Assalammualaikum... selamat sejahtera buat semua teman blogger baru dan lama... tq so much kerana masih sudi bertandang ke dapurku ini... yang mana meninggalkan jejak tu... sat aje lagi ni i bertandang kat dapur you all ehhh... sabo...:))
Okay.. i ni kan.. kan.. anak tu baru aje nak ke PLKN dah macam nak berangkat study ke Oversea! orang lain anak-anak belajar jauh berdengung tak adalah kecoh macam i ni ekk... tengok macam Kak Noor taiko lama yang hebat memasak tu... 3 orang anak dara dia dok belajar jauh berdengung kat UK sana tu.. rileks aje dia kan kan.. haper le ko ni sha! hehhe... gini... memang nampak macam kecoh benor.. nak tahu kenapa?
You all pun tau kan... sebelum ni berbulan-bulan i tinggalkan keluarga dek kerana bertarung di gelanggang MasterChef Malaysia.. Tanpa rela i tell you alls okeh... dalam tanpa rela nak meninggalkan keluarga tu ehh.. hampir 5 bulan jugak berjauhan dengan keluarga.. lepas aje selesai di MCM tu.. peh! leganya hanya TUHAN Sahaja yang tahu.. dan rasanya i kot sorang aje yang begitu teruja nak balik sangat! rindu kat keluarga sangatTTtttt noOOoooooOOOoo... tiap hari asyik berdoa bukan nak terus kekal.. tapi tadah tangan berdoa... "YA! ALLAH, YA! TUHANKU... BAWALAH AKU PULANG KE PANGKUAN KELUARGAKU... AMINNN' hah! ngko! itu doa i tiap lepas solat.. ada korang tahu.. sekarang baru tahukan ehhee...
So petang tadi membuatlah sebuku cake choc moist kukus... selalunya i baked dalam oven... tapi sebab Abang Amin suka kek choc yang di kukus so i kukus ler tadi... resipe macam biasa... cuma kali ni.. i gunakan choc chips Hershey's yang i cairkan dulu lepas tu buh dalam adunan cake dan selebihnya i tuangkan kat atas kek tu... wahhh... rasanya semestinya luar biasa! dari biasa yang i selalu buat tu ekk...
Petang tadi ramai kawan-kawan Abang Amin datang ke rumah... nak ucapkan selamat jalan pada Abang Amin.. dia orang semua tu memang rapat.. dah macam anak sendiri pun yaa.. semua kengkawan Abang Amin panggil i 'Momma Sha' giteewww.... ucap selamat jalannya tak sampai 2 saat... pastu melenjan main bola sepak depan rumah! pastu order air 2 jug! kek coklat selesai jamtu jugak! baguss kan... *gambar i ambil dari folder Abang Amin tu yang siap bernama segala* jangan ko harap i nak buh nama kat tiap sorang tu ekk.. tak kuasa! hehehe...
Double Choc Moist Steamed Cake
Fav Abang Amin
BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat + 2 sudu besar serbuk koko + sedikit garam
<<< ayak bersama
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
70 gm choc chips Hershey's cairkan dalam microwave
BAHAN TOPING :
200 gm choc chips Hershey's
50 ml susu segar
1 sudu besar mentega
*cairkan*
PENGUKUS
50gm choc chips Hershey *untuk tabur di atasnya*
CARA :
Putarkan gula, minyak, susu pekat, telur sehingga sebati atau gula larut.
Masukkan *bahan ayak dan putar sehingga sebati.
Masukkan coklat cair dan kacau sebati.
Akhir sekali tuangkan air panas dan putar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 45-50 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu, baru di keluarkan dari acuan.
barulah di tuangkan coklat cair dan taburkan dengan choc chips!
TARRAA!!!
Double Choc Moist Steamed Cake
Fav Abang Amin
So moist....
so YoOoMMyy...
Lemak, berkrim dan muak! <<< my komen...
Superb Mom!!! <<< komen Abang Amin...
Dessert terakhir sebelum Abang Amin berangkat ke PLKN pada 1 hb Mei.. dan nampak tak bunga kat dalam pasu comey keler putih tu....
Hadiah dari Abang Amin untuk i.... semalam dia bagi... ko nangis tak sha???
Tak lah... senyum dan terharu!! menangis dalam hati aje.. cam ni...
HUarrrGGggHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!! << sila ulang sejuta kali!! macam tu yang i rasa sekarang ni... ibu mana yang tak sedih nak berpisah dengan anak ya tak?? pulak anak tu jenis mendengar kata dan taat.. hadoiii....... HUaaarrrrrGggggHhhhhhhhhhhh.............................
TATA!!