiznya.. kalau tak ada.. tuang 2 sudu besar adunan tu yaa...

 **Bakar dengan suhu 150'C selama 20 minit. Bila dah masak tu cucukkan dengan kek tester.. kalau cake tester tu bersih aje.. tanda dah masak... sejukkan dulu ya tuan-tuan dan puan-puan....


And then bila dah sejuk tu.. bolehlah di toppingkan dengan cream cheese frosting dan taburkan dengan shreded coconut.... tenggekkan buah-buahan yang anda suka.. and i love strawberry so much..:)))

Tarrraa!!!!

Vanilla Cup Cakes With Coconut Topping YUmmy!!
**Gambar di atas.. sebahagian acuan kek dan kelengkapan membuat kek.. dan tempat i membacuh kek atau apa jua Dessert... tidak di dapur memasak... untuk mengelakkan bau belacan dan segala macam bau! hehe.. nanti i share lagi yaa.. selamat mencuba!!!

TATA!!!!


Sayur Pak Choi Goreng Bawang Putih

Sayur Pak Choi Goreng Bawang Putih


Assalammualaikum... Wahh.. N3 I kali ni nampak segar aje kan.. ala-ala Green aje giteeww sejuk aje mata memandang...:))) Hidangan tengahari 1.1.2012 simple dan menyegarkan gitu...:))) Sayur Pak Choi Goreng Bawang Putih dan i bubuh ada sedikit sayur watercress.... memang ranggup dan enak! pulak tu i ni memanglah pencinta sayur-sayuran.. tak ada daging, ikan, ayam tidak menjadi masaalah. Kalau makan di luar tu pun.. penuh sayur keliling pinggan i tau.. memang suka sangat! tapi hairan di rumah ni tak pulak hantu sayur! biasa-biasa aje... alahaii.. apa pun... kebetulan Bonda kesayangan ada di rumah ni jadi adalah teman di ajak berebut hehee..:)))

Okay i kalau goreng sayur memang simple giler! bahan yang i gunakan memang terhad.. you all semua tahukan.. my style kalau memasak simple and easy... yang penting enak dan berkhasiat dah tu jerk.. :)) Jom! salin resipi Sayur Pak Choi Goreng Bawang Putih... jangan lupa cuba tau..:))

Bahan-bahannya:

1 peket sayur pak choi *cuci bersih
1 genggam sayur watercress *cuci bersih
4 ulas bawang putih *dadu
sedikit minyak bijan
sedikit kicap soya cair
sedikit serbuk ikan  bilis


Cara :

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis, tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan sayur sawi dan watercress
  3. Renjiskan sedikit minyak bijan, kicap soya cair, serbuk ikan bilis dan gaul rata
  4. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
  5. Jangan lelama.. bila sayur layu, hilang khasiat dan rasa tak best!
Tarrraa!!!!
Sayur Pak Choi Goreng Bawang Putih

Selamat mencuba!!!

**Ada 2 blogs yang baru sahaja i update jangan lupa jengah yaa.. TQ.. muah cayang semua...

Atau

TATA!!!


Saturday, December 31, 2011

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese



Assalammualaikum, semua.... Ohh! not again! yeaah again! hehe.. spaghetti lagi... nak buat macam mana... anak-anak memang suka benar dengan spaghetti... kalau masak nasi lauk 5-6 jenis tak luak buat apa ye tak? so i tengahari tadi.. taklah tengahari jugak hehee.. petang cikit aje makan hari ni sebab.. pagi tadi sarapan heavy sedikit. So kali ini i pilih Spaghetti bersos kan sos daging bersama tomato.. atau lebih dikenali dengan Bolognase sauce... semuanya i buat sendiri.. no guna tin segala ok... bukannya susah sangat.. janji bahan-bahan asas ada dah boleh bikin!

Kali ni i share dengan you all resipi berserta step-by-step ekk... simple dan mudah sangat nak buat tu... so lepas ni bolehlah buat di rumah tu yaa... :)))

Bahan-bahannya :


1 biji bawang holland *bawang kuning dadu
3 ulas bawang putih *pecahkan/dadu
500gm daging kisar *shahriah guna jenama Ramly
1 batang celery *potong dadu
sedikit minyak zaitun & mentega


Caranya : *berpandukan gambar di atas*


  1. Panaskan kuali non stick bersama minyak zaitun dan mentega
  2. Tumiskan bawang kuning dan celery sehingga naik bau
  3. Masukkan daging kisar dan renehkan sehingga daging bertukar warna kecoklatan *gambar di atas*



  1. 2 biji tomato segar *dadu
  2. 1 biji capsicum kuning *dadu
  3. 2 helai bay leaf *daun salam
  4. daun segar oregano
*Masukkan tomato dan capsicum dan gaul rata. Masukkan daun bay leaf dan daun oregano segar. Kacau rata dan masukkan sedikit air.




  1. 4 sudu besar tomato paste
  2. Serbuk oregano
  3. Serbuk lada hitam
  4. Garam secukup rasa
*Masukkan 4 sudu besar tomato paste, serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh sehingga kuah pekat. *Gambar di atas*

Celur spaghetti *gambar di bawah* dan hidangkan.....


Tarraaa!!!! dah siap!!! simple and easy....:)))



Fresh from Shahriah Kitchen..... Spaghetii Bolognese khas buat semua...:))) selamat mencuba!!!
OOpsss... satu lagi.. jangan lupa sprinkle with parmesan cheese.. YummyYy!!!


Resipi terakhir buat Tahun 2011.... selamat datang 2012.... Happy New Year Everyone...:)))

Tata!!


French Toast Easy Version..:))))

French Toast Easy Version..:))))


Assalammualaikum semua... selamat pagi... walaupun dah nak masuk tengahari ni kan kan.. yang penting ada resipi segar dari dapur Shahriah...:))) macam biasa... bila bangun aje pagi tu... kepala ni dok ligat memikirkan apa yang nak di hidangkan buat keluarga tersayang. I ni lain pulak... kalau boleh tiap hari sarapan atau apa jua hidangan buat keluarga tak suka yang sama aje tiap hari... lainlah kalau ada banyak program di luar sana... alamatnya.. sarapan 'kotak' lah jawabnya.. tahu tak apa tu sarapan 'kotak'??? hehe... apalagi cik cereal kita ler ekk... okay so pagi ni.. macam biasa.. simple tetapi memberikan tenaga yang cukup untuk sepanjang pagi...

Anak-anak pulak memang sukakan sarapan pagi yang ala-ala western gituh! buatlah apa pun.. gerenti licin! hehee.. so tanpa membuang masa lagi... meh! try resipi simple and easy.. macam biasalah.. i mana suka duduk dapur berlama-lama... banyak lagi kerja nak di buat kan kan...:)))

French Toast Easy Version..:))))

Bahan-bahan :

6 keping roti putih *potong serong ala-ala 3 triangle gituh!
3-4 biji telur
5 sudu susu segar
2 sudu gula perang *brown sugar
sedikit mentega untuk memanggang
sedikit serbuk kulit kayu manis *cinnamon
sedikit gula aising untuk tabur
maple sirap & buah-buahan segar untuk sampingan hidangan

Cara :


  1. Kocok/putarkan telur bersama susu segar dan gula perang sehingga rata
  2. campurkan sedikit serbuk kulit kayu manis
  3. Panaskan kuali non stick bersama sedikit mentega *lengserkan
  4. Celupkan roti ke dalam adunan telur dan panggang sehingga keperangan kedua-dua belah bahagian di atas kuali
  5. Angkat dan taburkan bersama gula aising, maple syrup dan buah-bauhan pilihan anda
  6. Siap di Sarapkan!!! hehee..:)))
French Toast Easy Version..:))))



Simple and Easy.. yet mengenyangkan i tell you..:)) selamat mencuba ya..:)))


Hari minggu... peluang keemasan dapat melepak, bersiar dan makan di luar bersama keluarga tersayang.. peluang keemasan buat Shahriah setelah berbulan-bulan meninggalkan keluarga sepanjang bertarung di gelanggang MasterChef Malaysia... Take care everyone... Tata!!

Friday, December 30, 2011

Spagethi Olio

Spagethi Olio


Assalammualaikum, hmm... dah lama tak share resipi kan.. hari ni kuatkan semangat sikit.. update blogs kesayangan I ni hehhe.. okay as usual lah kan... memasak memang tiap hari... macam-macam resipi yang telah dicuba dan hidangkan buat keluarga tersayang. Tapi dalam banyak-banyak resipi dan hidangan tu... Spagethi adalah salah satu hidangan yang paling keluarga Shahriah suka sangat! terutama anak-anak. Kalau boleh tiap hari nak makan Spagethi.. memanglah simple aje.. tapi si tukang masak ni kalau boleh nak menjerit! dah jerit dah tau... jemu jelak dah rasanya. Apa pun.. pilihan keluarga perlu diutamakan nak nak bila menu tu simple dan mudah nak disediakan.. kiranya bonus buat i ler hehee...

Okay, sebelum ni Shahriah dah pernah share resipi spagethi Olio.. masa di cabaran luar berkumpulan di MasterChef pun Shahriah ada masak hidangan ini... tapi kali ni I masak di dapur i oke.. tak ada timing dan undian segala hahaa... tapi pujian dari anak-anak.... "Momma so Yummy!!!" hah! pujian itulah yang membuatkan i masakkan spagethi, walaupun.... jemu hehee... Okay i nak you all cuba dan rasa sendiri betapa simplenya dan betapa enaknya spagethi yang kalau i sediakan di dapur... pung! pang! peng! dalam tempoh 15 minit... settle!! Bon Apetit!!!

Spagethi Olio

Bahan-bahannya :

1 peket spagethi ~ celur sehingga al-dante... *ikut arahan di peket

10 ulas bawang putih ~ dadu *I memang pencinta bawang putih :))
2 tangkai daun parsley ~ hiris
5 sudu parmesan cheese *halus
6 batang sosej ayam ~ potong kecil
5 sudu besar minyak zaitun
sedikit lada hitam

Caranya :


  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun
  2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  3. Masukkan sosej dan gaul rata
  4. Masukkan spagethi yang telah di celur *sebaik sahaja di toskan masukkan terus ke dalam kuali
  5. Gaul rata, sesuaikan rasa dan sedikit lada hitam *corsed blackpepper
  6. Masukkan daun parsley dan parmesan cheese
  7. Angkat dan hidangkan!!! taburkan sebanyak mungkin parmersan cheese!! makan sewaktu panas-panas!!!


Bon Apetit!!!


*Percutian baru-baru ini bersama My Heroes~ Abang Amin & Abang Aemir dan My Lovely Princess Nellysha...:))

Tata!!!


Thursday, December 15, 2011

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM


Assalammualaikum, selamat pagi semua :))) dah sarapan? Sarapan apa agaknya ya? Okay dah lama tak buat Cucur Ikan Bilis. Pagi tadi teringin pulak nak makan... so mulalah membancuh. Bukannya susah sangat... terlalu mudah... cuma campurkan kesemua bahan-bahan, sesuaikan rasa, panaskan minyak, goreng... dah siap! cicah pulak dengan sos cili... perghhh... TERBAIK!!! i tell you!

Pagi ni pendek aje cerita yaa.. sebab minyak belum panas! Cucur ikan bilis ni memang ler rangup di luar dan lembut di dalam... kalau nak tahu macam mana rasa.. kenalah cuba ya... hehe.. udah ler tu, Jom! Salin resipi! Ikhlas dariku buat semua.. :))) You all terbaik!


CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahannya :

1 biji bawang merah *dadu*
1 batang lada merah *dadu*
1 biji telur
1 genggam ikan bilis *cuci dan toskan*
4 cawan tepung gandum
2 tangkai daun sadri *hiris*
air *lebih atau kurang*
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan jadikan batter yang agak pekat. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau keperangan.
  3. Angkat dan hidangkan bersama sos cili!


Tengg!! Tarraa!!!

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM


Rangup di luar! Lembut di dalam! A must Try guys!


*Bersama rakan seperjuangan di MasterChef Malaysia*

TATA!!!



Wednesday, December 14, 2011

AYAM LEMAK CILI API MODEN

AYAM LEMAK CILI API MODEN

Assalammualaikum.... apa khabar semua? Jika di congak hampir 4 bulan blogs resipi masakan harian Shahriah tidak ber-update. Semua tu gara-gara melaksanakan satu tugasan yang amat penting, rasanya ramai yang dah tahukan.. tapi   cerita yang satu tu nanti dulu ya.. lain kali aje kita bercerita hehee.

Kalau you all nak tahu... masa nak update blogs ni pun terasa janggal sangat! Apa taknya.. terkial-kial nak load gambar nak edit gambar... demi you all semua Shahriah kuatkan jugak semangat nak share resipi masakan apa pun... bagilah peluang sedikit masa lagi ya.. sok lusa bila dah ada kelapangan nanti pasti Shahriah akan share pelbagai jenis resipi dan masakan yang enak-enak khas untuk you all..:))) 

Okay di pendekkan cerita... hari ni I nak share dengan you all resipi lama tetapi Sha dah ubah suai sedikit. (jap Shahriah... jap I.. Jap Sha) hehee...  tu laa kan i dah kata tadi masih janggal.. So resipi yang I nak share dengan you all ialah... Ayam Lemak Cili Api Moden! Tu dia.. apa yang modennya tu ekk??? okay kalau nak tahu meh! salin resipi dan anda cuba di rumah nanti ya..:))) cayang kat you all...

AYAM LEMAK CILI API MODEN

Bahan-bahan yang di perlukan :

1 ekor ayam *sederhana besar* potong 12
1 batang serai ~titik~
1 helai daun kunyit ~rampai halus~
3 biji kentang ~potong baji~
1 batang celery ~potong 2 inci~
1 mangkuk santan pekat
sedikit garam & gula
minyak untuk menumis
1 keping asam gelugor/asam keping
3 gelas air 

Bahan-bahan Kisar Halus :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
20 biji cili padi kampung *kurangkan jika tak suka pedas*
3 biji buah keras

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan sedikit minyak. Dan gorengkan kentang sehingga keperangan angkat dan ketepikan.
  2. Baki minyak menggoreng kentang tadi, tumiskan pula *Bahan-bahan dikisar halus*, serai sehingga naik bau, atau terbit minyak
  3. masukkan ayam, dan gaul sehingga rata.
  4. masukkan air dan renehkan sebentar atau sehingga ayam separa masak.
  5. masukkan daun kunyit dan renehkan lagi. sesuaikan rasa
  6. setelah ayam hampir masak, masukkan santan pekat dan kentang
  7. sesuaikan rasa dan renehkan sehingga kuah agak pekat
  8. angkat dan hidangkan bersama nasi atau pun roti perancis!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
AYAM LEMAK CILI API MODEN



Mudah aje tu kan?? kan?? kita buat dia... jangan takut-takut nak ubah suai resipi.. kita buat masakan tu.. dan kita jugaklah yang memakan hidangan tu.. so fikir-fikirkan..:)))

TIPS : Sentiasa berfikiran Positif dan jangan selalu mencari kesilapan orang lain, nanti jelas akan nampak keburukan diri kita sendiri... tak gitu??? senyum selalu.. sayang kat you all..:))))))


**Bersama-sama rakan seperjuangan di MasterChef Malaysia**
TATA!!

Wednesday, August 17, 2011

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE 17

JUADAH BERBUKA PUASA KE ~ 17

*sorry ler gambar kurang memuaskan.. sambil bercakap kat HP... sambil snap gambor.. dan itulah hasilnya! sangat mendukacitakan*


Assalammualaikum! mesti ada yang terkejut ni.. kan.. kan.. apa taknya... awal-awal lagi i dah masukkan menu juadah berbuka puasa yang ke ~ 17. Di pendekkan cerita *walaupun i suka menaip panjang lebar* pengsan!
Okay kek coklat comey momey tu.. dah ku bikin seawal bersahur pagi tadi... dengan niat 'bersedekah' kepada kengkawan Pak Habibi di opis nu hah! maka dengan niat ikhlas... siap jugak ku toping dan ku sprinkle kan dengan sedikit choc chips+choc rice dan lap-lap yang berwarna-warni tu hah... bikin tu idak ler banyak.. sebab baru dua hari lepas dah kubikinkan sebuku buat gengs di rumah ni hah. So kek coklat comey momey tu memang khas kubikin untuk rakan sepejabat pak Habibi.. dah sampai pun kek coklat comey momey tu... tengahari tadi Pak Habibi balik sekejap kerumah semata-mata nak ambik kek comey lotey tu.. so dah selesai satu niat..:):) lega rasanya. Yang bestnya tu... Pak Habibi cakap tadi kan kan... cenggini... 'HARI NI BERBUKA DI LUAR, TAK PERLU MASAK' yehaaa!!! rezeki dan bonus buat i ni tauu... berbuka di mana tu tak tahu lagi.. nanti i share jugaklah.. kata sharing is caring... ~wallahualam~ so sebelum i berbuka di luar tu nanti.. salin dan cubalah resipe kek coklat comey-momey ni yerk... rasanya dah banyak resipe kek coklat yang i share kat blogs ni... sama aje.. tapi i ubah suai sedikit resipe kali ni, sebab kengkawan pak Habibi tak suka kek yang manis... so resipe kali ni kurang ler manisnya.. lemak dan comey tetap maintain seperti biasa... muahahaa.. *pitam*

JOM!! SALIN RESIPE!!

KEK COKLAT COMEY MOMEY

*RESIPE kali ni guna cawan... mesti kawan FB i yang bernama MAMASANTAI suka bebenor!! dengan resipe bercawan segala ni ekk*

BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu baking powder + 1/2 sudu baking soda dan sedikit garam *ayak bersama*
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
1 cawan air panas *benar-benar mendidih*
1 cawan gula kastor
4 biji telur
acuan cup kek *kertas*

CARA MEMASAK :

campurkan gula, telur, minyak masak, susu segar dan putar sehingga gula hancur
masukkan tepung gandum yang *telah diayak bersama kengkawannya* putar sehingga sebati
akhir sekali masukkan air panas mendidih dan kacau sebati
tuang ke dalam acuan cup cakes
bakar dengan suhu 150'C selama 20-25 minit atau kek masak
angkat dan sejukkan


Cairkan coklat masakan dan selepas tu.... tuang ke atas kek comey momey yang telah disejukkan terlebih dahulu.. hiaskanlah dengan choc chips, coklat rice dan apa-apa aje yang ada.. janji rock! hehee..

TENGG!! TARRAA!!!

KEK COKLAT COMEY MOMEY
 Harap-harap kengkawan Pak Habibi suka ler yerk...:):) okay kengkawan semua.. selamat menjalani ibadah puasa yang ke ~ 17.. panjang umur murah rezeki.. nanti i share lagi resipe dan jugak celoteh... segarrr dari dapur!!! cewahh.. take care! muahh

TATA!!!

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE 16

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN KE ~ 16


Assalammualaikum... dah masuk Ramadhan ke 16.. *entry lambat di masukkan*. Mood nak memasak untuk berbuka tuu.. masih tetap sama macam biasa... idea tu ada aje... masaalahnya.. kat rumah ni.. yang jadi tukang makan tu semakin sloww dan kurengss.... semuanya.. bila berbuka puasa... main kuis dan terkais aje.. kita nak memasak pun lomahhh aje ni hah! Bukan jemu... dah ku tanya dah.. 'PENAT LAA.. MOMMA..' Ohhh... penat.. betullah tu.. cuaca panas terik.. dari pagi santak ke petang asyik di sekolah... tusyen lagi.. manalah anak-anak tak lemah dan kepenatan.. apa pun.. sebagai Ibu Mithali *perasanNNNNnn!! Masak jugak masakan untuk anak-anak dan suami tersayang tu hah! ikut tekak memasing.. dengan harapan.. banyak sikit diorang makan ekk.. ekk... Syukur Alhamdulillah.. walaupun pada awalnya.. suapan memasing slow and steady... masuk suapan yang kedua... kalah F1 YoUUUuu....:):):) LICINNNN!! oke..:):) *pengsan!!*

JOM!! SALIN RESIPE!!!

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH
*fav pak habibi dan anak-anaknya*

BAHAN DIKISAR HALUS :

1 biji bawang merah *saiz besar*
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
30 batang cili kering
1 sudu kecil belacan bakar

BAHAN LAIN :

30 biji telur puyuh ~ rebus dan kupas kulitnya
2 biji bawang merah *saiz besar* ~ hiris 
3 sudu besar sos tomato
sedikit air

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS* sehingga naik garing
masukkan sos tomato dan sedikit air
masukkan telur puyuh dan bawang hiris
renehkan kuah, sesuaikan rasa dan setelah kuah pekat
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

Memang menu berbuka yang ke ~ 16 ni i masak nasi putih aje.. hasrat di hati tu nak ler jugak masak mee hoon soup ke.. bubur ayam ke.. nak buat macam mana.. pak habibi i lebih suka makan nasi.. so memasak ler nasi.. tengoklah sok lusa.. tekak ni teringin naa nak makan mee hoon soup... Pak habibi tu nanti i gorengkan telur mata lembu! jerk nanti... muahahaa.... tak sampai hati oke..:):):) *itulah kelebihan seorang isteri mithali* Pengsan! Pitam! Demam!

JOM SALIN RESIPE!!!

AYAM GORENG BIASA


Memang biasa sangat ler tu... main pakai kisar segala.. pastu ku peramkan dalam sejam.. pastu goreng! dah siap!! nampak aje simple.. tapi rasa ayam goreng tu... anak-anak i katalah ekk... *KALAH AYAM GORENG XYZ NI MOMMA!* anak-anak i memang bab memuji.. bagi kat diaorang ekk.. tak per.. janji Mak korang masak.. korang makan bagi habis oke..:):) sejuk tangan Mak memasak yer nakkk...:):) *memang hantu AYAM GORENG PUN YA!

BAHAN-BAHANNYA :

bawang putih, halia dan serbuk kunyit. Sedikit garam dan gula
gaul rata dan peramkan selama sejam. Panaskan minyak dan goreng sehingga warna keperangan atau garing *ikut suka*

IKAN BILIS GORENG PAK HABIBI


aPasal pulak nama Pak Habibi i interframe kan??? Dah tu.. pak habibi i tu balik aje dari Opis.. terus jinjing ikan bilis... terus bagi arahan... cenggini ekk... "HARI NI BIAR I MASAK IKAN BILIS GORENG MACAM HARI TU... JUST TUNJUK DAN ARAH AJE... BIAR I YANG BUAT..' Amboiiihhh..... bertenaga giteewwkan... baguss!!! dengan rela hati.. senyuman terukir indah di bibirku yang kering ini muahahaa.. maka dengan lemah-lembutnya suara cik kak ni kann.. mengarah dan memberi tunjuk ajar kepada Pak Habibi.. dari siang ikan bilis tu.. sehinggalah menumis.. semuanya Pak Habibi kesayangan i yang bikin ekk... psssttt.. biasanya i masak Ikan Bilis goreng tu tak sampai... pun 10  minit.. tapi semalam.. hah! hampir 45 minit oke!!! *termasuk menyiang ikan bilis.* errmmmm.. mungkin pasal ikan bilis tu ler.. *Pak Habibi memberikan alasannya! alasan!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
IKAN BILIS GORENG PAK HABIBI

bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia << kesemuanya di hiris
ikan bilis *cuci dan tos kering*
garam dan sedikit gula
sedikit minyak
sedikit cuka*jika suka*

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.
kurangkan sedikit minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi
goreng sehingga naik bau dan akhir sekali renjiskan sedikit cuka dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH
AYAM GORENG BIASA
IKAN BILIS GORENG PAK HABIBIKU

OKay... dah selesai dah... tunggu nanti i share lagi resipe, masakan dan cerita di dapur i ni yerkk... *harap maklum resipe akan di masukkan lewat sedikit dek kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti harap maklum* sekian sahaja... resipe dan celoteh untuk hari ini yaa kengkawan semua.. di harap usah ler jemu dan jelak atau ada rasa nak termun... apabila membaca segala apa yang i taipkan tu ekk.. al maklumlah.. selepas ni sepi balik blogs masakan i ni kan.. so peluang yang ada ni.. semestinya tak akan kulepaskan.. tulis aje apa yang i rasa nak tulis.. asalkan tidak menyinggung mana-mana pihak.. tak giteewww??? giteeewww.... okay selamat menjalani ibadah puasa... mood nak buat beskot dah ada ni hah!!! tunggu masa aje ni... *entah bila ler tuh!*pengsan!!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ