ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 25, 2011

MENU UNTUK MAJLIS ULANG TAHUN AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH YRS OLD

 
MENU UNTUK MAJLIS ULANG TAHUN... AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH YRS OLD

Salam semua teman-teman yang menjengah blogs masakan kesayanganku ini... TEKEJUT SEMUA KALI NI GAMBOR MANUSIA DAN BUKAN GAMBOR MAKANAN! HEHEH.. rileks... cool... okay today no resipe.. sebab.. bersangkutan dan berkaitan dengan tajuk di atas tu ler ekk.. memang sedang sibuk giler ni ekk.. tetapi i tetap cool dalam menyelenggarakan setiap tugasan yang telah i tulis, kemudian i taip dan print selepas itu selenggarakannya dengan mengikut jadual yang telah di tetapkan... Tiba pat-pat menyambut apa jua majlis terutama majlis menyambut ulang tahun... setiap bulan mesti ada punyalah! itu pun kalau tak ada gengs yang menyambut pada bulan tu ekk. rasanya tiap bulan kot hehee.. suka betul pat-pat menyediakan juadah untuk sebarang majlis terutama untuk keluarga tersayang ler ekk.. ekk.. nak kata pakar sangat tu tak lah.. cuma bayangkan ler setiap tiba ulang tahun keluarga aje.. mesti sha dah siap-siap dan awal-awal dah planning nak masak apa atau nak kena buat apa... mengikut kategori ler ekk.. kebetulan semenjak ada blogs ni aje memang ler rajin bebenau nak share kepada semua... bukan dengan niat menunjuk atau membangga diri tetapi sekadar berkongsi dan memberi idea kepada teman-teman yang mana tak oke tu abaikan ler ekk.. sebab memasing ada cara tersindiri and this is my way... contohnya kali ini Ulang tahun anak sulong shasha yang ke 17 tahun... segala kengkawan kat sekolah tu di jemputnya ekk... cikgu, jago, tukang kebun semuanya dia jemput ekk.. DENGAN NIAT MENJAMU TETAMU DAN BERSEDEKAH.... ikhlas dan tiada niat lain... so bila menyambut majlis ORANG BUJANG ni... kena ler dengan kategorinya ekk... di sini shasha share apa yang bakal shasha hidangkan pada majlis ulang tahun anak bujang tu nanti... dengan anggaran lebih dan kurang 80 orang kot... so persiapan untuk 80 orang kalau berlebih... sila bungkus dan bawa pulang ekk..:):)

**kategori yang akan hadir di majlis itu nanti dari usia 15 tahun ~ 45 tahun (kengkawan amin dan cikgu sekolah) so shasha dah ada listing menu dan persiapan lain..... resipe selepas majlis pada hari Sabtu 26HB sha akan share di blogs okay kengkawan...:):) MAJLIS BERMULA JAM 3:30 PETANG DAN BERSURAI JAM 6:00 PETANG

  1. KEPAK AYAM BLACK PEPPER ~ BBQ ~ SEGALA PERSIAPAN UNTUK MEMANGGANG DAH TERSEDIA... AYAM AKAN DI MARINATE PETANG NANTI
  2. SOSEJ AYAM BEREMPAH ~ BBQ
  3. JAGUNG SEGAR SEGONI DAH KU BELI ~ BBQ
  4. MUSH ROOM SOUP ~ AKAN KU MASAK TENGAHARI ESOK 
  5. GARLIC BREAD ~ PETANG NANTI AKAN DI SAPUKAN DENGAN GARLIC DAN MENTEGA BERSAMA DAUN MINT ~ MEMBAKARNYA ESOK SETELAH TETAMU HADIR... PANAS-PANAS GITUH!
  6. SEBUKU BESORRRR.... KEK CHOCOLATE GANECHE ~ AKAN DI BANCUH PETANG NANTI DAN AKAN DI TOPINGKAN DENGAN CHOCOLATE GANECHE MALAM NANTI
  7. AGAR-AGAR PEACH ~ AKAN KU BANCUH PETANG NANTI DAN SIMPAN DIDALAM CHILLER...
  8. DAN BEBERAPA JENIS LAGI KUIH-MUIH ~ JIKA TERLARAT
***SEPANJANG MAJLIS BBQ BERLANGSUNG SHA DAH SIAPKAN TEMPAT UNTUK PARA REMAJA TU BERKUMPUL EKK.. SO I TAK MASUK CAMPUR.. CUMA PAK HABIBI AJE JADI TUKANG SNAP GAMBAR.. ADA BACAAN DOA DARI USTAZ FAIRUZ DAN PERSEMBAHAN NASYID OLEH BIRTHDAY BOY DAN KENGKAWANNYA... ACARA GAMES UNTUK REMAJA.. KUPAS KULIT JAGUNG TERBANYAK! HEHE.. SEBAB TU SEGONI JAGUNG I BORONG EKK.. EKK...PASTU KORANG PANGGANG LER RERAMAI KAT ATAS BARA TU EKK.. EKK...

JAMUAN UNTUK PARA TETAMU VVIP (DEWASA) YANG NI SHA JAMU KAT MEJA MAKAN DALAM RUMAH AJE EKK.. LEBIH KURANG DALAM 30 TETAMU YANG BAKAL HADIR (TERMASUK DALAM LIST 80 ORANG DI ATAS TU)

  • NASI PUTIH
  • ASAM PEDAS IKAN MERAH DAUN KESUM
  • SAYUR LEMAK NANGKA
  • IKAN GORENG TEMPURA
  • IKAN MASIN PELBAGAI JENIS
  • ULAM-ULAMAN
  • KUIH-MUIH PELBAGAI JENIS
Okay rasanya itu sahaja setakat ini... i pulak lain peel.. esok bila nak memasak.. ehh.. dalam list 5-6 jenis.. boleh pulak ku masak naik sampai 10 jenis... suka youu.. menjamu tetamu yang hadir... okaylah kengkawan semua yang shasha sayangi.. nanti shasha share GAMBOR DAN RESIPE SEPANJANG MAJLIS TU EKK..EKK... GAMBOR SEPANJANG MAJLIS NANTI SHASHA SHARE DI SINI>>> 
 I sibuk bebenor ni ekk.. nak membancuh kek... nanti kalau i rajin i share dengan you all menu makan malam nanti ekk.. itu pun kalau ada kesempatan.. kalau tak sempat esok aje ler i share resipe BONUS BERGANDA ekk.. psstt.. ahad 27HB Februari nak kena memasak pulak untuk BDAY party My beloved sista dak shelly tu ekk.. tu lagi banyak menunya... nanti Ahad i share menu apa i masakkan untuk Dak shelly tu ekk.. okaylah dah panjang lebor dah menonyeh ni ekk.. malah N3 paling panjang dalam blogs masakan ku ini ekk... SAlam sayang buat semua... wassalam... doakan segalanya berjalan lancar ekkk.. ekkk.. muahhhhh...:):)

 TATA!!!

AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH YEARS OLD 
ON 26TH FEBRUARY 2011




Thursday, February 24, 2011

PENGAT LABU DAN SAGU

 
PENGAT LABU DAN SAGU
Muahaha... ini fav bonda jugak.. entah kenapa pengat labu! labu! labu! naik kelabu bijik mata ni dah ekk.. apa nak buat.. bonda dah sukakan labu.. i tak boleh cakap apa ekk.. pulak memang suka memasak, makan jatuh no 9! tetiba bila tiba bab pengat labu hehe... okay pengat labu kali ni i buh sagu biji.. mudah sesangat nak membuatnya ekk.. bahan pun sikit jerk guna.. balik2 kalau nak buat pengat itu aje ler bebahannya tak guna bawang oke! hehe.. saje je..

JOM!! SALIN RESIPE!!
PENGAT LABU DAN SAGU 
Bahan-bahannya :
  • 1/2 biji labu buang kulit dan potong kecil
  • 1 biji kepala ambil santannya dua kali
  • 1/2 biji gula melaka
  • 100gm gula pasir
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan ikat
  • 50gm sagu biji ~ rendam sehingga kembang
Cara memasak :
  • campurkan santan, labu dan daun pandan
  • masak di atas api sederhana dan sentiasa di kacau
  • setelah labu empuk masukkan gula melaka, gula pasir dan sedikit garam
  • kacau rata dan masukkan sagu biji
  • sesuiakan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
PENGAT LABU DAN SAGU
Wahhh!!! slurppp.. kuahnya pekat aje ekk.. ekk.. jangan lupa lawankan dengan air kopi.... duk atas bangku batu... perghhh... aje memang sedap bahhh... psst jangan selalu ekk.. kekadang oke..
tetiba pulak ada punggung pinggan ni apa kes???? hehe.. ni nak selit sikit ekk.. mangkuk yang i guna untuk bubuh pengat labu sagu tu ekk... berjenama claytan.. siapa yang tak kenal claytan kan.. kan... okay i borong pinggan mangkuk Claytan masa ke Ayer Hitam oke.. ke kilang Claytan lagi you... kebetulan ada jualan potong kepala! i tell you.. satu set kalau di luar about RM400++ kat kilang Claytan???? kalau berminat atau memang suka mengumpul barangan berjenama Claytan.. singgah blogs i tu ekk... click sini >>> DAY TRIP KILANG CLAYTAN AYER HITAM JOHOR pastu you all cari ler label under Claytan ekk... memang murah giler-giler.... selamat meninjau...

dan selamat minum petang!!!
TATA!!



BUBUR DAGING LADA HITAM

 
BUBUR DAGING LADA HITAM

wAHHH... cewahhh.. cewahhh... ini bukan sebarangan resipe ni ekk.. menu yang langsung tak mencabar!!! namun begitu ianya bisa membuatkan sesiapa yang menyudu ke molut tu bisa melengas!! ahhaa... aduhaii ini ler nak mengadu sikit ekk. i suka bila ada blogs ni ekk... suka ke tak suka ke.. ini ler tempat i menaip dan curahkan apa yang i rasa.. terima kasih kepada yang setia menjengah blogs kesayangan i ni ekk.. shasha sayaNGggggg awak semua... tidak termasuk kaum adam oke.. kang ada periuk belanga terbang melayang hehee.. okay resipe kali ni resipe termudah dan termalas di dunia.. i masak simple aje tengahari ni ekk.. sebabnya... sibuk nak mengemas untuk persiapan ulang tahun anak sulong kesayangan i tu.. pada hari Sabtu nanti ekk. genap dah usianya 17 tahun... nak tahu kisah lebih lanjut.. gi jengah blogs tempat i mencurah rasa tu ekk.. tu.. tu... 
HUJUNG MINGGU YANG PANJANG!!! TENTANG RESIPE untuk majlis ulang tahun anak i tu nanti... semestinya i akan share di sini ekk.. bukan satu aje majlis.. ahadnya pulak my beloved sista dak shelly tu suruh pulak memasak untuk jamuan anak kesayangannya.. so SABTU DAN AHAD.. you all akan dapat resipe bonus berganda! malah sama hebat dengan DIGI dan CELCOM juga MAXIS juga Telekom! ahakz! udah tu jerk....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUBUR DAGING LADA HITAM

Bahan-bahannya :
  • 1 pot beras wangi ~ rendam selama 1/2 jam dan toskan
  • 350gm daging segar ~ hiris dan rebus terlebih dahulu sehingga empuk
  • 1 biji bawang kuning ~ dadu
  • 4 ulas bawang putih ~ dadu
  • 2 inci halia ~ hiris batang mancis nipis-nipis
  • 1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk halus
  • 1/2 batang carot ~ dadu
  • 1 batang celery ~ dadu
  • daun sadri dan bawang goreng untuk tabur
Cara memasak :
  • campurkan beras dan baki air rebusan daging sehingga mendidih
  • masukkan daging, karot, celery dan bahan-bahan yang di hiris
  • masak sehingga menjadi bubur.. kacau sentiasa
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!
  • taburkan bersama daun sadri dan bawang goreng dan juga sedikit lada sulah
TENGG!!! TARRAA!!!
BUBUR DAGING LADA HITAM
 enak.. YOuu... kalau demam atau tak berselera atau beras dah tinggal sepot hah! ko masakkan bubur cenggini aje bedah aii.. (bedah my neighbour oke)
mau tak melengas... aje memang syiokkk i tell you ekk... ekk..

Menu tengahari 24 FEBRUARI 2011
  • Bubur daging black pepper
  • Ayam goreng kunyit (versi 2)
  • telur masin
  • ikan masin
  • sambal belacan wajib! dan juga ulaman dongs!
TATA!!!




AYAM GORENG KUNYIT (VERSI 2)

 
AYAM GORENG KUNYIT (VERSI 2)

Ayam goreng kunyit (versi 2) aduhaii.. kalau dah namanya ayam.. ko gorengkan, ko sambalkan, ko supkan, ko lemak cilipadikan... cuba tiap hari... aje memang cukup membosankan! penghabisannya di hangat sampai naik dua hari! huh! marah tau tukang masak ekk... mengadu ler kengkonon tu hehe.. tapi usah bimbang dan risau ekk.. ekk... kalau dah cenggitu punya masakan yang sepower idak tak laku! hah! ko goreng kunyitkan aje... buh ler sayur apa yang ada dalam peti sejuk tu ekk.. dah jadi lauk 3 dalam 1... huahuahua.. i suka... masa memasak jadi pendek.. masa mengadap FB dan Blogs bertambah panjang! boleh gitewwww???? gituh! okay hari ni i masak BUBUR DAGING BLACK PEPPER... ala-ala bubur BABY gituh! ini antara resipe untuk awet muda ahakz! dan juga resipe orang malas pun ya... resipe tak de selera pun ya.. waduh! ayuh! beramai-ramai kita salin resipe YUK! tetiba menurun roh Neng Naya i hehee...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
AYAM GORENG KUNYIT (VERSI 2)
Bahan-bahan Ayam dan perap :
  • 400gm isi ayam ~ hiris dan perapkan bersama bawang putih, kunyit hidup, halia dan ketumbar yang telah di tumbuk lumat. buh garam sikit dan perap selama 1/2 jam
Bahan-bahan lain :
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris
  • 4 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1/2 inci halia ~ hiris
  • 1 tangkai lada merah ~ hiris
  • 1 buku bunga kobis ~ potong ikut kuntum
  • 1/2 batang karot ~ potong panjang
  • 4 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
  • dan lain-lain sayur yang anda suka
Cara memasak :
  • Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang telah di perap sehingga empuk atau garing
  • masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah tumis sehingga naik bau bersama ayam
  • masukkan sayur-sayuran, gaul rata sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
AYAM GORENG KUNYIT (VERSI 2)

simple mudah dan jimat tenaga hehee.. all IN ONE!!! tak ker awet tu namanya....:):):)
Menu tengahari 24 FEBRUARI 2011
  • Bubur daging black pepper
  • Ayam goreng kunyit (versi 2)
  • telur masin
  • ikan masin
  • sambal belacan wajib! dan juga ulaman dongs!
selamat mencuba!!!
TATA!!!




Wednesday, February 23, 2011

HOME MADE STRAWBERRY JAM (VERSI 1)

 
HOME MADE STRAWBERRY JAM 
(VERSI 1)
Phewiittttttttttttttttttttttttttt.... Waduh! waduh... ewahh... ewahh.. cewahhh... cewahhh! Huar... kalau sebut Strawberry aje kan... segor biji mata i tau... ekk... ekk.. dah ler kalernya merah menyala, my fav calour!!!! RED!!! i love red.... i loves strawberry... entah kenapa fanatik betul dengan kaler merah ekk.. merah tandanya berani...memang i berani! berani mencuba apa jua resipe dan masakan... tak jadi.. i tak marah walaupun i fanatik dengan kaler merah... kerana sukakan kaler merah dan i mahukan kaler merah dalam chiller i tu.. so i buat ler 'STRAWBERRY JAM' nanti bukak aje... chiller i tu... WAHHHHH!!! got red kaler!!!! terus semangat merah membara! cewahhh!! dah tu jerk ekk... lain tak de...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!!!
HOME MADE STRAWBERRY JAM 
(VERSI 1)
Bahan-bahannya :
  • 500gm strawberry segar
  • 300gm gula castor
  • 1 biji lemon ~ ambik jusnya
Cara memasak :
  • potong dadu strawberry
  • masukkan gula dan strawberry yang telah di dadu ke dalam sauce pan
  • buka api sederhana dan kacau sentiasa
  • setelah gula larut masukkan jus lemon dan kacau lagi
  • besarkan api sehingga menggelegak, kacau rata dan tutup api!
  • angkat dan masukkan ke dalam botol kaca yang telah di rebus terlebih dahulu
  • setelah sejuk tutup botol rapat-rapat dan masukkan ke dalam chiller
  • sesuai di hidangkan bersama pancake, pound cake, triffle dan lelain lagi pemakan yang anda suka!
TENGGG!!! TARRAA!!!
HOME MADE STRAWBERRY JAM 
(VERSI 1)

Aromanya cukup mengasyikkan... warnanya... arghhhh.. buat i pengsan serta-merta YouuUUU!!!
Rasanya...masam-masam manis giteeeewwWWWWW.....
mulai sekarang mood untuk jengah my chiller cik puan esbok tu semakin berkobar-kobar! rasa macam nak duduk dalam chiller tu tauu... jangan tak tahu.. i memang pencinta Strawberry dan kaler merah!
HuaraggggagGGGgggg.... resipe cake pound i dah share... apa lagi... simbahkan ler jam strawberry yang masam-masam manis tu... aduh.. duhh.. duh... duh... tunggu HOME MADE STRAWBERRY JAM (VERSI 2) aku jatuh cinta padamu STRAWBERRY DAN KALER MERAH JUGAK!

TATA!!!



POUND CAKE ( VERSI 1)

 
POUND CAKE (VERSI 1)

Muahahaa... lega dapat buat kek Pound kesukaan Bonda tersayang... minggu depan dia nak balik melaka so ini permintaan Bonda ler ni.. Fav cake Bonda Marble dengan Kek pound...kek zaman dedolu... tak tahu ler kenapa suka bebenau Bonda dengan dua jenis kek tu ekk.. tak termasuk kek lapis prune tu.. nanti i share dengan you all.. kek-kek wajib ada di meja apabila musim raya menjelma ekk.. so petang tadi i bikinkan ler bonda sekeping kek Pound.... suka bonda makan tau.. tau... i lagi ler suke.. sebab bonda suka... kalau i dah buh (VERSI 1) tu bermakna kek pound ni ada bermacam jenis dan cara ekk.. i share yang ni dulu oke.. nanti i share lagi... cayang kat you all.. terima kasih rajin menjengah blogs kesayangan ku ini ekk..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
POUND CAKE (VERSI 1)
Bahan-bahannya :
  • 150gm shortening (lemak sayur)
  • 50gm mentega
  • 250gm gula castor
  • 3 biji telur
  • 120ml susu segar
  • 220gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh garam (ayak bersama)
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara membuat :
  • Putarkan mentega + shortening dan gula sehingga kembang (kelajuan maksimum)
  • masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang atau gebu
  • masukkan esen vanilla dan jus lemon putar lagi
  • masukkan susu segar dan putar lagi
  • masukan tepung dan kaup balikkan
  • masukkan ke dalam acuan berlubang/acuan biasa yang telah di sapukan dengan sedikit mentega
  • bakar dengan suhu 170'c selama 40-45 minit
  • cucuk dengan lidi, jika lidi bersih tanda kek dah masak 
  • keluarkan dan sejukkan dahulu baru di potong
  • taburkan dengan gula aising atau di makan dengan jem strawberry
TENGGG!!! TARRAAAA!!!
POUND CAKE (VERSI 1)
Rasanya lemak, manis, baunya harum lemon dan vanilla.... teksturnya lembut dan gebu... i like..:):) bonda lagi ler like...:):)
Hidangkan bersama jam strawberry (Jam strawberry tu i buat sendiri ekk.. ekk..) atau aiskrim vanilla! memang Syiokkkkkkk!!! yummyyy!! Yummyyy!!!
selamat mencuba kawan-kawan!!

TATA!!!



SUP BEBOLA AYAM BERSAMA SAYUR (HOMEMADE CHICKEN BALLS)

 
SUP BEBOLA AYAM BERSAMA SAYUR (HOMEMADE CHICKEN BALLS)

Sebelum ayam kisar tu terbahai dan tamat tempoh dalam peti beku! menci sebut beku  terus ler ku jadikan Chicken Meat Balls ekk... bukan ler susah bebenau... tetapi kalau dah malas tu apa pun tak menjadi yer tak? yer... yer.. arr.. ehhee.. pulak tu sekarang ni musim panas maka dengan ini ku ingin mengumumkan kepada semua... ini ler menu tengahari panas mencetang yang paling sesuai... antaranya ler ekk... supnya aduhaii... aje memang lite aje gitu ekk.. nak hirup pun wahhh!! wahh!! cewah... ewahhh!! ewahhh!!! hilang biji mata hitam ekk...!! ehhee..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP BEBOLA AYAM BERSAMA SAYUR (HOMEMADE CHICKEN BALLS) 
Bahan-bahan untuk bebola ayam :
  • 450gm ayam kisar ~ beli dalam tiub jenama RAMLY
  • *1 inci halia 
  • *5 ulas bawang putih
  • *1 sudu besar lada putih
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 4 batang daun bawang ~ hiris
  • sedikit garam
  • *tumbuk sehingga lumat
Cara membuat bebola ayam :
  • campurkan isi ayam kisar bersama bahan-bahan di tumbuk, garam, daun bawang dan tepung ubi
  • gaul sehingga rata
  • dan ketepikan sekejap
Bahan-bahan Untuk Sup/kuah :
  • *1 biji bawang bersar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 sudu kecil lada sulah
  • *1 sudu kecil lada hitam
  • *TUMBUK LUMAT
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 batang karot ~ hiris batang mancis
  • kobis panjang 4 kelopak ~ hiris
  • 4 biji tomato ceri ~ potong dua
  • 1 batang celery ~ hiris
  • 150gm bunga kobis ~ potong ikut kuntum
  • daun sadri untuk tabur
  • bawang goreng untuk tabur
CARA MEMASAK :

  •  masukkan rencah yang di tumbuk ke dalam air dan didihkan
  • ambil sudu kecil dan sudukan adunan bebola ayam dan masukkan ke dalam kuah yang mendidih lakukan sehingga habis (api sederhana)
  • sesuaikan rasa
  • masukkan sayur-sayuran dan didihkan sehingga sayur empuk
  • angkat dan hidangkan!
  • taburkan dengan bawang goreng, daun sadri dan sedikit lada sulah!
TENGG!!! TARRAA!!!

SUP BEBOLA AYAM BERSAMA SAYUR (HOMEMADE CHICKEN BALLS) 
SLURPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP..... AHHHH.... SEGERR....:):) KALAU DEMAM... ATAU TAK ADA SELERA NAK MAKAN... HAH! MASAK LER LAUK NI EKK.. MEMANG SYIOK!! UNTUK KANAK-KANAK JUGA BAGUSSSS....:):)
 YUMMY!!! YUMMY!!!

HIDANGAN MENU TENGAHARI 23 FEBRUARI 2011

  • SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
  • SUP BEBOLA AYAM BERSAMA SAYUR
  • IKAN MASIN GELAMA
  • ULAM JERING
  • DAH!!! AJE MEMANG GANDINGAN YANG MANTOP!!


TATA!!!

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

 
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Al-kisah tentang cik puan Petai tu ekk... ada ler dua papan terjuntai kat pokok belakang rumah tu.. dengan bangganya Pak Habibi telah menjolok dengan galah panjangnya nak mencecah ke langit! huar... huar.. huar... bila dah jatuh ke tanah... alahai... cenonet aje ko isinya! ala-ala besor anak guli ekk.. bukan guli oke.. anak guli... kang ku buat ulam ada yang putih mata.. lagi pun petai i kurengz sikit kalau buat sambal memang suka! so jadi ler.. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI... walaupun nak kena kais baru terjumpa sanga cik puan petai tu ekkk hehe.. tapi baunya.. mak aii... pak aii... satu rumah oke!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
Bahan-bahan di kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar belacan (tips bakar belacan gi cari kat label ~ TIPS DI DAPUR)
Bahan-bahan lain :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan goreng terlebih dahulu
  • 2 papan anak petai ~ goreng terlebih dahulu
  • 2 biji bawang besar ~ hiris
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • gula dan garam
  • **sambal tumis i memang pedas dan manis.. sambal tumis orang Johor
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing (api sederhana dan biar lama sikit menumis tu ekk baru ada kelesss)
  • masukkan air asam jawa, masukkan gula dan garam
  • masukkan ikan bilis, petai dan bawang hiris
  • sesuaikan rasa dan renehkan sehingga sambal pekat
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!!! TARRRAA!!!
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
Rasanya wajib manis, pekat dan pedas! baru namanya sambal JOhor! kalau dah ada sambal tumis ni... petang karang punya menu minum petang pasti ada kesinambungannya.. cewahhh!!! tunggu resipe minum petang!!! nanti.... selamat mencuba kawan-kawan cayang awak muahh... ciuman di angin lalu ini hanya untuk kaum hawa sahaja....:):):)
HIDANGAN MENU TENGAHARI 23 FEBRUARI 2011
  • SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
  • SUP BEBOLA AYAM BERSAMA SAYUR (BUAT SENDIRI BEBOLA AYAM TU EKK)
  • IKAN MASIN GELAMA
  • ULAM JERING
  • DAH!!! AJE MEMANG GANDINGAN YANG MANTOP!!
TATA!!!





Tuesday, February 22, 2011

ROTI MANIS KELEDEK

  
ROTI MANIS KELEDEK 
(minum petang bersama Gengs Bonda di meja batu 
22 hb Februari 2011)

Menu minum petang untuk gengs meja batu Bonda... al maklumlah bila Bonda ada di rumah ni... ada sahajalah aktiviti di meja batu tu ekk... kalau tak sunyi aje... selalunya Bonda round ke rumah anak-anaknya yang lain so bila Bonda ada di kampung ni.. hah! masa tu lah ahli-ahli meja batu akan datang bertandang... i pun suka ekk.. tak ler dok berkurung dalam mini office i ni... seronok bersembang dengan gengs Bonda yang makan garam lebih dulu dari i hehee... so petang tadi i buat spesel sikit ekk.. al maklumlah gengs meja batu Bonda tu semuanya 'WARGA EMAS' so menu minum petang tak ler boleh yang keras-keras ekk.. lembut dan kalau kejung pun roti tu boleh celup dalam air kopi O... dah settle! hehe.... kang i sambung citer ekk.. 

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
ROTI MANIS KELEDEK
Bahan-bahannya :
  • 1 kg tepung roti + 1 sudu teh baking powder
  • 50gm mentega
  • 1 peket yis kering
  • 2 biji kuning telur
  • 200gm gula pasir
  • 1/2 tin susu cair 
  • 350gm keledek manis ~ rebus dan lecek sehingga hancur
  • sedikit garam
  • acuan / cup cakes
 Cara Menyediakannya :
  • campurkan tepung yis, gula, garam dan gula. gaul rata
  • lubang kan di tengah masukkan telur dan susu cair + air + masukkan keledek yang telah di hancurkan
  • uli dan gaul rata bersama mentega. adunan tidak terlalu kental dan cair..(lembik) sedang-sedang aje ekkk
  • perapkan selama sejam atau adunan naik dua kali ganda
  • masukkan ke dalam acuan yang telah di lengserkan dengan mentega atau minyak
  • sapukan diatasnya dengan kuning telur 
  • bakar dengan suhu 170'C selama 15-20 minit 
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
ROTI MANIS KELEDEK

RASANYA.... LEMAK, MANIS DAN LEMBUT AJE EKK...
Cicahkan dengan kuah kari semalam atau sambal tumis semalam memang best!!! selamat mencuba!!
 TU DIA MENU MINUM PETANG UNTUK HIDANGAN GENGS MEJA BATU BONDA... DAN SEBAHAGIANNYA DARI HASIL MASAKAN GENGS2 BONDA...:):) MACEHH GENGS2 MEJA BATU..:):)
Hah! tu dia gengs meja batu.... menikmati minum petang sambil bersembang kisah dulu-dulu... i like..:):)
TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ