ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, July 19, 2012

Terung Goreng Berlada Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.. Dan Kuiz juga, Ya giteww...


Assalammualaikum... Selamat pagi semua :D Dah lama betul tak berkongsi resipi, bukan tak masak, masak :) cuma masa nak mengedit gambar tu wahh kian terhad nampaknya semenjak menganjurkan kuiz mudah dan kuiz pertama yang i anjurkan semenjak bergelar blogger ni kan :D 



Kali ini i memilih resipi dari buku resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. Resipi yang sangat simple dan mudah untuk disediakan dan jimat belanja. Ada banyak lagi resipi sayur di dalam buku resipi i tu ya. Bukan sahaja sayur-mayur ada banyak lagi resipi istimewa. Antaranya hidangan sesuai untuk bersahur, berbuka puasa, kuih-muih tempatan, manis dan savouri. Juadah untuk hari raya, kek dan biskut raya juga ada. Pastri, Roti manis dan savouri dan bermacam-macam lagi malah lebih dari 70 resipi. Sebahagian resipi siap beserta langkah step-by-step, haah gitewww.. Apa nak lagi? :))

TERUNG GORENG BERLADA

SUMBER : BUKU RESIPI SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH

TERUNG GORENG BERLADA
BAHAN-BAHANNYA :

2 Batang terung – goreng terlebih dahulu
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam
Minyak

BAHAN-BAHAN TUMBUK :
2 Batang lada merah
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50gm ikan bilis
1 biji buah keras

CARA :
1.       Panaskan minyak dan tumiskan *bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2.       Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
3.       Akhir sekali masukkan terung.


TARRA!!!

TERUNG GORENG BERLADA


mudah simple dan enak di makan ketika sahur atau pun berbuka puasa.. ~Wallahualam~ :D


Telah berada di pasaran dan laku macam goreng pisang panas! *bukan i tapi buku resipi i*

telah masuk cetakan kedua dan mendapat sambutan hangat!

*wahh numpang promosi* :D

________________________________________________________

BERITA SEDAP!!!


Sesiapa sahaja yang join kuiz mudah...

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'

BOOK MARK ICE~CREAM & LOLIPOP
akan menjadi milik anda.. turut serta sahaja dapat BOOK MARK cute :D tu yaaa.... dan banyak lagi hadiah sampingan buat semua yang turut serta.

Hah! i dah masukkan hadiah-hadiah baru tau.. nak tahu.. klik kat bawah TU.. :D



________________________________________


SENARAI KENGKAWAN YANG TELAH TURUT SERTA : :)

  1. http://www.tiffinbiru.com/
  2. http://asyifamustaffa.blogspot.com/
  3. http://qasehququinnie.blogspot.com
  4. http://hanasafirahidayah.blogspot.com/
  5. http://dapurcikwan.blogspot.com/
  6. http://salamisimon1.blogspot.com/
  7. http://zila4ever.blogspot.com/
  8. http:/rziehany.blogspot.com
  9. http://salmikhairil.blogspot.com
  10. http://azillakhalison.blogspot.com/
  11. http://galeriduniaku.blogspot.com
  12. http://shimasall.blogspot.com/
  13. http://jemariasmara.blogspot.com
  14. http://branipunyabudak.blogspot.com
  15. http://whymore.blogspot.com
  16. http://chocoani.blogspot.com

Yang mana belum join tapi rasa macam nak join tapi rasa macam dah terlewat dan tak sempat nak kejar soalan kuiz terkumpul.. jangan bimbang masih sempat dan tarikh tutup lama lagi... kalau nak lihat contoh jengahlah blogs kengkawan yang tersenarai di atas tu dan ikut terma dan syarat mudah 5 langkah.... ya, gitewww... :)


Sekian sahaja... bagi yang join kuiz terkumpul mudah giler tu.. tunggu SOALAN KE~LIMA bakal MUNCUL bila-bila masa sahaja lagi... so keep on alert ya! GOOD LUCK :D

Assalammualaikum...

TATA!!

17 comments:

asyifamustaffa said...

cantiknya nmpk kaler terung tu...huhuhu...

emma marini said...

I baru nak dekat-dekat dengan terung ni, dulu tak suka sangat, tapi kalau kena dengan masakannya memang pantang jumpa.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Asyifa cayanggg purple kelerrr lagi you hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Asyifa cayanggg purple kelerrr lagi you hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Asyifa cayanggg purple kelerrr lagi you hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Emma samalah dengan akak masa tahu makan terung dulu masa kat asrama kalau tak dok asrama rasanya tak pandang langsung cik terung tu hehehehe... psttt soalan kuiz ke lima dah keluarrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Amie said...

Suka sangat makan terung taiwan ni Sha... manis, lembut.. masaklah apa saja, mesti habis punya!

~azillakhalison~ said...

terung goreng berlade...uiii feberett

Siti Nadira said...

sy kan baru berblog...segan nak join kak...hehehehe...tp tingin...tp segann..heheheh

fazian.batrisyia said...

sy suka terung masak cam ni...aritu kak long sy masak menambah2 sy makan...bole cuba ni utk org br belajar2 nak masak cam sy ni...Selamat berpuasa kak sha & family...

zila norazila said...

salam sha
lauk fav bkas mak mertua nie..h ehee menggamit kenangan bila ko show sha..dia cukup xprt masak memasak..x leh lawan aq..masakn dia semuanya sedap2:)share sikit terung tu sha:)

Mat Gebu said...

Waaa...terung's!!, kalau guna terung bulat rasa2 Datin ok tak?..sebab ada sebiji jee terung bulat dalam peti esbox doremon CM..nak try, esok juga daku buat...tungggu ekss....

Delima Zamrud said...

wahhhhh pebret D5 nie best nyerrr tambah lg kalau garing2 uar dia lembut kat dlm terbaek lahhh..isk isk sha nie masak sedap sgt nampak nyer terliur kiter ehehhehehhe

Ummi said...

Assalam Sha cayanggg....akak ni mungkin lah x sempat nak jenguk soklan2 kuiz keluar...hahahaha, apapun akak sentiasa menyokong usaha2 murni blogger demi memantopskan hubungan sesama kita dan untuk manfaat semua... Akak dah letak entry untuk war-warkan contest Sha tu...semoga ramai lg yang join dan beri sokongan serta sukses selalu buat Sha.. ^__^ Tapi tengok terong berladoooo lagi mantopsss selera naik ni....adeeii

http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2012/07/jom-join-lebih-ramai-lebih-meriah-dunia.html

dZana said...

huuu.. meriahhhhnya.. ada kuiz , ada buku resepi, ada lauk2 sedap.. tak dpt nk join kuiz, klau smpt nnti akk buat n3 khas yer.. buku resepi tu nak kene cari jugak.. buat koleksi..selamat myambut ramadhan almubarak ..

Wani SK said...

salam kak sha.. waa makin meletop pulak bila tengok hadiah hihi.. sampai ahaaaa terlepas pandang tengok terung berladoooo..hihi

Amelia said...

Hi my dearest Sha, sorry semalam tak sempat nak singgah. Helicopter tak tunggu I, so kena tertinggal lor.

I suka ini terung goreng, sedap.... nak tambah nasi boleh? LOL

Nak baca N3 you yang I banyak tertinggal.... sambung lagi....

Muahhhzzz...............

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ