ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, July 24, 2012

Hidangan Berbuka Puasa 24hb Julai 2012


Assalammualaikum :D Nampak tak donut bakar sambal i tu menyerigai cenggitu guper :D ya, memang begitu jadinya... setelah ku panggang di dalam oven.. bayangkan kalau ku goreng :))
Tak sangka pulak boleh naik sampai macam tu sekali menyeringai ya gitewww :D


Ini dia pasta penne yang telah siap bergoreng, untuk juadah berbuka hari yang ke~4.
Diam tak diam dah masuk hari ke 4, esok dah 5 hari berpuasa.. cepat benar masa berlalu...
kenapa masa i kekanak dulu sejam rasa seperti setahun? :))

Okay berbalik pada pasta yang i goreng di atas tu, sangat mudah dan simple nak di sediakan. Segala bahan-bahan yang ada semuanya apa yang ada dalam peti sejuk dan kebanyakkan bahan-bahan yang i guna hampir tumbuh! :)) tang karot tu ler ekk.. ada pulak cili jalapeno pun dah kecut... mujur tak kering you! :D ku masukkan sekali. So nak cover baik punyer lepas goreng i taburkan dengan parmesan cheese.. perghhh.. 5 STAR***** okeh..;))


Tu dia.. donut bakar sambal yang ku panggang dalam oven menyeringai.. meriah aje kan :D
i gentel kecik-kecik dan bubuh inti dalam donut tu. Kemudian i tepikan sekejap bagi dia naik sikit.
Sapukan atasnya dengan minyak sapi cair@ghee, pastu ku bakar ler dalam oven. 
Set timer dan terus ler ke dapur basah i kat belakang tu.

TINGG!!

wahhh bergegas berlari nak tengok hasilnya yaa.. dan inilah hasilnya... ;)


yeaahhh begitewww :D

Dan i tak guna telur untuk doh ini. Sebab terlupa.. :))
tapi teksturnya tetap lembut :D


i buat adunan tak banyak cuma 500gm sahaja. Bahagikan dua dan separuh lagi tu i buat donut salju.. resipi sama juga macam dulu i pernah buat tapi bentuk 3 segi. Kali ini i buat bentuk 4 segi sama.. sama ke tu? samakan ajelah :D


Jadi itulah 3 jenis juadah berbuka i petang nanti :)
i masak awal, senang dah nak dekat berbuka tinggal hangatkan dalam microwave dah settle... :)


Simple Fried Penne :D


BAHAN-BAHANNYA :

300 gm pasta penne *rebus dan toskan*
3 tangkai daun parsley *hiris*
1 batang karot *hiris nipis@panjang2 guna peeler*
350 gm daging kisar
sedikit serbuk lada sulah
sedikit cracked black pepper
1/2 sudu teh serbuk oregano
3 batang cili jalapeno
7 biji tomato ceri

garam

parmesan cheese untuk tabur di atasnya 


BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *dadu
6 ulas bawang putih *hiris
1 cm halia *hiris

2 sudu besar mentega dan sedikit minyak untuk menumis

CARA :

Panaskan minyak dan mentega.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau. Masukkan daging kisar dan kacau rata, masak sehingga daging bertukar warna kecoklatan.
Masukkan karot, cili jalapeno, serbuk oregano dan pasta, kacau rata.
Masukkan tomato ceri, sesuaikan rasa dan taburkan daun parsley.
Akhir sekali taburkan lada sulah dan cracked black pepper.
Angkat dan hidangkan bersama taburan parmesan cheese.

TARRAA!!!

Simple Fried Penne :D


Siap aje terus hantar sepinggan ke rumah jiran. Satu pintu aje :D

Donut Bakar Sambal


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm tepung gandum
300 ml susu segar
1 peket yis kering
100 gm mentega *potong dadu
1 sudu besar gula castor
secubit garam

3 sudu besar minyak sapi/ghee cairkan untuk sapu di atasnya
Sambal tumis ikan bilis untuk inti

CARA :

Campurkan mentega, yis kering dan gula dan gaul mentega bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Lubangkan di tengah dan masukkan susu segar, garam dan uli sehingga menjadi sebuku doh.
Setelah itu uli dan banting selama 15 minit.
Perapkan doh *seperti gambar di atas* sehingga doh naik dan mengembang!

Ambil adunan sebesar bola golf lebih kurang 50gm dan leperkan. Isikan di tengahnya dengan inti sambal tumis ikan bilis. Dan kelim tepinya seperti membuat karipap. 
Lakukan sehingga selesai. 
Sapukan di atasnya dengan minyak sapi.

Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit dan panggang adunan selama 15-20 minit atau sehingga bertukar warna keperangan.
Angkat dan hidangkan!!


TARRAA!!!

Donut Bakar Sambal



Sedap tak?
bertambah sedap, harum dan lemak selepas di sapu dengan minyak sapi.. tak percaya cuba :)

Donut Salju


Bahan dan cara sama seperti di atas.
Cuma uli dan leperkan adunan dengan torak dan potong bentuk 4 segi sama.
Kemudian sapukan di atasnya dengan minyak sapi.
Kemudian bakar di dalam oven sehingga keperangan.
Angkat dan taburkan dengan gula aising sebanyak mungkin :D


comel-comel aje i potong ya.. anggaran 2 cm panjang dan lebar :)


Donut Salju
Kuih manis i berbuka petang ini :)


Selamat berbuka dan selamat mencuba ya, jumpa esok dengan pelbagai tips di dapur...


Assalammualaikum.... :)

TATA!!

Tips Dan Menu Berbuka Puasa 24hb Julai 2012


Assalammulaikum, :) Apa khabar semua? Wahh nampaknya hari ni dah masuk puasa yang ke-empat buat semua umat islam yang berpuasa. i setakat ini masih segar dan bugar... masih tenang aje.. nampak beskot kering dalam balang kaca tu pun... elehhh langsung tak kecur.. tak tahulah esok lusa! :)) *gurau je* :D



Cuma sekarang ni kepala i ada senoneng cikit.. :D apa taknya awal pagi tadi lepas selesai menguruskan segalanya.. i dok ler menyusun buku-buku kat rak sana tu hah.. lepas tu ku snap gambar karya-karya i tu kan. Macam-macam angle yang ku snap.. buku-buku ku susun berderet, jap terlentang, jap berdiri... bukan buku tu aje i pun sama naik! :)) Untuk apa? eishhh hadiah untuk kengkawan yang join kuiz terkumpul.. 

''Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :D'


Petang sikit nanti baru ku update hadiah-hadiah di atas tu...


Menu Berbuka 24hb Julai 2012


  1. Pasta Penne goreng daging/ sup << tak confirm lagi :D
  2. Nasi putih *request by my Pak Habibi* melayu betul kan :))
  3. Sambal Tumis Ikan Bilis *semalam punya* :D
  4. Roti Bakar Sambal *rupa macam mana tak confirm lagi* :D
  5. Donut Bakar Salju *yang ni pun rupa macam mana tak tahu lagi* :D
  6. Air Teh Tarik *wajib ada* :D
  7. Air sejuk ~Air Sarsi bancuh baik punyer! :D
  8. Kurma *wajib ada* :D
Itu sahaja menu berbuka i petang nanti, resipi dan gambar petang nanti baru i share ya. ;)

TIPS DI DAPUR :



Tiba bab ikan. Okay setiap kali Pak Habibi balik dari pasar beli ikan segar. i akan terus siang dan asing-asingkan ikan mengikut kategori. Contohnya kalau untuk goreng i akan asingkan di dalam sebuah bekar. Untuk masak berkuah macam gulai atau kari, satu bekas lagi.  Kemudian i akan agihkan untuk masak berapa hari. Selepas itu i akan masukkan di dalam plastik berzip macam gambar di atas tu. Bila nak masak tinggal ambil dan defrost dalam microwave. Bila bulan puasa i tak defrost ikan/ayam/daging tetapi i keluarkan awal pagi selepas bersahur dan tutup dalam bekas bertutup, takut nanti tinggal plastik, takut di larikan kucing! :))


Ikan goreng pulak, kalau ikan untuk di goreng i akan asingkan dan lumurkan dengan garam kunyit atau apa jua rencah ikut mood i nak buh perabah apa :D lepas tu i akan agih-agihkan dan masukkan dalam plastik berzip seperti di atas tu ya. So kalau ada tiga bungkus ikan yang siap di perap, bila nak masak tinggal ambil sebungkus dan selebihnya untuk hari lain, ya, gitewww :D untuk bersahur juga cara begini sangat ler membantu..:)


gambar di atas tu, adalah daging kisar yang telah i keluarkan dari peti sejuk untuk masakkan i berbuka petang nanti. i tak rendam atau defrost dalam microwave, i just keluarkan dan tutup dalam bekas. Sampai dekat waktu nak memasak berbuka tu nanti.. dah cair dah.. wahh giteewwww.. ya giteeew :D


Awal pagi i dah mula menguli doh, tak banyak yang i buat, sikit sahaja. Uli dan perapkan sehingga adunan naik berganda-ganda :D lepas tu sekejap lagi dah boleh gentel dan jadikan Donut Sambal Bakar dan Donut Bakar Salju... wahhh... sedapppnya.. OOpss kurang pahala puasa :D

~SEKIAN TIPS DAN MENU PETANG NANTI~

:

:

:

:

:

:

:

:
:
BERSEDIA SOALAN KUIZ TERKUMPUL YANG KE~19??

:
:


:
:


:
:


:

:

:

:

:
:
:

:

:


:
:
:
Mudah aje tu kan kan.. kacang je tu... ;)

Assalammualaikum.. Jumpa petang Nanti.. Insya~ALLAH

:

TATA!!


Monday, July 23, 2012

Hidangan Berbuka Puasa 23hb Julai 2012


Assalammualaikum... :) Selamat berbuka teman-teman semua :)

Masak untuk berbuka petang tadi siap awal, nak menyiapkan satu pemanis petang tadi.. perghh.. nyaris i tertido celah tong gas tu hah! :))  nak tahu pasal apa?

Ya, pasal kuih Cik adik Cara Manis Warisan tu ler.. :D
i teringin sangat nak makan kuih cara manis..untuk berbuka, so i telah mengais dapur kawan kita yang sorang ni kan..
semua orang kenal punyalah.. baik blogger atau pun bukan blogger :)




Kuih Cara Warisan Dari Dapur Tan Sri Cik Mat Gebu :D
ya, giteww.. :)

i pun baca betul-betul resipi dan arahan dengan niat "JANGAN SEKALI KO MENDERHAKA!" << cakap dalam hati :D

so baca punya baca.. okay mudah sahaja resipi kuih cara manis resipi CMG tu hah, dan resipi asal dari Kak Nannie, baru petang tadi ku add akak Nanie tu ya. Terima kasih ya Kak.
Buat TSCMG izinkan i kais dan copy paste resipi Kuih cara tu di sini pulak yaa.. macehh.. Hi!5! cikit.. :D


TSCMG tulis kat resipi dia... macam ni..

'Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.'

wahhh... ikut arahan okeh... ku setkan api TAHAP MINIMA.. ALA-ALA KALAU KAU SANGAP! hah! boleh padam api tu :)) dan hasilnya.. bukan main lama benor nak ku tunggu kuih cara tu set... :))

memula membakar tu okeh lagi.. masuk yang kedua.. dan hampir nak terlena kat tepi acuan bahulu tu ku kuatkan api.. :))

Dan hasilnya begini ler ekk..


Cekelat di luar.. hijau di dalam :)) tetapi rasanya i tell you!

PERGHHHH.. meleleh air gula tu bila ku gigit.. bila dah berbuka ler ekk.. :D meh ler kita salin resipi mudah dan sedap ni yaa.. :)

Kuih Cara Manis Warisan




*TSCMG.. i minta izin copy dan paste aje di sini ekk macehh :D*

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

TARRAA!!!

Kuih Cara Manis Warisan



Nampak tak gula yang meleleh celah kuih cara tu.. perghh.. sedap ngko aii!
lemak dan berkrim giteew..:)

Tq so much TSCMG dan Kak Nannie :)

Menu Berbuka 23/7/2012


Nasi putih :D


Sambal Tumis Ikan Bilis


i masak banyak sangat... untuk ku pelbagaikan dan untuk stok simpanan bersahur :D


Singang Ikan Selar Bersama Bendir


Masak kuah tu cetek aje.. masam-masam sikit waduhh.. :)


ikan selar goreng garing-garing.. 
tetiba terasa macam garing aje i.. :))


Pencuci mulut.. Kuih Cara Manis Warisan

Sekian sahaja.. menu berbuka i Ramadan yang ketiga.. Insya~ALLAH esok panjang umur i kongsi lagi resipi berbuka yaa..:)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
BERSEDIA SOALAN KE ~ 18???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


:
:
:
:
:
Laaa punyalah mudah soalan tu yaa.. cecewahh bukan semua orang tahu mengira benda berlobang tu  tau ;)

:
:
:


Assalammualaikum...

TATA!!


Tips Dan Persiapan Berbuka 23/7/2012 Dan Terima Kasih Teman Bertuah...


Assalammualaikum... Wahh dah masuk Ramadan ketiga hari ini. Seronok betul..kalau puasa setahun kan best :D

Okay nampak tak acuan di atas tu.. basah lagi tu.. baru keluar almari dan baru sekarang ni sedang bersidai bawah panas.. sebab petang nanti nak ku buatkan sejenis kuih manis melayu dari resipi dari salah seorang blogger masak-memasak yang cukup terkenal di MALAYSIA! ya giteww.. siapakah gerangan insan istimewa itu?
sabor tunggu petang nanti.. :D

MENU BERBUKA PUASA 23/7/12

  1. Nasi Putih :D
  2. Sambal Tumis Ikan Bilis :D
  3. Singgang Rebus Ikan Selar & Bendir :D
  4. Ikan Selar Goreng Garing :D
  5. Kuih Cara Manis Resipi Warisan *resipi rakan blogger* :D
  6. Kuih pedas.. tu sambal tumis ikan bilis tuuu... :))
Insya~ALLAH petang nanti i share resipi dan gambar berbuka puasa ketiga hari ini ya :)

TIPS DAPUR HARI INI 



Ikan bilis.. dulu masa kecik-kecik inilah kerja i masa nak dekat berbuka.. kena tolong siang ikan bilis.. bukan sikit-sikit dekat 2 KG! siapa punya kerja? i ler yang kena buat.. siapa yang punya angkara? My Beloved Bonda ler.. :)) Skill to okeh.. skill :D

Okay ikan bilis ada pelbagai jenis, i suka pilih ikan bilis yang putih dan tidak berapa besar. Isinya lebih sedap, lemak dan kalau di goreng memang ler garing!

Biasanya jika ada kelapangan i akan duduk menyiang ikan bilis tu ya.. kupas cukuplah untuk di masak sehari ke dua hari.. nak kopek bebanyak Malas :D so jadilah.. selepas di siang ikan bilis tu masukkan dalam bekas kedap udara yang jernih dan mudah nak nampak. Simpan dalam peti sejuk dan bila nak masak senang nak cari dan dah siap bersiang, ya giteew.. :D

TIPS dari BONDA sejak i kecil lagi bila nak siang ikan bilis : "BACA SELAWAT! jangan nak menyanyi pulak!" ya giteww.. bonda i garang benor.... sekarang tidak lagi :D


Cili kering i tak buang biji.. buang biji masa zaman kekanak aje dulu.. bukan sikit2 yang ku gunting dan buang biji, dekat 5KG pun pernah! apa agaknya yang bonda i masak dulu ekk? :D

Sekarang tidak lagi. Kalau nak masak apa jua hidangan yang menggunakan cili kering, i akan cuci terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk, tutup dan rebus sehingga beruap.
Selepas itu biarkan sehingga sejuk.
Cuci dan tapis, barulah di kisar dengan sedikit minyak agar mudah dan lancar ketika di mesin.
Kisar banyak2 dan stok dalam peti sejuk i tak berapa suka.. i prefer fresh.. jam tu baru cekut nak masak berapa banyak.. :D


Sambal Tumis ikan bilis sedang bertumis.
Sambil siang ikan bilis i tumis dan renehkan lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dengan api paling kecil.
Sentiasa di kacau dan jangan sampai hangit.


Huaahhh... adunan batter kuih cara pun dah siap..
hanya tinggal di bakar dalam acuan bahulu tu aje nanti..
resipi siapa???
tunggu petang nanti :D


daun pandan dan minyak canola oil pun dah siap dah.. standby untuk petang nanti :D

Sekian TIPs untuk hari ini :)


______________________________________________________

TERIMA KASIH TEMAN


Kesempatan ini i ingin mengucapkan buat semua teman-teman blogger baru dan lama yang sudi add i sebagai rakan blogger dan sudi meninggalkan komen walaupun semenjak dua menjak ini komen anda tidak berbalas.. sebab terlalu sibuk... TETAPI I TETAP BACA dengan hati yang cukup GEMBIRA :D ya, giteeeww..:)

Terima kasih juga i nak ucapkan kepada rakan blogger yang sudi berkongsi info di wall masing-masing semenjak i menganjurkan KUIZ 'LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA SEMUA, YA, GITEEW..' :D

Walaupun rakan-rakan ku ini tidak turut serta tetapi beliau semua dengan ikhlas hati telah turut sama berkongsi info tentang kuiz di atas di wall FB masing-masing. Insan itu ialah... KLIK di bawah itu untuk kenal dan add mereka semua tu sebagai rakan blogger kita semua ya.. biar meriah dunia blogger kita semua :



dan juga..




_____________________________________________________________________________

DAN SENARAI PESERTA SETAKAT INI 23/7/12
*setelah mengikut terma dan syarat 5 LANGKAH*



  1. http://asyifamustaffa.blogspot.com/
  2. http://qasehququinnie.blogspot.com
  3. http://hanasafirahidayah.blogspot.com/
  4. http://dapurcikwan.blogspot.com/
  5. http://salamisimon1.blogspot.com/
  6. http://zila4ever.blogspot.com/
  7. http:/rziehany.blogspot.com
  8. http://salmikhairil.blogspot.com
  9. http://azillakhalison.blogspot.com/
  10. http://galeriduniaku.blogspot.com
  11. http://shimasall.blogspot.com/
  12. http://jemariasmara.blogspot.com
  13. http://branipunyabudak.blogspot.com
  14. http://whymore.blogspot.com
  15. http://chocoani.blogspot.com
*PENYUMBANG TRAFIK TERTINGGI ADALAH KEUTAMAAN UNTUK PEMENANG, SELAIN MENJAWAB DENGAN BETUL, SOALAN KUIZ TERKUMPUL*




Assalammualaikum... :)

Jumpa petang nanti....

TATA!!




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ