ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, July 23, 2012

Hidangan Berbuka Puasa 23hb Julai 2012


Assalammualaikum... :) Selamat berbuka teman-teman semua :)

Masak untuk berbuka petang tadi siap awal, nak menyiapkan satu pemanis petang tadi.. perghh.. nyaris i tertido celah tong gas tu hah! :))  nak tahu pasal apa?

Ya, pasal kuih Cik adik Cara Manis Warisan tu ler.. :D
i teringin sangat nak makan kuih cara manis..untuk berbuka, so i telah mengais dapur kawan kita yang sorang ni kan..
semua orang kenal punyalah.. baik blogger atau pun bukan blogger :)




Kuih Cara Warisan Dari Dapur Tan Sri Cik Mat Gebu :D
ya, giteww.. :)

i pun baca betul-betul resipi dan arahan dengan niat "JANGAN SEKALI KO MENDERHAKA!" << cakap dalam hati :D

so baca punya baca.. okay mudah sahaja resipi kuih cara manis resipi CMG tu hah, dan resipi asal dari Kak Nannie, baru petang tadi ku add akak Nanie tu ya. Terima kasih ya Kak.
Buat TSCMG izinkan i kais dan copy paste resipi Kuih cara tu di sini pulak yaa.. macehh.. Hi!5! cikit.. :D


TSCMG tulis kat resipi dia... macam ni..

'Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.'

wahhh... ikut arahan okeh... ku setkan api TAHAP MINIMA.. ALA-ALA KALAU KAU SANGAP! hah! boleh padam api tu :)) dan hasilnya.. bukan main lama benor nak ku tunggu kuih cara tu set... :))

memula membakar tu okeh lagi.. masuk yang kedua.. dan hampir nak terlena kat tepi acuan bahulu tu ku kuatkan api.. :))

Dan hasilnya begini ler ekk..


Cekelat di luar.. hijau di dalam :)) tetapi rasanya i tell you!

PERGHHHH.. meleleh air gula tu bila ku gigit.. bila dah berbuka ler ekk.. :D meh ler kita salin resipi mudah dan sedap ni yaa.. :)

Kuih Cara Manis Warisan




*TSCMG.. i minta izin copy dan paste aje di sini ekk macehh :D*

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

TARRAA!!!

Kuih Cara Manis Warisan



Nampak tak gula yang meleleh celah kuih cara tu.. perghh.. sedap ngko aii!
lemak dan berkrim giteew..:)

Tq so much TSCMG dan Kak Nannie :)

Menu Berbuka 23/7/2012


Nasi putih :D


Sambal Tumis Ikan Bilis


i masak banyak sangat... untuk ku pelbagaikan dan untuk stok simpanan bersahur :D


Singang Ikan Selar Bersama Bendir


Masak kuah tu cetek aje.. masam-masam sikit waduhh.. :)


ikan selar goreng garing-garing.. 
tetiba terasa macam garing aje i.. :))


Pencuci mulut.. Kuih Cara Manis Warisan

Sekian sahaja.. menu berbuka i Ramadan yang ketiga.. Insya~ALLAH esok panjang umur i kongsi lagi resipi berbuka yaa..:)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
BERSEDIA SOALAN KE ~ 18???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


:
:
:
:
:
Laaa punyalah mudah soalan tu yaa.. cecewahh bukan semua orang tahu mengira benda berlobang tu  tau ;)

:
:
:


Assalammualaikum...

TATA!!


Tips Dan Persiapan Berbuka 23/7/2012 Dan Terima Kasih Teman Bertuah...


Assalammualaikum... Wahh dah masuk Ramadan ketiga hari ini. Seronok betul..kalau puasa setahun kan best :D

Okay nampak tak acuan di atas tu.. basah lagi tu.. baru keluar almari dan baru sekarang ni sedang bersidai bawah panas.. sebab petang nanti nak ku buatkan sejenis kuih manis melayu dari resipi dari salah seorang blogger masak-memasak yang cukup terkenal di MALAYSIA! ya giteww.. siapakah gerangan insan istimewa itu?
sabor tunggu petang nanti.. :D

MENU BERBUKA PUASA 23/7/12

  1. Nasi Putih :D
  2. Sambal Tumis Ikan Bilis :D
  3. Singgang Rebus Ikan Selar & Bendir :D
  4. Ikan Selar Goreng Garing :D
  5. Kuih Cara Manis Resipi Warisan *resipi rakan blogger* :D
  6. Kuih pedas.. tu sambal tumis ikan bilis tuuu... :))
Insya~ALLAH petang nanti i share resipi dan gambar berbuka puasa ketiga hari ini ya :)

TIPS DAPUR HARI INI 



Ikan bilis.. dulu masa kecik-kecik inilah kerja i masa nak dekat berbuka.. kena tolong siang ikan bilis.. bukan sikit-sikit dekat 2 KG! siapa punya kerja? i ler yang kena buat.. siapa yang punya angkara? My Beloved Bonda ler.. :)) Skill to okeh.. skill :D

Okay ikan bilis ada pelbagai jenis, i suka pilih ikan bilis yang putih dan tidak berapa besar. Isinya lebih sedap, lemak dan kalau di goreng memang ler garing!

Biasanya jika ada kelapangan i akan duduk menyiang ikan bilis tu ya.. kupas cukuplah untuk di masak sehari ke dua hari.. nak kopek bebanyak Malas :D so jadilah.. selepas di siang ikan bilis tu masukkan dalam bekas kedap udara yang jernih dan mudah nak nampak. Simpan dalam peti sejuk dan bila nak masak senang nak cari dan dah siap bersiang, ya giteew.. :D

TIPS dari BONDA sejak i kecil lagi bila nak siang ikan bilis : "BACA SELAWAT! jangan nak menyanyi pulak!" ya giteww.. bonda i garang benor.... sekarang tidak lagi :D


Cili kering i tak buang biji.. buang biji masa zaman kekanak aje dulu.. bukan sikit2 yang ku gunting dan buang biji, dekat 5KG pun pernah! apa agaknya yang bonda i masak dulu ekk? :D

Sekarang tidak lagi. Kalau nak masak apa jua hidangan yang menggunakan cili kering, i akan cuci terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk, tutup dan rebus sehingga beruap.
Selepas itu biarkan sehingga sejuk.
Cuci dan tapis, barulah di kisar dengan sedikit minyak agar mudah dan lancar ketika di mesin.
Kisar banyak2 dan stok dalam peti sejuk i tak berapa suka.. i prefer fresh.. jam tu baru cekut nak masak berapa banyak.. :D


Sambal Tumis ikan bilis sedang bertumis.
Sambil siang ikan bilis i tumis dan renehkan lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dengan api paling kecil.
Sentiasa di kacau dan jangan sampai hangit.


Huaahhh... adunan batter kuih cara pun dah siap..
hanya tinggal di bakar dalam acuan bahulu tu aje nanti..
resipi siapa???
tunggu petang nanti :D


daun pandan dan minyak canola oil pun dah siap dah.. standby untuk petang nanti :D

Sekian TIPs untuk hari ini :)


______________________________________________________

TERIMA KASIH TEMAN


Kesempatan ini i ingin mengucapkan buat semua teman-teman blogger baru dan lama yang sudi add i sebagai rakan blogger dan sudi meninggalkan komen walaupun semenjak dua menjak ini komen anda tidak berbalas.. sebab terlalu sibuk... TETAPI I TETAP BACA dengan hati yang cukup GEMBIRA :D ya, giteeeww..:)

Terima kasih juga i nak ucapkan kepada rakan blogger yang sudi berkongsi info di wall masing-masing semenjak i menganjurkan KUIZ 'LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA SEMUA, YA, GITEEW..' :D

Walaupun rakan-rakan ku ini tidak turut serta tetapi beliau semua dengan ikhlas hati telah turut sama berkongsi info tentang kuiz di atas di wall FB masing-masing. Insan itu ialah... KLIK di bawah itu untuk kenal dan add mereka semua tu sebagai rakan blogger kita semua ya.. biar meriah dunia blogger kita semua :



dan juga..




_____________________________________________________________________________

DAN SENARAI PESERTA SETAKAT INI 23/7/12
*setelah mengikut terma dan syarat 5 LANGKAH*



  1. http://asyifamustaffa.blogspot.com/
  2. http://qasehququinnie.blogspot.com
  3. http://hanasafirahidayah.blogspot.com/
  4. http://dapurcikwan.blogspot.com/
  5. http://salamisimon1.blogspot.com/
  6. http://zila4ever.blogspot.com/
  7. http:/rziehany.blogspot.com
  8. http://salmikhairil.blogspot.com
  9. http://azillakhalison.blogspot.com/
  10. http://galeriduniaku.blogspot.com
  11. http://shimasall.blogspot.com/
  12. http://jemariasmara.blogspot.com
  13. http://branipunyabudak.blogspot.com
  14. http://whymore.blogspot.com
  15. http://chocoani.blogspot.com
*PENYUMBANG TRAFIK TERTINGGI ADALAH KEUTAMAAN UNTUK PEMENANG, SELAIN MENJAWAB DENGAN BETUL, SOALAN KUIZ TERKUMPUL*




Assalammualaikum... :)

Jumpa petang nanti....

TATA!!




Sunday, July 22, 2012

"Lodeh hai mak lodeh Lodeh anak Pak Salleh Cucu Osman Janggut.... Jom!


Anita Sarawak

Lodeh Mak Lodeh 

Lodeh hai mak lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Cucu Osman Janggut
Kaki untut hingus meleleh

Boleh cik abang boleh
Tolak sampai boleh
Datuk sampai semput
Lemah lutut kaki letih

Lodeh hai abang lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Pakai baju labuh
Seluar longgar hampir terlondeh

Boleh atau tak boleh
Jangan dalih dalih
Tunggu buah tak jatuh
Lutut lenguh kaki letih

*COPY DARI uncle GOOGLE :D*


Assalammualaikum, :) Wahh... menyanyi kita petang Ramadan ni yaa... ya giteew rupa lodeh i yang telah siap di masak untuk di bawa berbuka ke rumah ibu mertua..balik kampung kami ya.. walaupun terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Baharu, ya, giteeww :D


Dulu masa i masih kekanak riang lagi gitew.. adik bongsu Bonda, Mak Nani selalu nyanyi lagu Lodeh Hai Mak Lodeh bila dia memasak di dapur... 
Bonda cakap kalau nyanyi kat dapur nanti dapat suami tua.. ;))
sangkaan bonda meleset... suami Mak Nani bernama Pak Ali... handsome berdarah kacukan lagi you... :)) so moral of the story siapa nak bersuamikan lelaki 'KACUKAN' silalah nyanyi di dapur lagu Lodeh.. Hai.. Mak Lodeh.. jangan terlondeh udah yaa.. giteew :))

LODEH ALA MAK NANI



BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering
1 genggam ikan bilis
1 cm kunyit
1/2 cm halia

BAHAN LAIN :

minyak  untuk menumis
1 batang serai titik
1 helai daun salam/bay leaf
1 helai daun limau purut *siat
1 keping asam gelugor
1 biji kelapa *perah 2 kali anggaran 1200 ml
gula dan garam

2 keping tempeh *potong dan goreng terlebih dahulu
4 keping tahu *goreng terlebih dahulu
sohoon dan perut tahu *rendam terlebih dahulu


SAYUR :

1/2 biji kobis *hiris 
10 batang kacang panjang *potong serong
1 batang karot *potong panjang 2 inci
2 biji kentang *potong kecil
7 biji buah tomato ceri
gula dan garam

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan santan, kentang dan karot dan renehkan dengan api sederhana. Setelah kentang empuk masukkan daun salam, daun limau purut dan asam gelugor.
 Kacau rata kemudian masukkan kesemua *SAYUR*, tahu dan tempeh, kecuali tomato. 
Masak sehingga sayur agak matang dan masukkan pula soohon dan perut tahu dan akhir sekali tomato ceri.
sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

LODEH ALA MAK NANI


jangan lupa masa nak masak Lodeh ni nyanyi sambil mengacau kuah tu.. :))

RENDANG TELUR CILI KERING


Asyik masak telur sambal aje kalau nak makan dengan lontong.. hari ni i tukar menu.. buatkan rendang telur guna cili kering.. sedappp ehhh! COPP!! puasa lupalah pulak :))

RENDANG TELUR CILI KERING

(15 biji telur)


BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai
15 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

15 biji telur *rebus dan kupas kulit*
2 helai daun kunyit *mayang halus*
1 helai daun limau purut *mayang
400 ml santan pekat
75gm kerisik *1 peket*
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau, biar garing dan matang *api sederhana sentiasa di kacau*
Masukkan santan dan renehkan sebentar.
Sesuaikan rasa, masukkan telur, daun kunyit, daun limau purut dan kacau sebati.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

RENDANG TELUR CILI KERING


Owwwhhh saya sangat suka masak rendang telur.. tempohnya sangat singkat.. terus ler menyanyi lagu... Lodeh Hai Mak Lodeh... *sila ikut lirik di atas yaaa :D*
:))

NASI IMPIT


Sudah siap ku masukkan dalam tupper ware...
hanya tinggal di bawa ke rumah mertua sebentar sahaja lagi..

PENCUCI MULUT..

BUBUR KACANG DURIAN..



Resipi bubur kacang durian...



Sekian sahaja menu berbuka Ramadan kedua.. :)

Jaga diri, senyum selalu.. 

Assalammualaikum...


Oopsss.. kek 5 pintu akan kubawa sekali petang nanti..:)


TATA!!

Tips Dan Persiapan Berbuka Dan Kuiz Juga!


Assalammualaikum, Selamat tengahari semua :D

Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan kedua hari ni ya.. sekejap aje rasanya.. pejam celik jap aje dah raya.. baju raya tak beli lagi nih.. dok sibuk dengan cat dinding rumah aje :))

Okay Tips untuk hari ini.... :)


Pastikan tempat isi garam sentiasa bersih dan isi di dalamnya sentiasa penuh.. kurang sahaja silalah isi.. demi kesejahteraan di dapur.. dah kalau memasak tetiba garam dah habis?
kalau ada spare kat almari tak pe.. kalau tak ada? dah satu kerja nak kena start kereta nak kena ke kedai.
Lagi pun antara bahan yang paling murah.. GARAM.. asam jawa pun mahal okeh. dah tu je nak pesan :D

Persiapan berbuka 22/7/12

Hari ini i akan berbuka di rumah mertua kesayangan pulak ya. Semalam bersama bonda dengan roti jala.
Hari ni i akan masak :

LONTONG :

  1. NASI IMPIT
  2. RENDANG TELUR
  3. SAYUR LODEH
  4. SERUNDING UDANG KERING
  5. BUBUR KACANG HIJAU BERSAMA DURIAN



Bangun masa nak siapkan sahur tadi pagi.. i terus cuci nasi impit mini dan terus rebus. Selesai i cuci pinggan mangkuk selepas bersahur.. dah siap nasi impit tu.
Buat wanita yang bekerja di luar sana tu.. hujung minggu bila nak membuat persiapan.. hah.. siapkan dulu mana bahan yang mengambil masa untuk di sediakan.. jadi bila dah selesai you all dah boleh mengemas rumah atau selesaikan urusan yang tergendala sepanjang bekerja tu kan. 


Begitu juga dengan kacang hijau masa merebus juga mengambil masa yang agak lama. Jadi sambil mencuci pinggan-mangkuk selepas bersahur.. dah selesai.. petang nanti dah tinggal tambahkan santan dan gula.. ya giteww..:)


Masa yang di ambil untuk merebus telur memang tak lama, tetapi ingat ya.. masa untuk mengupas telur tu yang ambil masa juga. Rebus awal dan petang baru di kupas kulitnya. Petang nanti nak buat persediaan berbuka dah tinggal buat rempah dan rencah.. dah settle kerja yang leceh dan memerlukan penggunaan dapur, tak giteew? ya, gitewww :D


Sekian sahaja.. tunggu malam nanti selepas pulang dari rumah ibu mertua baru ku masukkan gambar dan resipi lauk-pauk yang bakal ku masak untuk berbuka puasa tu nanti... Insya~ALLAH...
ingatkan bulan puasa i memang nak rileks dari apa jua aktiviti dan dunia penulisan... ada pulak yang nak kena settlekan.. tu yang agak kelam-kabut sedikit.... 

Sekian sahaja.. perkongsian hari ini.. jumpa nanti...


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
SOALAN KUIZ TERKUMPUL KE~13 DAH DI KELUARKAN.. SILA CARI TAGS SOALAN DI MANA-MANA YA... :))

:


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
DAN INI SOALAN KUIZ TERKUMPUL KE ~ 14



Selamat mengira :D

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ