ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, July 21, 2012

Roti Jala Dan Daging Bryani Masala 21/7/2012


Assalammualaikum, :)

Syukur Alhamdulillah selesai sudah puasa yang pertama kita sebagai umat islam di bulan Ramadan ini. Ada yang kekenyangan sampai sujud lama benor atas tikar sembahyang tu ke? :D
Wahh.. kalau ada samalah macam Alif Bom! Bom!


Cak! tu dia Alif nampak cengkung tak sehari berpuasa? :))
Alif kirim salam kat you all semua.. dia cakap dia okay setakat ni. cuma dia kata kain pelikat dia longgar sikit dah... :))

Berbuka kat rumah Alif petang tadi, N3 berbuka secara marathon beramai-ramai kat rumah Alif tu lain N3 i share ekk.. :)


Roti jala yang kujala petang tadi.. bukan sesikit yang ku jala.. dekat 2kg!!! dan Alif adalah penyebab semua yang ada di meja makan terpaksa berebut! :D


Daging Briyani Masala ini ku masak dekat setengah kilo daging cincang... pun juga...
Alif adalah penyebab utama semua yang nak kan lauk tu kena Mama Alif yang tukang sendukkan... kalau tak.. asyik ke pinggan Alif.. Alif jugakkk :))

ROTI JALA


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil garam *secukup rasa
100 ml susu cair + 350 air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
sedikit minyak 
acuan roti jala
kuali non stick

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan pukul atau bancuh sehingga sebati dan tidak berketul dengan menggunakan whisker atau pun handmixer. *i guna whisker* selepas itu tapiskan.

Lengserkan sedikit minyak di atas kuali non-stick dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan roti jala.
Jala mengikut cara anda :))
angkat dan lipat/gulung.
sedia di hidangkan bersama kuah kari, serawa durian, jem atau apa sahaja yang anda semua impikan :D



masa menjala roti ni.. i buat timing... mula jam 4:28 petang tadi dan selesai 5:23 petang..perghhh itu nama... berdesup! sebab takut terlewat sampai rumah Alif... :D


i tepikan sikit untuk bersahur esok pagi.. dengan motto.. tak sanggup bersahur maggi lagi :))

DAGING BRYANI MASALA


i guna susu cair, dan rempah briyani masala tu memang tak kekuningan atau keemasan atau kecoklatan...


ya, giteww kelernya.. tak tahu nak ku terangkan..
rempah ini i beli di pasaraya Maideen.. tempat lain i tak tahu gimana pulak rupanya..:) 100gm RM4.. wahh detailed giteww..:)

DAGING BRYANI MASALA

1/2 kilo daging cincang
1 tin susu cair *tu yang Alif suka, lemak dan berkrim :D*

3 biji kentang *dadu kasar
1 tin kacang kuda *siap berebus* ada di pasaran
2 pelepah daun kari
2 helai daun salam *bay leaf*
1 keping asam gelugor

BAHAN TUMIS :

2 biji bawang besar *dadu
5 ulas bawang putih *dadu
3 cm halia *hiris
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil 5 spices *ada di pasaran*
2 sudu besar serbuk briyani masala

2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
sedikit minyak dan 1 sudu besar minyak sapi

CARA :

Panaskan minyak dan minyak sapi. Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu. 
Masukkan daun kari, kentang dan daging cincang, renehkan sebentar.
Masukkan susu cair, asam keping, daun bay leaf dan renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau.
Setelah kentang dan daging empuk, masukkan kacang kuda, kacau rata sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

DAGING BRYANI MASALA


bila dah selesai makan dan hanya tinggal kuah aje kan.. tetiba Alif berbunyi...

"Kenapa kuah dia warna lain comet?"

Perghhhhhhhhhhh... setelah habis! bagus.. :D


Kek coklat 5 pintu pun dah sampai ke pintu rumah Alif..
dan dah selesai masuk perot Alif juga :))



Dengan jelingan manja.. Alif ucapkan Alhamdulillah... :)


Sekian sahaja.. itu sahaja menu hidangan i untuk berbuka puasa.. lain-lain hidangan di rumah Alif tu nanti i share lain N3 ya.. selamat bersahur!
kali ni i dah kunci 5 biji HP tepi bantal i :))


Assalammualaikum...

TATA!!

Persiapan Bersahur Dan Berbuka, Dan Kuiz Juga!


Assalammualaikum, :)

Selamat berpuasa kawan-kawan :D

Ada sesiapa yang nak tahu i bersahur apa untuk puasa pertama ni ke?
Okay nak resipi bersahur i pagi tadi bersamaan Ramadan pertama 2012... MENU BERSAHUR RAMADAN PERTAMA 2012 :D

kenapa tak share resipi bersahur kat sini? ;)) pergi ler jengah dulu :))

PERSIAPAN BERSAHUR DAN BERBUKA :D


2012 adalah tahun pertama i membuat persiapan bersahur dan berbuka tanpa pembantu rumah. Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya memang segala persiapan yang ringan-ringan my PA yang buat. Tetapi tahun ni i tak ada maid.. tahun depan Insya~ALLAH tunggu PA lama i kembali bertugas. Sekarang sedang sarat hamilkan anak pertama dari suami kedua, wahh semua ku ceritakan ekk.. :))



Awal-awal lagi i dah kupas kulit bawang putih.... masukkan dalam bekas tupperware dan jangan di cuci yaa.. bila nak guna baru di cuci tahan lebih 2 minggu... bawah tu alaskan dulu dengan kertas surat khabar lama, ya giteww :D


bawang kecil dan bawang besar gitu jugak.. kupas kulit jangan cuci dan simpan dalam tupperware. Bekalan di atas tu tahan untuk i masak sahur dan berbuka untuk seminggu atau berlebih atau kurang :D


halia i kupas sebuku khas untuk masak 1-3 hari sahaja. Yang lelain tak kupas kerana halia kalau lelama dia berlendir.... dan kering.


Bila dah siap, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. Esok atau bila-bila nak guna tinggal cuci dan potong, dah jimat masa. Cili kering i tak buat macam tu.. bila nak guna baru i cuci dan rebus, baru kisar banyak mana yang nak gunakan.
So dah tahu macam mana i susun kerja dapur i dan selepas tu boleh menghadap PC suka hati i :))


______________________________________________________

PERSIAPAN BERBUKA PETANG NANTI BERSAMAAN 1 RAMADHAN 2012


acuan roti jala telah di keluarkan. Tinggal menunggu masa untuk menjala sekejap sahaja lagi.


Aduanan roti jala telah siap berbancuh dan sendang berehat dengan amannya sebelum ku jala sebentar sahaja lagi.


Kuah briyani daging masala istimewa untuk di makan bersama roti jala suah siap di masak dan sendang di rehatkan untuk lebih mesra dan pekat kuahnya.

Semua hidangan di atas itu bakal ku bawa ke rumah Abang dan makan bersama keluarganya dan Bonda yang turut sama ada di situ. i masak ringkas sebab bonda dan kakak ipar masak nasi berlauk..
wahh giteww....

Resipi dan hidangan di atas tu akan i kongsikan buat you all semua.. petang sedikit setelah selesai segala urusan dan kalau tak sempat malam i share yaa... tunGuuuu.... :)


______________________________________________________

ADA SESIAPA YANG INGIN JOIN KUIZ TERKUMPUL MUDAH??
MASIH SEMPAT LAGI!!!
TARIKH TUTUP 2 MINGGU SEBELUM AIDILFITRI

*Pstt.... dengar cerita ada $$$ Raya laaa* ;)



UNTUK SOALAN TERKUMPUL SETAKAT INI....



UNTUK TAHU APA HADIAH YANG ADA SETAKAT INI...


*Psstt... dengar cerita tak lama lagi akan di paparkan HADIAH PEMENANG UTAMA.. hadiah yaa bukan peserta yang MENANG* :)) :)) :))

INGAT.. penyumbang trafik paling banyak adalah PENYUMBANG KE ARAH PEMENANG UTAMA... :)

______________________________________________________

SENARAI PESERTA YANG TURUT SERTA SETAKAT INI :





Tunggu i masukkan menu berbuka dan resipi petang nanti yaa... Ohh yaa... CLUE dan JAWAPAN untuk SOALAN YANG KE~12 telah berada di mana-mana... :))

Assalammualaikum..

TATA!!



Friday, July 20, 2012

Kek Coklat 5 Pintu Siap! Ya, Gitewwww


Assalammualaikum :) Kek Coklat 5 pintu telah berjaya ku make~up! dan telah pun ku hantar ke rumah jiran sebelah-menyebelah.
Dengan motto.. bila tiba bulan puasa ramai jiran dok cerita..

"Kat tv tu dok iklan coklat aje bulan-bulan puasa macam ni, buat kurang pahala puasa aje. Dah tu yang kanak-kanak dok merengek lapo!"

ya, giteww... kisah beberapa tahun dahulu dan tahun ini i begitu peka terhadap masaalah seperti di atas :))

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak


Sama-samalah kita yaa kawan-kawan.. :D


Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.. i dah ada idea apa yang ingin ku kongsikan kepada semua kengkawan.. bermula hari esoklah yaa.. memacam yang i nak share.. apa dia?
kan dah kata esok :D


Kek coklat 5 pintu yang di atas ini ialah khas buat keluarga Abang yang bakal ku bawa hari esok, sebab berbuka di sana bersama bonda. Nampak tak topping coklat ganache yang tak penuh tu?
Haaa.. bukan lokek tetapi... bonda memang tak suka kek coklat yang penuh, muak katanya. Kalau kek marble dia suka.. kek marble minggu depan i buatkan ekk.. versi puasa baek punyer! demi Alif Bom! Bom! haaa i bubuh jugak cekelat cam tu.. ya giteeew :D


Kek Coklat 5 pintu di atas ini i buatkan khas buat ibu mertua kesayangan. Dia pun tak suka kek coklat sangat.. tapi anak, cucu dan menantunya yang berkumpul di rumah mertua ahad nanti suka :D so i buh topping coklat ganache bebanyak :)

JOM! KITA BUAT DULU..

KEK COKLAT 5 PINTU


UNTUK 2 ADUNAN SEBAB HANTAR 5 PINTU :D

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A

2 tin susu cair
4 biji telur
2 cawan gula castor
1 sudu kecil garam halus
2 cawan minyak *corn oil*
1 sudu besar esen vanilla

BAHAN B

4 cawan tepung kek
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko *van hauten*

*BAHAN B SEMUA DI AYAK BERSAMA*

CARA :

Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 15 minit terlebih dahulu.
Campurkan *BAHAN A* dan putar sehingga gula larut dan kesemua bahan sebati *anggaran 5 minit*
setelah itu,
Masukkan *BAHAN B*sedikit demi sedikit dan putar sehingga kesemua bahan selesai dan putar lagi sekitar 4 minit.
oleskan loyang kecil 16cm bersama sedikit minyak dan alaskan dengan kertas minyak.
Bahagikan adunan dan bakar di dalam oven selama lebih kurang 35-40 minit.
Setelah kek masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.


kek tu merekah sebab terlalu lama dalam oven :D
i terlupa ;))


keluarkan dari loyang..


potong kepada dua bahagian


sapukan di tengahnya dengan blue berry filling...
terus jiran i feeling :D


ya, betul begitewww :)
tangkupkan bahagian yang satu lagi...


sedia di curahkan dengan coklat ganache dan hiaslah mengikut kreativiti anda :D

TARRAA!!!

KEK COKLAT 5 PINTU


yang ni jiran i punya sebelah kanan... *kalau menghadap jalan* :))


yang sebelah lagi toppingkan lagi dengan cekelat sebab dia tak de diabetes :D


guna whipping cream.. dah cair :D


jadi jiran i dapat menikmati KEK COKLAT 5 PINTU sebelum berpuasa esok hari :))


KEK COKLAT 5 PINTU
rumah ibu mertua :D


dari sipi bahagian kanan... 


dari sipi bahagian kiri... :))


KEK COKLAT 5 PINTU
Bonda dan keluarga Alif Bom! Bom! punye :D


secara sipi bahagian kanan.. :D

KEK COKLAT 5 PINTU


i punye :D
wahh sha ko punya bukan main tebal cekelat?? ini tidak adil!
ehem! setakat ni kat rumah ni tak ada yang berpantang bab cekelat tu yang melampau ku bubuh :))

i punye secara sipi.. bahagian kanan.. :)


Sekian sahaja.. selamat bersahur dan berpuasa esok hari ya kawan-kawan..
kurangkan makan.. lebihkan amal.. :D

Assalammualaikum...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
BERSEDIA SOALAN KE~10???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Selamat mengira.. scrool down up and down :))

Good luck!

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ