ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, April 25, 2012

Nasi Lemak, Ayam Panggang Tairu Special Order


Assalammualaikum.. Selamat tengahari buat semua teman blogger baru dan lama... terima kasih kerana masih sudi singgah di dapurku yang ala-ala aje... terima kasih semua... yang mana meninggalkan jejak dan belum sempat ku balas tu... al-maklum sekarang memang tengah sibuk sesangat... semuanya berjadual... kalau lebih mengadap blogs.. alamatnya lari schedule dan terpaksalah bertungkus-lumus nak kena sudahkan... selagi tak siap! jangan mengada ko nak masuk tidur awal....setakat tidur 2 jam tu dah biasa dah i taw... tu yang mata tu bengkak dan sembab *sila lihat gambar i yang manja di atas tu! awww..* hehehe.... dan itulah rutin seharian i ekk.. padat dan sendat naa... kekadang tu.. nak tarik napas pun tersekat-sekat sebab kekenyangan... sebab sibuk!


Sibuklah macam mana pun... memasak itu satu kewajipan yang wajib i tunaikan sebelum mengerjakan urusan yang lelain tu.. pulak semenjak kebelakangan ni... rezeki ALLAH SWT beri bukan main lagi... Syukur Alhamdulillah.. bila dah rezeki masuk mencurah-curah tu.. aje memanglah kerja pun semakin ler bertimbun-timbun...


Undangan jangan cerita... banyak ku tolak dari ku terima! muahahaa.. bukan menyombong yaa.. sebab i ni jenis.. kalau buat sesuatu tak suka seperti melepaskan batuk di tangga... oh! tidak itu bukan prinsip yang i sejak dulu.. nak lakukan sesuatu... buat sehingga selesai.. serius dan sangat komited! lupakan shopping mopping sedangkan itu adalah hobi utamaku.. selain melancong dan melencung dan makan sakan!


Hari ni i masak simple aje.. tetapi agak luar biasa cikit.. permintaan my hero no 1 tu... yer laa menu minggu ni khas ikut tekak dia aje.. tinggal lagi 5 hari sahaja lagi dia nak merasa masakan air tangan Emaknya ni kan.. lepas ni makan ler ko nasi kawah nak aii... tak per... itu satu pengalaman baru buat Abang Amin... moga banyak ilmu yang berguna dapat dia raih sepanjang di PLKN tu nanti yaa nak... haihhh.. banyak ler pulak membebel ni ekk.. okay dah sedia.. jom kita memasak! satu lagi resipe baru yang telah ku olahkan agar menjadi satu menu baru buat semua rakan-rakan blogger.. terima kasih kepada yang sudi mencuba....:))

AYAM PANGGANG TAIRU SPECIAL ORDER ABANG AMIN



BAHAN-BAHANYA :

5 keping ayam *whole legs cuci bersih dan toskan

BAHAN UNTUK TAIRU DAN PERAP :


4 cm halia
8 ulas bawang putih
400 ml tairu *susu segar + 2 biji jus lemon*
garam
sedikit lada hitam
4 sudu besar madu

CARA : *berpandukan gambar di atas*

Perapkan ayam bersama *bahan-bahan di atas semalaman*

dan keesokkan harinya..



Toskan dari bahan perapan.
Pan siered kedua-dua belah bahagian *sila lihat gambar atas*
cukup sekadar keperangan cenggitu dah bukan garing tau... angkat dan ketepikan...


Baki kuah perapan tu.. renehkan di atas api... reduced sehingga pekat, angkat dan ketepikan


alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan panggang dengan suhu 180'C selama 35-40 minit.. setelah keperangan.. angkat!

TARRAA!!!

AYAM PANGGANG TAIRU SPECIAL ORDER ABANG AMIN


Hidangkan bersama kuah tairu yang telah di pekatkan tu...


Baunya haruMMmmmmm noOooooooo.......


so juicy! so moist! so tender! so sedaPPPP.......
lawankan pulak dengan Nasi Lemak & The Gengs...


Untuk resipe nasi lemak KLIK SINI


Hirisan timun jangan lupa...


ikan bilis goreng dan kacang goreng jangan lupa..


telur rebus wajib ada...


sambal tumis ikan bilis bawang.. buh bebanyak naaa... manis dan pedas! sure terangkat dan terjongket-jongket!


sebelum nak makan tu tuangkan sos tairu yang enak tu.....


Perghhhhh... confirm.. Amelia datang bersama bib tersangkut celah leher bukan dada hahaha.. dan yang lelain tu... jangan lupa datang ke sini bawak tuala tangan.. kalau tak de.. tuala mandi pun boleh.... 


"Bismillah..... "

Abang Amin kirim salam kat semua...:)))


Selamat menjamu selera kawan... jumpa lagi.. jaga diri.. take care.. muahhh.... psst... ada satu resipe istimewa dari rakan blogger yang i nak cuba... siapakah gerangannya itu??? tungguuuUU.... hehehhh....

TATA!!


Sejambak Bunga Ros, Terkial-kial, Ciannya Izah Daud


Assalammualikum.. selamat pagi semua.. teman blogger baru dan lama.. dah sarapan ke belum?? kalau tanya i.. dah tentu belum hehhee.. sebab awal dah masuk opis kan kan.. cuma  minum air masak aje.. tapi 2 gelen! hah tu dia... kembung perot senang hati hehehee....

Pagi ini tiada menu atau resipe sarapan pagi... tetapi ada beberapa perkara yang ingin ku bual dan kongsikan buat semua teman-teman yang ku hormati lagi ku kasihi...:))

Okay nampak tak bunga ros yang segar mewangi tu.. *sila bayangkan...almaklumlah kita semua ni bersiaran di alam maya* wangi ngko! itulah hadiah daripada si Cik Puan yang empunya BURGER MAGIC TIADA DUA DAN TIADA 3 DI DUNIA INI << kalau nak tahu gi mana guper Burger Magic tu silalah singgah dan jangan lupa add yaa....

Hati ini sungguh terharu.. bukan sahaja sejambak bunga yang di beri... tetapi.... siap dengan poem ko! mau tak kembang macam bunga rose yang mekar tu ekk...


Cik Shahriah, this bouquet of beautiful roses for you, my compliments to you for being so kind and gracious of you to mention about my MAGIC BURGER in you posting. I'm very glad to meet you. For you my dear,

If friends were flowers,
I would not pick you!
I'll let you grow in the garden and activate you,
with love and care so that I can keep you
as a friend forever.

A big big cyber hugs from me. <<< from Amelia's

Okay dah... so sweet la you Amelia!!! sebab you sweet i bagi you ini pulak yaa.... i harap you dah bersiap sedia dengan bib dan juga tisu rolls! muahhaaha...


Amelia... gambar di atas itu sangat eksklusif.. Spagethi Prawn Olio yang ada dalam buku resipe i tu tauu...belum lagi keluar di pasaran tapi... i bagi you rasa dulu.... sepinggan aje tu.. begitu juga dengan kengkawan yang lain ekk.... So sweet of you Amelia... hugs & kisses..:))


Wahai adikku Izah Daud yang Comel usah bersedih hati lagi yaa....




Pepagi tadi.. masa nak bukak blogs ni kan.. okay macam biasalah.. dah macam rumah kedua dah ekk.. tekan sini keluar ler... itu.. tekan situ... keluar ler ini... ehhhhh... tadi pagi kan kan.. bila ku tekan itu.. dia keluar apa????!!! tekan sini apa benda ni????!!! wahh... tetiba pagi yang nyaman ini.. telah menambahkan kehangatanku di pagi hari... perghhh.... rupanya Blog dah tukar setting... itu yang terkial-kial cari mana yang nak ku tekan.. you all pun sama jugak ke ekk??? hishh.. betul nambah  kerja.. 

Dalam terkial-kial nak menekan sana, nekan sini tu... ternampaklah post Izah Daud adikku yang comel.. alahai... panjang lebor dia bercerita... kesian dia ekk... nak tahu apa yang menyedihkan adikku Izah Daud yang comel tu singgahlah sini... tinggalkan komen bagi dia ceria dan sentiasa tersenyum bersama Blueberry Cream Muffin dan "so sad"... 



so adikku Izah Daud... ko anggap ajelah ini sebagai komen akak buat menceriakan hati ko tu dik yaa...biasalah dik.. rambut sama hitam.. hati lain-lain... hidup penuh dugaan... buang yang keruh ambil yang jernih... sabar yaa... jangan sedih2 lagi.. senyum.. senyumm.. hah! giteww.. *ko tak senyum siap!* cayang Izahh... muahhhzzz..... hah! akak tags gambar izah kat fb tu.. tak mintak izin.. tapi akak tak buang watermark Izah... hehee.. jangan mare haaa.... cayang muahhzzzz


Okaylah... itu sahaja sembang pagi ini... tunggu tengahari nanti yaa... nak memasak dulu.. Psstt. hari ni menu special tau... ayam dah ku perap dari semalam lagi.. wah apa agaknya yaa???
:
:
:
:
:
:
:

:
:
tungUUuuu.....

TATA!!!




Tuesday, April 24, 2012

Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's


Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama.. terima kasih kerana masih sudi singgah dan meninggalkan jejak... walaupun ada yang belum sempat berbalas.. Insyallah bila ada masa lapang nanti akan ku balas kesemua jejak.. Insyallah...


Okay di petang hari yang cukup nyaman.. redup dan kadang kala mendung tidak bererti hujan tu.. i nak share ler sikit ekk.. kisah seorang kawan baru i dalam blogs ni.. setiap kali dia singgah ke dapur i yang tak seberapa ni... mesti dia akan datang bersama bib terikat di dada hokeh! dan setiap kali dia singgah blogs i.. gerenti dia cakap key-board dia hampir short circuit! muahahaa.. sebab apa tau.. sebab dia ngencess! peh! i kalau baca komen dia mesti gelak tergolek-golek punyalah! insan istimewa yang menjadi pilihan i petang ini... nak tahu siapa??? hah! kalau ada sesiapa nak rasa mini burger magic! singgah sini >>> MAGIC BURGER! Siapa jengah mesti kena renjatan letrik jam tu jugak! hah! jangan lupa singgah dan add dia sebagai rakan blogger kita okeh... 

Dan ucapan ini khas ku tujukan buat Si comel Amelia.. cantik dan anggun orangnya.. sudah berpunya atau belum.. terlupa pulak nak ku tanya.. hehehe.. okay jangan lupa singgah tau! Amelia you said you want to see me rite??? hokey! one sweetday.. gerenti kita jumpa.. tolong pilih kopitiam yang tak ada orang *kedai hampir tutop* hahaa...


Petang tadi selepas berehat dan selesai buat pelbagai urusan tu.. turun ler i kedapur... ada baki nenas masak gulai tengahari tadi tu.. ku potong kecik-kecik naa... memang dah berangan betul nak makan kek nenas segar... tak pernah pulak mencuba.. so petang tadi ku coba.. biasalah i kalau buat apa pun main pakai campak tebor.. tetapi ku sukat... ehh.. teringat pulak.. nenaskan masam manis rasanya.. maka ku cempakkan choc Chips Hershey's dalam 6-7 bijik kat dalam cake secomey tidak tu... waaahhhhhh.... <<< masak dulu baru i bagi komen! muahahhaa...


Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung kek *blue key + 1 sudu teh baking powder
100 gm gula kastor
50 gm gula perang@brown sugar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar susu pekat manis

BAHAN LAIN :

250 gm nenas cincang 
100 gm choc chips Hershey's

CARA :

Campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN DI ATAS dan putarkan selama 5 minit di dalam mangkuk.
Masukkan nenas dan putar sehingga sebati.
masukkan adunan ke dalam cup cakes hanya setengah dari acuan *guna scoop ice-cream.
Taburkan beberapa biji choc chips dan tuangkan baki adunan *Lihat gambar di atas.
Bakar di dalam oven suhu 170'C selama 30 minit.
Setelah keperangan di atasnya, keluar dan hidangkan!!

TARRAA!!

Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's


harumMmmm... naaa.......


tekstur halus dan gebu nOoooooo.....


nampak tak nenas kat celah kek tu?? choc chips??


Amelia's this cakes say hellOOoooOOoooooOOo to yOu okeh..:))


yang kat dalam box atas tuu.. i dah tapaukan untuk you all.. sebelum you all tinggalkan komen nak sikit... banyak tu ku beri.... hehhehhh.. dan Amelia tu bukan untuk you okeh..


Sebelum Amelia punya key-board short-circuit.. ini i dah tapau untuk yoUu Amelia's... so no bibs required okeh!
:
:
:
:
:
:
:

Akhir sekali... jangan lupa jengah blogs penulisan i tu ekk.. tadi malam sempat jugak ku masukkan N3... SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH PART 1
 terima kasih teman... sekian wassalammu :))

TATA!!




Gulai Selar Tomato Dan Nenas M16 Tebaborr!!!


Assalammualaikum... salam sejahtera buat blogger baru dan lama... apa khabar semua?? ceria tak hari ni?? hari ni mood i dah kembali ceria naaa.. nak tahu kenapa???


Waaahh.... ramai jugak yang tak nak tahu.. heheheh.. Gini! beberapa minggu dan termasuklah semalam tu.. mood ni agak kelam-kelibut sedikit apa taknya... Hero no 1 tu kan minggu depan dah nak ke PLKN... so mood Emaknya ni agak terganggu... risau manjang.. tapi kini tidak lagi! tidak ler buat masa sekarang ni hehheehhh.. sebab....


Sebab.. tiap masa my hero no 1 tu doklah bercerita... dah tak sabau-sabau nak ke PLKN... teruja bebenau! sampaikan dok ler di usungnya kelender yang dah siap berpangkah! cett! yang emak dia ni dok ler makan hati.. pastu i tanyalah kenapa dia super excited sangat nak ke PLKN tu??? dia cakap haper tauu.... "I can't wait! imagine that now.. ya rite now... the M16 is on my shoulder! rite here mom! TreTtt!! teTTtt!! Tetttt!! tebaborrr!!!" << sambil tunjuk aksi ala-ala askar wataniah gitewww..... yang bunyi tebaborr!! tu i cakaplah.. mana bunyi M16 macam tu.. dia cakap tu... bunyi bom tangan! peh!!! jam tu jugak ku rasa nak kutangankan! muahahaahaaa....dan sejak semalam tu telah ku motivasikan diri ku ini yak ni i shahriah Abdullah aka Samsiah Abdullah... tidak akan makan hati lagi selepas ini... gasaklah dia dok berangan dengan M16 dan segala apa yang bunyinya Tebaborrr!!! gasak! nak.. gasak!! asalkan selamat dan pulang masih seperti bentuk asal.. sudah.. Syukur Alhamdulillah.. tak giteeww kengkawan kan kan...:)))


Hari ni i masak simple naa.. segalanya ikan selar....
Ku gorengkan garing-garing lumur dengan garam dan kunyit aje dahh..


Sambal asam blender ulamkan dengan timun... dahh...
pastu ku masakkan Gulai baki ikan selar tu ekk.. langsung tidak menggunakan asam jawa atau pun asam keping taw.. tapi telah ku gantikan dengan buah tomato masak ranum naaa... pulak tambahkan nenas masak.. perghhhh... terangkat dan macam biasa terjongket-jongket i mesti tulis punyalah!

Gulai Selar Tomato dan Nenas


BAHAN-BAHANNYA :

4 ekor ikan selar
2 biji tomato *potong baji*
1/2 biji nenas *potong*
400 ml air
minyak, gula & garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
20 tangkai cili kering
1 cm belacan

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR sehingga naik bau dan renehkan lama sedikit.
Masukkan air, buat tomato, nenas dan renehkan dengan api sederhana.
masukkan ikan selar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAAA!!!!

Gulai Selar Tomato dan Nenas


Sedap nOOoooo...


Simple...


Hidangan yang cukup mudah di sediakan.. di kala cuaca ala-ala mendung tidak bererti hujan...:))


Tunggu petang nanti.. i buat kek yang mudah giler.. tetapi bila di kunyah... gerenti tak giler! i janji...:))

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ