ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, July 11, 2012

Sup Tulang Selangka Sinced 1984! Dan Demo Masakan 15hb Julai 2012


Assalammualaikum.. Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah... bertemu lagi kita di dapur maya i ni kan kan.. memang sekarang i sedang sibuk sangatt... namun begitu i tetap setkan jadual untuk berkongsi resipi masakan harianku buat semua teman-teman sekelian.. ya begiteewww :))



Apa yang kujanjikan semalam untuk Blog Walking di rumah kengkawan blogger yang telah meninggalkan jejak akhirnya tertunai.. bukan sedikit masa yang kuluangkan tiap kali BW.. i akan singgah dan baca tiap baris ayat yang kengkawan tuliskan.. itu yang kekadang bila nak BW tu i akan tetapkan waktu yang sesuai kerana sekiranya i mula BW pada jam 10:30 malam dan ianya akan selesai kekadang tu naik sampai jam 1 am bayangkan! tak sia-sia kan :D sebab pelbagai cerita dan menu yang kengkawan semua kongsikan.. terima kasih kerana sudi berkongsi dan masih tetap sabar menanti kunjungan balas dariku... *walaupun ada juga yang i terlepas pandang.. Insya~ALLAH ada kelapangan semestinya akan ku jejaki nanti yaa.. :)*


dan ini adalah hidangan yang i hidangkan buat keluarga tersayang... :)
dan kisah di sebalik menu ini akan kukongsikan pada semua sekejap aje lagi... :D

  1. Nasi putih
  2. Anak ikan cermin goreng kunyit garing-garing
  3. Sambal belacan ikan bilis goreng pedas giler!
  4. Ulam timun muda aww :D
  5. Sup Tulang Selangka Sinced 1984 *resipi dari Bondaku*
*kisah bersambung :D*

Satu lagi Demo Masakan dari buku resipi

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

bakal berlangsung tidak lama lagi..
i sharekan juga di sini.. kerana sebelum ni ramai yang buh komen cakap mereka terlepas info... :)
so sekarang dah bagi info ler ekk..:)




Demo Masakan Bersempena :

HARI KOPERASI NEGARA 'Malaysia'

Bertempat di : Stadium Bukit Jalil 
(kawasan parking BOOTH KARANGKRAF)

Tarikh : 15hb Julai (AHAD)

Tepat Jam : 2-3 Petang

Demo Masakan dari buku resipi :

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH



Resipi apakah yang bakal Shahriah masak dan kongsikan buat semua nanti??


Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


Sila betulkan duduk anda.. kerana i dah mula nak berkisah :))

1984 bermakna ketika itu usiaku baru sahaja mencecah 10 tahun aww.. muda dan sangat belia benor :))


Sejak kecil Bonda dan Arwah Ayah sibuk bekerja.. masa untuk kami bersama sangat terhad.. pulak masa tu Bonda kesayangan bekerja sebagai auditor di sebuah jabatan kerajaan, pergi awal subuh dan pulang hampir senja, kerana lokasinya agak jauh masa tu..:)

So boleh di katakan tiap hari sup adalah hidangan wajib buat kami sekeluarga.. TIAP HARI! << baca betul-betul bukan selang sehari yerk :)) ko bayangkan.. jemu tak sha?? ehhh tak pulak :D

Antara sup yang setiap hari Bonda akan masak *Awal dulu masa i masih kecik tenonet aww* masa tu i tembamBOM dan cute naa.. << kena tulis kalau tak you all ingat i kurus melidi macam nellysha muahahahahaa :)) :))


sup pipi ikan
sup ayam
sup kaki ayam
sup tulang ayam
sup daging
sup tulang selangka
sup sayur
sup bebola daging
sup kentang
sup telur
sup dan memacam lagi sup bla.. bla.. bla.. :))

sebab apa tau.. sebab mudah dan sebab Arwah Ayah sukakan sup.. so kami anak-anak pun sukakan sup *sebab tak ada pilihan* :)) :))


bawang goreng :/ ini yang paling i tak suka!!!!

apa taknya.. setiap kali bonda masak sup... i mesti kena mayang bawang kecil dan goreng bawang sehingga garing!
dan hasil gorenganku sentiasa rentung dan hangit! :D
hasilnya juga.. lengan birat kena ketil dengan bonda!

apa taknya sambil menggoreng main dengan kucing!
perghhhh... sampai laa bila nak goreng bawang tu i dok usap lengan i awww... sakit tawww :))


hirisan daun sadri wajib ada.. kalau tak ada.. hah! penat ke, malas ke, tak kuasa ke....

pergi lah ko kedai Pak Khalid hujung simpang tu.. kalau basikal pancit!
naik ler dengan kaki muahaahahaha... :))

tak pe.. tak pe..

dapat upah 10 sen! beli chewing~gum bau nangka!
baekkk punyer okeh! :D
so iktibar buat semua insident tu.. sampai laa.. i sentiasa stok daun sadri dan daun bawang dalam fridge! :))


bila ada sup.. mesti wajib ada anak ikan goreng.. dan sampai laa.. bila nak masak sup bonda tu.. i akan sentiasa ikut menu zaman kekanak i dulu awww... Tua sangat ke i sekarang ni?? :))


sambal belacan ikan bilis goreng bersama bawang buh cili padi bebanyak...
juga wajib ada ulam timun.. inilah kesukaan Arwah Ayah dan bonda dan kami sekeluarga apa taknya..
dah itu aje menu hari-hari muahaahahaaa :D


pedas, lemak, berdesing dan jangan lupa hirisan limau nipis, bila nak makan.. perahkan.. waduhhh... menu wajib mesti ada masa zaman kecik2 dulu... sekarang tidak lagi aww :))

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


500 gm tulang selangka *rebus sehingga empuk, tapiskan airnya dan ketepikan*

BAHAN-BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 peket serbuk perencah sup *dulu masa kecik guna brand Adabi, sekarang i guna Brand Mak Siti! Aww*
1/2 sudu teh lada hitam
sedikit air

BAHAN TUMIS :

2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit minyak

BAHAN LAIN :

3 biji kentang *belah 2/4*
hirisan daun sadri dan bawang goreng
1 biji buah tomato *belah 2*
2 batang celery *i tambah :D*
garam secukup rasa

CARA :

Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* kemudian masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang dan kentang dan renehkan sehingga kentang empuk.
Masukkan tulang selangka dan *BAHAN LAIN* renehkan sehingga kuah agak pekat dan sebati.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sadri dan bawang goreng!!

TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


*tak kuasa nak taip* :))





Props yang i gunakan.. surat khabar lama!!
:)) :)) :)) dulu masa kecik walaupun meja ada beralas.. mesti bonda suruh alas dengan surat khabar.. dengan motto "Habis nanti alas meja kerawang Bonda!" ya begitewww... sekarang tidak lagi! :D


Teera and Temel baru di lepaskan dari kandang.. wajah penuh tak puasa hati!!!

tak mo kawan! :))

TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!



sekian sahaja menu dan kisah panjang berjela hari ini..:)



Assalammualaikum.. :D

TATA!!

Tuesday, July 10, 2012

"Momma Masak Apa??"


Abang Amin : :D "Assalammualikum Momma..."

Mak Amin : ;) "Waalaikumsalam... Amin tengah break ke?"

Abang Amin : :D "Amin baru habis kuliah, petang tak ada kuliah." <<masa tu baru jam 11 pagi bersamaan 10hb Julai 2012.. amboihh detailednya :D

Mak Amin : ;) "Ohh.. dah makan?"

Abang Amin : :D "Belum tak lapar lagi. Momma tengah buat apa?"

Mak Amin : ;) : "Tengah masak ni..."
<<sambil menggoreng di kala itu sambil Hp celah telinge :D

"MOMMA MASAK APA??"


Ayam Goreng Briyani Masala :D


Semuan bahagian peha.... garing, harum baunya dan enak, lazat dan puzat! :))

"LAGI MOMMA MASAK APA??"


Nasi Goreng Sempoi :D


Dengan hirisan buah tomato ceri, timun muda, ikan bilis goreng, sayur kacang buncis semuanya ku satukan di dalam Nasi Goreng Sempoi :D aka Nasi Goreng Kampung berisi :D

Jom! Masak!

Ayam Goreng Briyani Masala :D 


Bahan-bahannya :


6 ketul peha ayam segar di kelar-kelar,
cuci bersih dan keringkan dengan tisu dapur


Serbuk Briyani Masala 2 sudu besar
*ada jual di pasaraya Maideen*


Perapkan :

Peha Ayam
2 sudu besar Rempah Briyani Masala
3 sudu besar tepung beras
garam secukupnya
1 sudu besar gula
2 sudu perahan jus limau nipis

CARA :

Gaul sebati bahan-bahan di atas dan perapkan selama lebih kurang 3-4 jam, semalaman lagi sedap :)
Panaskan minyak dan gorengkan ayam dengan api sederhana sehingga masak atau keperangan!
Angkat dan hidangkan!!

TARRRAAA!!!

Ayam Goreng Briyani Masala :D


Mudah, ringkas dan enak!
lazat dan puzat! :))

lawankan pulak dengan....

Nasi Goreng Sempoi :D


inilah yang sempoi dan terbaik!
di kala sibuk dengan pelbagai urusan... :)

Kisah sambungan.....

"LAGI MOMMA MASAK APA??"


Abang Amin : :D "Wow! Sedapnya Momma masak hari ni... Momma... boleh tak Amin balik rumah hari ni???"

GULPpppp... dah pulak... mujur kolej Abang Amin tak jauh... sejam dah sampai rumah dah... ;)

Mak Amin : ;) "Sebab apa Amin nak balik? Esok tak ada kuliah ke?"

Abang Amin : :D "Ada.. Amin nak balik sebab nak makan nasi goreng dan ayam goreng tu.. boleh?"

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... masa tu macam nak melalak pun ada *mengade* pun yerk :))

Maka baliklah Abang Amin.. semata-mata setelah bertanya...

"MOMMA MASAK APA??"

:)) ;)) :))

Sekian kisah... "LAGI MOMMA MASAK APA??"


my desserts after lunch.. Vanilla ice cream top up with banana, choc sauce, sprinkle with choc rice and bla.. bla.. sedap ngko aii... :))
*makan tanpa berkongsi dengan sesiapa* bagus kan :D

Blogs yang BER~UPDATE KLIK DI bawah, Tq..:)



dan satu lagi blogs BER~UPDATE.. klik bawah TQ... :)




Terima kasih buat semua teman-teman yang sudi meninggalkan jejakmu itu.. 
Insyallah malam nanti i akan memulakan misi membalas kunjungan.. Insyallah.. tunggu yaa.. cayang dia muahzzzzz :)


Patutlah masa nak memasak tu semuanya i masak lebih.. ayam lebih dari 4 ketul.. nasi lebih setengah pot.. kisahnya... Abang Amin nak balik... Syukur Alhamdulillah... :)

Assalammualaikum.. Jumpa lagi nanti ya.. Insyallah...

TATA!!

Saturday, July 7, 2012

Choc Cup Cakes Pengganti Diri.. Di Lamar Majalah Midi! Oopss!


Chocolate Cup Cakes


Chocolate Cup Cakes


Chocolate Cup Cakes


BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan minyak canola oil
1 cawan brown sugar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat manis
3 biji telur

*BAHAN AYAK*

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 cubit soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko *van hauten*

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan putarkan dengan mixer dengan kelajuan maxsimum selama 10 minit.
Atau sehingga adunan gebu dan sebati, gula hancur.
Masukkan ke dalam acuan cup cakes.
Panaskan ketuhar dengan suhu 170'C selama 15 minit.
Masukkan cup cakes dan bakar selama 20 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu!!

TARRAAAA!!!

Chocolate Cup Cakes



Resipi Cake Chocolate ini i dah pernah share sebelum ini..

Chocolate Cup Cakes


Assalammualaikum... Apa Khabar semua? :) 

Lamanya tak update N3.. rindu betul kat you all lah.. ada ke yang rindu kat i ni?? <<< soalan ini kutujukan khas buat kaum hawa sahaja ;)) Memang i terlalu sibuk sekarang ni.. bulan Julai adalah bulan yang paling sibuk buat i.. bayangkan kelender penuh berpangkah! :D Sibuk macam mana pun.. i tetap memasak buat keluarga tersayang.. ;) Kalau sehari tak memasak terasa janggal bebenau :)) siang tak dapat memasak.. malam i masak :D malam di luar... awal pagi i masak :D so tiada alasan untuk i tidak memasak buat keluarga tersayang :)


Setiap kali i pulang dari kerja luar.. malam bila ada waktu terluang.. mesti i jengah blogs i ni.. nak baca apa komen-komen dari teman tersayang tinggalkan buat i baca..
Terima kasih teman.. minta maaf sangat sekarang ni memang tak sempat nak menjengah blogs kengkawan.. kekadang tu dapat juga satu dua pintu.. tapi tak sempat meninggalkan jejak.. maaf yaa.. mintak ampun sangat.. Insya~ALLAH bila dah selesai semua ni nanti... semestinya i akan jengah rumah you all yaa.. jangan merajuk atau berkecil hati tau.. cayang semua..muahzzz << kiss sampai terlelapp.. Zzzzzz :))

Chocolate Cup Cakes

 Di Lamar Majalah Midi! Oopss! ;))


Kisah ini berlaku beberapa hari lepas... masa tu i tengah sibuk menghadap pc menyiapkan kertas kerja i yang berlubur tu kan kan... tetiba dapat panggilan dari majalah MIDI.. tahukan?
i adalah pelanggan tetap majalah MIDI kerana i sukakan isi dan tips juga topik di dalam majalah MIDI.. majalah yang di khas dan khusus buat Wanita yang berusia 40++

"Puan Shahriah.. kami dari majalah MIDI.. nak interview puan untuk next keluaran boleh tak?"

OOOPPPSSS!!!

Masa tu i tak terkejut pun.. cuma gelak manja aje giteww awww :D

"Terima Kasih.. semestinya boleh.. mengapa tidak.. tapi nak kena tunggu lagi 2 tahun boleh?" << masa ni jawab cool aje sambil gelak hehehee... :)

"Laa... berapa usia Puan?"
"Tahun ni 38.. 2014 baru genap 40 tahun."

:)) :)) :))

Apalagi.. cik puan wakil dari majalah MIDI gelak besor... :D

"Kisahnya.. i tertarik nak interview Puan sebab.. berdasarkan pengalaman puan di dalam bidang penulisan dan masakan sangat berkebolehan!"

*Berkebolehanlah sangat :D mana ada.. i ni biasa sahaja...*


i jawab apa tau.. ;)

"Tak pe.. tak pe.. untuk interview majalah MIDI lagi dua tahun.. sekarang i berbesar hati kalau di interview untuk majalah REMAJA! ;))"

Pengsannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn :)) :)) :D

terus ler gelak besor... *sangat besor kami berdua gelak okeh! :D*

sekian info *gedikz dari 'REMAJA' yak ni i... :))*

Chocolate Cup Cakes 


Sesungguhnya.. Chocolate Cup Cakes ini bukanlah minggu lepas atau semalam punya.. Chocolate Cup Cakes adalah fresh from The Writer's Kitchen.. :D


i buat khas buat anak-anak yang bakal ku tinggalkan demi memenuhi undangan... ya lagi... OUTSTATIONS.. so bancuh ler tadi pagi... semoga ketiadaan i tu nanti.. dapat mengubat rindu anak-anak terhadap masakanku.. awwww :D ya gitewww.... ;))

Chocolate Cup Cakes


Juga ku tujukan Chocolate Cup Cake
Khas buat semua teman-teman tersayang i di alam maya ini.. semoga dengan kesibukan i dan ketidak aktifan i beberapa hari ini dapat memeriahkan dapur ku ini sekiranya ada teman-teman yang tidak jemu datang bertandang.. terima kasih teman.. cayang kat you all.. muahzzz :)


Esok i akan berada di Pesta Buku Selangor
dari jam 2-3 petang untuk sesi temu mesra bersama peminat :)
dan jam 4-5 petang akan di adakan demo masakan.. khas buat semua yang sudi datang ke Pesta Buku Selangor esok hari... 8hb Julai 2012

Kengkawan mana yang tak sibuk dan tak ada plan tu.. marilah ramai-ramai turun padang.. i nak jumpa sangat you all.. semoga persahabatan di alam maya ini akan dapat di panjangkan... Insya~ALLAH..

Jangan lupa!! i tunggu you all.. ada hadiah cenderahati dan demo masakan khas buat you all..
datang tau! ;)

Dalam kesibukan dan kepadatan aktiviti.. tetap sempat meluangkan masa untuk update blogs i yang berlubur tu.. sudilah jengah yaa.. tq so much.. :)







Chocolate Cup Cakes


sekian sahaja N3 kali ini.. kepada yang setia meninggalkan jejak tu.. terima kasih yaa.. sorry tak dapat nak membalas komen dan tak sempat nak jengah dapur you all.. TETAPI... tungguuuUUUUUUUUUUU kepulangan i.. ada sesuatu yang ingin ku kongsikan buat semua.. sabar yaa... jangan lupa kat i taw! jangan noty-noty! take care and smile always.. :)

Assalammualaikum... << jawab dalam hati aje.. tak pe.. tak pe.. :)



TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ