Assalammualaikum.. Syukur Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di alam maya ini :D Okay sebenarnya ada banyak cerita i nak share kat you all.. tapi nantilah yaa.. i memang sedang sibuk tahap Kritikal dah ni.. :)) Nanti bila dah free dan segala urusan i selesai.. semestinya i akan story panjang lebar kat you all semua.. macehh :D
Ayam Goreng Kari
Okay Ayam Goreng Kari ni sebenarnya menu i yang lepas-lepas.. baru hari ni berkesempatan nak share.. simple sahaja.. dan sangat mudah nak di sediakan.. bahan-bahan yang di gunakan alahaii.. tak sempat nak berpeluh pun! mudah aje tu kan kan :))
Okay Ayam Goreng Kari ni nampak sahaja biasa.. tetapi rasanya cukup enak! yang penting Syaratnya perap semalaman.. hah! giteww.. ;) barulah rasanya luar biasa..:)
Ayam Goreng Kari
Bahan Perapan :
5-6 ketul ayam *cuci bersih dan toskan*
3 ulas bawang putih *tumbuk lumat
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tepung beras
sedikit garam & gula
2 biji limau kasturi *ambil jusnya*
BAHAN LAIN :
1 biji bawang holland *hiris
4 tangkai kacang panjang *potong
2 pelepah daun kari
CARA :
Gaul rata kesemua BAHAN PERAPAN di atas dan perapkan 1-2 jam * i perap semalaman.
Panaskan minyak.
Gorengkan terlebih dahulu... BAHAN LAIN :
1 biji bawang holland *hiris
4 tangkai kacang panjang *potong
2 pelepah daun kari
Angkat dan ketepikan.
Tambahkan lagi minyak masak, setelah panas bolehlah gorengkan Ayam yang telah di perap.
Goreng sehingga keperangan atau ayam masak.
Angkat dan taburkan BAHAN LAIN di atasnya dan hidangkan!
TARRAA!!!
Ayam Goreng Kari
Simple and easy... selamat mencuba kawan-kawan.. :)
jaga diri... senyum selalu.. muahzzz
Ayam Goreng Kari
untuk bekal piknik memang sesuaiiii << sesuaiii tu sengau cikit :))
TATA!!
