ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, May 17, 2012

Beignets Bourguignons Hamboii!



Assalammualaikum.. Good Evening my friends... Beignets Bourguignons Hamboii! wahh gitewww.. tajuk minum petang kita hari ni yaa.. ke tengah laut kita hari ni *OVER THE SEA* hhehehe... hari ni i buat minum petang awal.. ngam-ngam Abang Aemir balik tusyen hidangan minum petang pun siap! hebat betol! hehehh...

Pssttt.. tau ke nyebut tu??? samalah kita... @________*

Awal-awal pagi lagi dah ku bancuh sejenis desserts ala-ala Fritters giteew kan... sebab nak kena perap dalam fridge lebih kurang 2 jam! wahh.. asalnya teringin nak buat donuts... tapi malas nak menguli dan membanting.. tak kuasa cakap jujur ni hehehehh... kerja nak sikit selera makan bukan main besorr lagi kan kan...:))


so i telah menyelak-nyelak buku resipi i yang bersusun kat atas lemari bahan-bahan kek i tu...

di terbitkan di Britain pada tahun 1990... dessertnya sangat mudah dan sungguhlah menyelerakan! dulu buku inilah yang i bawa masa di Gelanggang MasterChef tu.. *dan ada banyak lagi yang ku hangkut kesana!*
 siap ada nama Nelly lagi hahaha.. dia yang tulis ingat lagi tu tulisan dia masa umur 5 tahun! habis satu buku dia tanda right! macam cikgu menanda kertas periksa giteww...

Sampai Brian Chen tegur i... "Kak sha ni siapa yang conteng right ni??"

"Anak akak Brian! yang mana dia tanda right tu.. hah! kengkonon dia kata sesuai untuk akak cuba! LULUS!"

dah ler ramai yang dok pinjam buku tu hehhee.. sebab nak tengok yang mana LULUS hahahaa...

psst.. bukan buku tu aje yang kena conteng! 45% buku resipi i yang tebal2 tu di contengnya! hadehhh haii...


resipi yang sangat mudah... sedap dan resipi asal menggunakan alcohol tetapi telah kugantikan dengan orange paste.. harum dan enak bangat! meh! ler kita memasak yaa..:))

Beignets Bourguignons Hamboii!


175 gm tepung kek
50 gm castor sugar
2 biji telur *kocok
2 sudu besar orange paste
75 gm butter

minyak untuk menggoreng

Sampingan :

aising sugar, rasbessy jam, chocolate sauce

CARA :


Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati.
masukkan ke dalam cling wrap dan perapkan di dalam peti sejuk selama 2 jam


torak dan potong bentuk diamond...


goreng dan toskan terlebih dahulu... baunya waduhhhhhhhhh

TARRAA!!!

Beignets Bourguignons Hamboii!


taburkan dengan gula aising di atasnya....

Beignets Bourguignons Hamboii!


posing kan pulak macam tu.... agar kelihatan bentuk diamondnya heheheh

Beignets Bourguignons Hamboii!


wahhhhh... marilah kita bagaikan ekk...

Beignets Bourguignons Hamboii!


with rasberry jam! wahhhh.. mabelezzzzzzz
keenakkannya sehingga terlelap YoUUu..

Beignets Bourguignons Hamboii!


secara zOoooOOmmmm giteww..


with chocolate sauce anyone??? terbaik!!!

Beignets Bourguignons Hamboii!


memang enak, simple..
 lepas ni dah malas nak buat donut uli-uli.. gini aje dah.. rasa lebih kurang sama...
garing di luar.. lemak, harum, jimat tenaga.. jimat masa.. langsung tak berpeluh...
memang sesuai untuk i yang memang sedang malas dan sangat sibuk dengan pelbagai urusan!
bagaimana dengan anda?? jika anda seperti saya..
apa tunggu lagi! moh! kita memerapkan doh tu... wahh giteeww.... << macam iklanlah pulak hahahahaa

Beignets Bourguignons Hamboii!
Beignets Bourguignons Hamboii!
Beignets Bourguignons Hamboii!

*sebut banyak-banyak kali...
 jadi lidah tak ler tersempal giteew hehehehehehehhhhhhhhhh...*


dan rasberry jam adalah gandingan yang paling manTOP! giteww...
S.E.D.A.P!!! <<< mengeja taw ni... :)))


Sekian terima kasih laporan petang ini.. berjumpa di lain kisah.. malah lebih menarik dan merapu! hePP!! bukan sebarangan merapu okey ada isinya hehehhe..
jumpa lagi!

TATA!!

Special Pasta For Me.. Ngeh! Hati Sebak, Melalak tak sudah!


Assalammualaikum... selamat tengahari semua.. :)) wahh hari ni i masak awal.. sebab hari ni.. masakan yang i masak memang untuk ikut tekak dan selera i taw.. hehhee.. lagi pun semua balik lewat hari ni.. so buat ler sesorang tadi di dapur.. *memang selama ni sesorang pun hehehhh*

WahhHHHH kemain lagi tajuk i hari ni ekk...
 apa kess??

Sebelum tu nak ler bersembang sikit yerk.. masak awallah katakan hahaha.. okay.. ada tak sesiapa yang menonton TV9 semalam? jam 8:30 malam??? ada?? wahhh nampaknya i sorang hehehhe.. 


i ni jarang menonton tv waktu malam.. selebihnya hanya memerap kat dalam opis i tu... so semalam masa baca surat khabar tu kan kan.. adalah iklan... ada drama kisah sedih... huaaa... memang suka! tapi tak suka tengok sebab takut emo.. dan terbawak-bawaklah sampai 2-3 hari hah! gitewww... so tengoklah jugak sebab sinopsis cerita tu sangatlah ter menarik hatiku ini... yaa giteeww...

Tajuk drama tu... 'HILANGNYA DOA SEORANG IBU' huaa... korang tahu tak.. awal-awal sebelum drama tu start, awal-awal lagi i dah call Bonda dulu.. wahh.. kengkonon nanti bila nak menonton drama sedih tu taklah rasa banyak naa dosa! hadehhhhh.... *______@ berbuallah.. sampai drama tu dah nak start... masa tu siap tanya Bonda..

"Tengah tengok TV channel berapa Bonda?" << wahh menanya tak nak Bonda pun tengok sama hahahahaha...

"Biasalah... i tengok cerita korea i lah.." << Fullamakkk....Wahh lega! Tq! Bondaku! hahahhaaha....

Bukan apa tau.. kang kalau Bonda sama tengok TV9 nanti lepas ni bila jumpa.. confirm punyalah dia bagi ceramah baekKKKKK punyeYYYY!! hokey.. sekian terima kasih kerana terlalu memahami muahahahhaaa..


Kisah bersambung!!! jom kita memasak dulu yeay!

Special Pasta For Me.. Ngeh!


100 gm Fishcioni pasta + 100 gm spiral pasta rebus dan toskan


3 biji US tomato belah dua + 1 biji bawang besar, hiris +3 ulas bawang putih, hiris + 2 keping turkey pastrami, hiris + cracked black pepper + sea salt = kesemua bahan susun dan taburkan diatasnya macam tu.... dan renjiskan dengan olive oil

dan masukkan ke dalam microwave set kepada suhu medium high selama 7 minit


setelah itu... perahkan bersama 1 biji lemon juice dan gaul rata


sweet basil dalam 5 tangkai dan lurutkan daunnya..
 ambil daun sahaja.. 


gaulkan kesemua bahan-bahan ke dalam pasta, taburkan lagi cracked black pepper, sea salt dan olive oil... gaul dan gaul yaa cik dan puan dan tuan sekalian.. yaa begiteeeewww...


jangan lupa sebelum di hidangkan parutkan cheddar cheese, i guna jenama Bega Strong & Bitey Vintage 
buh ler bebanyak yaa.. giteeww... sedap YoUuuu!

TARRAA!!!

Special Pasta For Me.. Ngeh!


Simple and delicious!!!


inilah dia... Special Pasta For Me.. Ngeh!


sambung cerita tadi tewww... hehehe...

memang best betul drama tu taww... melalak-lalak... teresak-esak i menonton semalam sesorang kat depan tv sambil makan kacang pis! sedihh benor citer tu tawwww..

Pak Habibi i yang tembamBOM tu ada kat bilik.. sibuk tengok tv channel sukan ler apalagi..

so selesai aje menonton tu... wahhh!!! terus ler emo dan tiba jamtu gak macam nak jemput Bonda.. suapkan bonda, kalau boleh jamtu gak nak cium tangan Bonda.. huaaaa....

memang best cerita tu... dan sebab tu lah hari ni i buat masakan istimewa untuk diri i sendiri.. sebab nak pujuk sedih sebak bagai nak rak! sampaikan Pak Habibi i gelak macam nak rak! jugak! 
peh! dan pagi ini.. sebagai imbuhan dek meratap bagai semalam tu kan kan...


apalagi mata bengkak ler hari ni!!
pakai cermin mata hitam i you jemur baju tadi pagi! hebat sunggoh.... :)))


psst tunggu petang nanti ada hidangan minum petang baekk punyer!
tunggu ekk.. selamat menjamu selera kawan-kawan...

pssttt ada nama Azellea Nellysha kat atas tu.. bukan buku resipi dia tu.. buku i muahahaa.. dia memang nak jadi teacher kot??
sambung petang nanti ehhh.... :))


Dan terima kasih jugaklah sebab sudi mendengar kisah i pagi tadi hehehheeh..

TATA!!

Wednesday, May 16, 2012

BKKK ~ BUKAN KUIH KERIA KELEDEK OKAY!



Assalammualaikum... selamat malam semua.. sekarang ni masukkan N3 petang.. malam baru masukkan.. sibuk i you sekarang ni...

Okay baca tajuk kat atas tu... KUIH BKKK ~BUKAN KUIH KERIA KELEDEK! hah! giteewww tajuk kita hari ini...


Dapat inspirasi dari Kuih Keria Haji Jalil Limbongan Melaka.. giteww.. nampak tak kuih keria keledek yang bergentel kat dalam dulang tu.. wah! panas! panas tu... apa yang istimewanya tu??? 


Ye kuih keria Haji Jalil di Limbongan Melaka tu di sira dengan gula melaka asli You!!! rasanya peerghhh... sukar untuk ku gambarkan... baunya masa tu.. perghhhh... nak tahu lebih lanjut klik sini >>>
KUIH KERIA HAJI JALIL LIMBONGAN MELAKA TERBAIK!!


aL-MAKLumlah yaa.... tekak teringin bebenau nak makan kuih keria yang di sirakan dengan gula melaka... tapi keledek tak ada... apa ada kesah.
 i kan suka mentestimonikan apa yang ada kat dapur tu...
maka telah terjumpa sebatang karot aka lobak merah yang telah tumbuh di dalam laci peti sejok i tu...
dengan ya tak ya.. memberanikan diri.. 
ku parut karot yang dah tumbuh tu... dan ku gentel-gentel seperti gambar di atas tu...

KERIA KAROT A.K.A LOBAK MERAH 
*walaupun oren sebenarnya keler lobak tu yeee*

200 gm lobak merah *parut*
100 gm tepung gandum
secubit garam
2 sudu besar air

minyak untuk menggoreng

CARA :

gaul kesemua bahan-bahan dan jadikan sebuku doh.
Gentel dan bulat-bulatkan ala-ala buat kuih keria atau donat.
panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan, angkat dan toskan.


ye giteeww... 

UNTUK SIRA GULA MELAKA :

1 buku gula melaka *hiris*
1 sudu kecil gula pasir
3 sudu besar air

UNTUK SIRA GULA MELAKA :

masakkan gula melaka sehingga pekat 
*api kecil*

setelah pekat masukkan keria karot dan gaul rata, angkat dan sejukkan terlebih dahulu!

TARRAA!!!

KERIA KAROT A.K.A LOBAK MERAH 


Amacam?? hehhehehe... melengas YoUU!


baunya... waduh.. waduuhhh....


rasanya gi mana dongs???


sabar.. posing dulu.. ke kanan dan ke kiri.. ya giteeww....


rasanya???
hehehehhh.. kisah benar ni yaa...

Pak Habibi i yang tembamBOM tu seumur hidupnya memang langsung tak makan karot! ehh.. semua jenis sayurlah dia tak makan kecuali salad segerrr gitewww...
so masa dia balik dari office tu...

"Ada keria sira gula melaka tau!" << wah si bini berbunyi... tanpa memberitahu langsung apakah keria yang kubikin tu yer..

"Wahh! sedaPPPnya..!!" si suami berbunyi sambil mengunyah dengan mata terpejam celik.. tapak tangan alas dengan tisu bawah kuih keria karot tu sebab takut bersepai gula melaka tu yer..Kang terpaksa kena mop satu rumah! muahahhaa..

"Ada rasa lain tak??" << wahh! bini nak berterus-terang tapi nak tengok dulu apa komen si suami...

"Okay! sedap! lemak! cuma manisssssss naaaaa.."


dan sampai laa.. Pak Habibi i yang tembamBOM tu tak tahu keria yang dia makan tu ialah keria karot a.k.a wortel!!

Syy... diam-diam k... macehhh...:))


gitu rupa isi dalam kuih keria karot tu yaa... nak tahu macam mana rasa.. kenalah cuba.. i buat tak berapa elok.. sebab tergesa-gesa..
second time nanti mungkin cantik sikit kot! << cakap orang tak kuasa hheheehehe...

selamat mencuba kawan-kawan!!

TATA!!!


Asam Pedas Ikan Kaci... Menu ringkas!



Assalammualaikum... selamat petang rakan blogger baru dan lama... wahh you all masak apa hari ni?? i macam biasalah.. asam pedas manjang.. rumah ni kalau tak jumpa asam pedas dalam seminggu.. mulalah makan tu slow aje... 

Cadang tadi nak masak simple pasta.. tapi terpaksa skip sebab ada ikan kaci yang Pak Habibi beli tu dah dok 3 hari dalam peti sejok tu hah! so buat ler asam pedas.. pekat-pekat naa kuah tu ekk... buh daun limau purut... tomato masak 2 biji dahhh.. sedap naa lah tu... eeheehh....


gorengkan ikan masin 2 ekor.. perah asam limau.. bawang hiris halus.. potong cili padi siam... dahhh


gorengkan pulak sayur kobis hiris rampai.. buh karot.. potong bawang.. lada merah, lada hijau.. gorengkan kentang sikit buh dalam sayur tu. dahhhh...


Menu tengahari ini... simple.. dan ringkas!
banyak kerja yang nak di bereskan hari ni... :))

Asam Pedas Ikan Kaci

BAHAN-BAHANNYA :

KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit
1 inci halia
1 inci belacan
35 tangkai cili kering

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang merah *hiris
1 biji bawang putih *hiris
1 sudu kecil halba

BAHAN LAIN :

1 ekor ikan kaci *potong
2 helai daun limau purut
7oo ml air asam jawa
gula dan garam
2 biji tomato 
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan Masukkan BAHAN TUMIS sehingga naik bau.
Masukkan BAHAN KISAR sehingga terbit minyak *menumis tu biar lama api sederhana dan sentiasa di kacau*
Masukkan air asam jawa dan didihkan.
Masukkan daun limau, ikan kaci, tomato dan renehkan.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Asam Pedas Ikan Kaci


isi ikan kaci ni memang lemak dan sedap! buat kuah pekat-pekat kalau ada lempeng kelapa ni perghhh....
memang meleTOP! gitewww... :))


Menu tengahari ini.. 
cadang nak membuat sesuatu dengan cik akak karot yang dah tumbuh kat dapur tu...
apa teeww??? hehhee.. entah belum kucuba baru pertama kali nak mencuba!
kalau menjadi i share ler kat dapur i ni..
kalau tak jadi???

hehehehhh... semestinya share jugak!
try and error.. itulah motto yang ku pegang selama ini.. tak giteew....

Jumpa nanti!!

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ