ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, June 18, 2011

UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES

UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES

UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES

Emboi... emboiii.. panjang bebenau nama resipe cheese cake i kali ni ekk.. nak tahu kenapa??? cenggini ceritanya.... beli 2 peket biskut oreo... simpan dalam chiller tu hah... yang kita ni tiba masa nak membikin tu tak ler pulak di periksa... ada lagi ke tidak biskut oreo kat dalam chiller tu.... masa dah di bancuh tu baru terperasan 'ALAMAK!!! TINGGAL SEPEKET!!!!' terus pitam jap! muaahhahaa.. kepala pening jap...bebahan semua dah tersedia.. pantang betul kalau tak jadi di bikin tau... maka dengan usaha yang gigih... cewahhh.. ada pulak chocolate banana cake yang masih berbaki.. maka telah kucampurkan sedikit biskut oreo dan banana cake tu maka... tu yang tapak/base cheese cake tu berperisa banana and oreo giteewww... errmm.. korang paham ke tak ni??? alah buat-buat paham aje udah ler yerk.. apa pun... cheese cake i tu pun dah selesai dengan JAYAnya... malah laku sehingga tak sempat di simpan sepotong dua.. untuk ulang kunyahan muahahaa....:):):) *mungkin resipe ni agak mengelirukan... pepandai ler korang memahamkannya yerkk... sekadar berkongsi!!!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES



UNTUK TAPAK/BASE :

50gm mentega ~ cairkan
5 keping biskut oreo/coklat
banana cake/crumbles ~ *atau apa jua saki-baki kek yang tak habis tu ekk* hancurkan

CARA MENYEDIAKAN TAPAK/BASE

hancurkan biskut oreo/coklat campurkan bersama banana cake dan mentega sehingga sebati
tekan dan padatkan di atas acuan cheese cake sehingga benar-benar rata dan padat

UNBAKED CHEESE CAKE :

500gm philedephia cheese
150gm gula kastor
200ml cream
150gm peanut butter/mentega kacang *crunchy*
2 sudu besar gelatin *halal* larutkan bersama air panas yang mendidih
biskut oreo untuk di masukkan dalam adunan cheese dan ketepikan sebahagian untuk hiasan *pepandai ler anggarkan sendiri yerk*
*sedikit serbuk koko untuk tabur di atasnya*

CARA MENYEDIAKAN UNBAKED CHEESE CAKE :

putarkan cheese bersama gula sehingga gula larut
masukkan cream dan putar lagi sehinga kembang
masukkan gelatin yang telah di larutkan bersama air mendidih dan kacau rata
masukkan peanut butter dan kacau lagi
masukkan adunan ke dalam acuan dan selang selikan biskut oreo mengikut kreativiti anda... cewahhh!!!
taburkan sedikit serbuk koko di atas adunan
simpan di dalam chiller selama 4-5 jam atau semalaman lagi elok!

TENGG!! TARRRAA!!!!
UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES
 YOMMY!!!!!!!
 SANGAT MENGGEMOKKAN!!!!
BUKAN SELALU PUN... MUAHAHAA....:):)

TATA!!!!


CHICKEN ROSEMARY


CHICKEN ROSEMARY

Terus terang cakap.. i memang pencinta herba omputeh! yer English herbs ler yerk... tekak anak-anak di rumah ni pun memang lebih cenderung kepada masakan yang berherba... cuma setiap masa tu kenalah memasak hidangan melayu kita sebab pak habibi i memang kurang sikit dengan herbs omputeh ni... manjang asam pedas dan gulai jerk.. so kebiasaannya i masak hidangan melayu waktu siang dan sebelah malam lebih kepada western style.. lebih mudah dan ringkas... Rosemary herbs ni pun salah satu herba yang i paling suka.. so memang sentiasa ada stok serbuk atau pun daun segar rosemary..:):)


JOM!! SALIN RESIPE!!!
CHICKEN ROSEMARY

AYAM

8 keping peha ayam + kepak ayam
2 sudu besar tepung gandum + 1 sudu besar serbuk lada hitam *corsed blackpepper*
sedikit garam
*GAUL RATA*

CARA MENYEDIAKAN AYAM :

tepuk-tepukkan ayam di dalam *tepung yang telah di campurkan*
goreng bersama sedikit minyak sehingga keperangan *tidak terlalu garing sekadar kekuningans sahaja* angkat dan ketepikan

BAHAN-BAHAN LAIN : *TUMIS SEMUA SEKALI*

1 biji bawang kuning ~ dadu
6 ulas bawang putih ~ belah dua
2 batang lada hijau ~ belah dua tak putus
1 batang lada merah ~ belah dua tak putus
2 sudu besar serbuk rosemary
1 sudu besar *corsed blackpepper*
2 biji tomato ~ belah empat
1 batang celery ~ potong 2 inci
1 batang karot ~ potong 2 inci
sedikit air

CARA MEMASAK :

Tumiskan *KESEMUA BAHAN-BAHAN DI ATAS*
sehingga naik bau
masukkan ayam dan gaul rata
masukkan sedikit air dan renehkan sehingga ayam masak/empuk *api paling kecil/reneh lama* lebih kurang 30 minit
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
CHICKEN ROSEMARY

MUDAH DAN SEDAP!!! MAKAN BERSAMA ROTI PUN BEST!!

TATA!!!

IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU


IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU

I memang ler suka mengubah suai dan mencuba resipe baru.. hah! yang ini baru ku ubah suaikan resipenya.. perghh.. i tell you memang best! masa nak kunyah ikan bilis tu... kunyah sekali daun limau purut yang di rampai halus.. harum giteeww.... sedap pun ya! tak percaya cuba yaa.. sekadar berkongsi kepada teman-teman semua... itu sahaja.. jangan takut yang mana rentung dan tak menjadi tu.. i tak share.. muahahaa...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU

BAHAN-BAHAN DI HIRIS :

2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
2 batang lada hijau
1 batang lada merah
2 biji tomato
2 helai daun limau purut ~ buang tulang tengahnya/urat daun dan rampai sehalusnya *jangan kasar*

BAHAN-BAHAN LAIN :

3 cawan ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan *benar-benar kering*
1 cawan kicap *lemak manis* jenama *cap kipas udang*
1 sudu besar cuka
sedikir garam dan gula

CARA MEMASAK :

gorengkan ikan bilis sehingga garing
masukkan *bahan-bahan hiris sehingga layu 
masukkan kicap, cuka, gula dan garam
kacau rata, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRRAA!!!
IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU
SEDAP yOUUuUUUU...:):)

TATA!!!


CARU SUMBAT


CARU SUMBAT

Muahahahaha... gelak dulu... cuba sebut nama resipe i tu... macam tergantung giteeewwwkan.... ala-ala tersumbat! giteew... okay masakan ni simple sangat... dan ikan caru adalah ikan keramat bagi pak habibi i tu... so minggu lepas i masakkan ikan caru... caru.. caru... dan caru untuk pak habibi dan anak-anaknya... suka ler pak habibi.... i biasa aje... tapi kalau ikan caru di sumbat... *gelak lagi* memang terbaik!!!

JOM!! SALINR RESIPE!!
CARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
2 inci kunyit
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 sudu besar belacan bakar
gula dan garam
1 keping asam gelugor/asam keping

BAHAN-BAHAN LAIN :

5 ekor ikan caru ~ saiz besar ~ buang perut, belah belakang dan cuci bersih~keringkan terlebih dahulu

CARA MEMASAK :

Gaul rata *bahan-bahan kisar dan sesuaikan rasa sebelum di sumbatkan di dalam ikan
sumbatkan *bahan-bahan kisar di belahan belakang ikan dan di dalam perut ikan
panaskan kuali dengan sedikit renjisan minyak masak
bakar sehingga ikan masak atau garing kulitnya
angkat dan hidangkan bersama kuah kicap atau kuah asam!

TENGG!!! TARRAA!!!
CARU SUMBAT
MUDAH AJE TU KAN.. KAN...:):)

TATA!!!


BURGER BERSOS


BURGER BERSOS

Burger bersos.... yer ini ler hidangan untuk gengs di rumah ni yerk..  mesti kena bikin punyalah! i sorry sentuh pun idak.. jemu-jelak dah rasanya... bayangkan berbelas tahun asyik ler ini aje yang di masak... paling kurang sebulan sekali tak pun kekadang tu naik sampai seminggu dua kali! bayangkan anak bujang tu dah berusia 17 tahun... tu aje ler korang tolong bayangkan.. lebih dari itu... cuba ler yerk! simple aje tu..:):)


JOM!! SALIN RESIPE!!!
BURGER BERSOS

BAHAN-BAHANNYA :

6 keping daging burger ~potong 4 *jenama RAMLY*
1 biji bawang kuning ~ potong dadu
4 ulas bawang putih ~ potong dadu
2 batang daun bawang ~ potong
5 sudu besar sos tomato/sos cili
1 sudu besar mentega untuk menumis

CARA MEMASAK :

cairkan mentega di dalam kuali
tumiskan bawang kuning, bawang putih, daun bawang sehingga naik bau
masukkan daging burger dan kacau rata sehingga daging masak
masukkan sos tomato/cili dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
BURGER BERSOS

Makan bersama roti pun sedap!!

TATA!!


Thursday, June 16, 2011

ASAM REBUS NENAS IKAN SELAR


ASAM REBUS NENAS IKAN SELAR

Assalammualaikum kawan-kawan... jarang betul sekarang ni nak up date blogs resipe masakan harian i ni kan... memang sedang sibuk sangat sekarang ni... walau sibuk macam mana pun tetap jugak memasak... so hari ni i cuba luangkan sedikit masa masukkan jugak resipe yang dah beratur menanti giliran untuk di masukkan... hmmm.... Insyallah bila segala urusan selesai... segalanya akan kembali seperti asal... ~wallahulam~

JOM!! SALIN RESIPE!!
ASAM REBUS NENAS IKAN SELAR

BAHAN-BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah *saiz sederhana*
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
8 batang cili kering
1 batang lada merah
1 sudu besar belacan bakar

BAHAN-BAHAN LAIN :

3 ekor ikan selar *saiz sederhana*
2 keping asam gelugor/asam keping
5 cawan air
1 biji nenas *potong*

CARA MEMASAK :

campurkan kesemua *BAHAN KISAR, asam gelugor, air dan renehkan
setelah mendidih masukkan nenas dan sesuaikan rasa
masukkan ikan setelah masak angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
ASAM REBUS NENAS IKAN SELAR

Tunggu.... lebih banyak resipe yang akan i kongsikan kepada kengkawan...:):)


Tuesday, June 14, 2011

AGAR-AGAR STRAWBERRY YUMMY!

6

AGAR-AGAR STRAWBERRY YUMMY!

YUMMYYYY!!!!! yuummmmmYYyyyy!!!! Maunya tak yummy... kalau dah namanya agar-agar... dah tu ada strawberry... memang YummYyyy.... udah ler jelly tu lembut giteewww.... rasa manis... dan lemak susu cair... buh pulak strawberry masam-masam... manis giteewww... YummyYYyyy!!!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
AGAR-AGAR STRAWBERRY YUMMY!

BAHAN-BAHANNYA :

1 peket agar-agar kering
6 cawan air
2 cawan gula pasir
1 sudu besar perisa strawberry
1/2 tin susu cair
6 biji buah strawberry *potong dadu*
stawberry untuk hiasan

CARA MENYEDIAKANNYA :

campurkan agar-agar bersama air dan renehkan di atas api. sentiasa di kacau dan jangan sampai membuak
setelah agar-agar larut masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga larut
masukkan susu cair dan perisa strawberry
taburkan buah strawberry yang telah di dadu ke dalam acuan 
setelah itu tapiskan agar-agar ke dalam acuan
biarkan sejuk atau set sebelum di masukkan ke dalam chiller
setelah sejuk hidangkan bersama buah strawberry segar!!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
AGAR-AGAR STRAWBERRY YUMMY!

SLURPPPP..... YUMMYYYYY!!!!

TATA!!


PISANG GORENG RANGUP


PISANG GORENG RANGUP 

RANGUP????? YER... SANGAT RANGUP!! bebahan yang di gunakan pun teramatlah jimat belanja.. tetapi hasilnya memang TERBAIK!! kalau stok tepung beras atau tepung goreng pisang habis... tapi pisang masak berlambak di dapur tu.. inilah jawapannya... rangUUpppPPppp... YoUuuuuu...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
PISANG GORENG RANGUP

10 biji pisang nipah/tanduk
minyak untuk menggoreng

BAHAN UNTUK BATTER :

3 cawan tepung gandum
sedikit garam dan gula
4 sudu besar minyak masak *BENAR-BENAR PANAS MENGELEGAK*
air secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA :

campurkan tepung gandum, gula dan garam *anggaran gula 1 sudu kecil*
masukkan minyak panas dan gaul rata
masukkan air dan gaul sehingga menjadi batter/adunan yang pekat
celupkan pisang ke dalam batter dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!
PISANG GORENG RANGUP
MEMANG RANGUP!!!
nak tahu macam mana i makan pisang goreng sejak azali lagi??? tu dia... cecahkan bersama....
GULA DAN BUTTER masa panas-panas!!!
TERBAIK!!!

TATA!!!


AYAM GORENG BLACK PEPPER *ORANG BUJANG*


AYAM GORENG BLACK PEPPER 
*ORANG BUJANG*

Tajuk yang akhir tu... lain benor bunyinya.. Muaahhaa....  *ORANG BUJANG* kenapa orang bujang??? yer sebab ini ler salah satu resipe menggoreng ayam dengan begitu mudahnya.. jimat belanja dan masa... memang sesuai untuk orang bujang! cewahhh... walaupun i tak bujang tetapi ayam goreng sebegini guper adalah penyelamat di kala malas nak memasak lelama di dapur tu hah! Okay ayam goreng blackpepper orang bujang ni.. akan i masak apabila ayam yang tinggal hanyalah saki baki... tinggal ala-ala tulang, kaki, leher dan tut! jadi ini ler resipe yang paling sesuai untuk segala spare-part tu yerk.. tak percaya cuba! manjang asyik di supkan aje.. jemu laa....:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
AYAM GORENG BLACK PEPPER 
*ORANG BUJANG*

1/2 kg ayam *bahagian tulang/saki-baki*
3 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar lada hitam kasar *tumbuk renyah tau corsed pepper*
sedikit garam

CARA MENYEDIAKANNYA :

gaul rata semua bahan-bahan 
perapkan selama lebih kurang 1 jam
panaskan minyak dan goreng sehingga ayam bertukar keperangan
angkat, toskan dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
AYAM GORENG BLACK PEPPER 
*ORANG BUJANG*



BETUL TAK???? KAN KE MUDAH TU.. AYAM GORENG BLACK PEPPER *ORANG BUJANG* memang TERBAIK!!! MUST TRY..:):) 

TATA!!!!

ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI


ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI

Sawi Kimchi???? Yer tuan-tuan dan Cik Puan-puan... sawi kimchi pernah dengar??? kalau sesiapa yang pernah ke Jepun atau menonton cerita Korea kat TV tu hah... yer tu ler sawinya... sawi asin tahu??? yer betullah tu... tapi yang i masukkan dalam Asam pedas tu ialah sawi yang masih segar dan belum lagi di awet untuk dijadikan sawi asin ataupun kimchi. Asalnya ke pasaraya... sedang tertinjau-tinjau mencari sayur tu... adalah sorang Mak Cik ni tau... dia terus cakap cenggini... "sawi ni kalau masukkan dalam asam pedas memang best!" wahhh!!! dapat lagi satu ilmu.. so i pun beli ler dalam sepokok... memang pahit sayur sawi tu tau.. tapi bila dah di masak dalam Asam pedas... perghhhh.. i tell you... memang sedap!!! tak percaya cuba! *sentiasa bermusim*

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI

BAHAN-BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu besar belacan bakar
25 tangkai cili kering

BAHAN MENUMIS : *HIRIS*

1 biji bawang merah *saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba

BAHAN-BAHAN LAIN :

3 ekor ikan selar *saiz sedang
1 pokok sawi pahit
1 genggam asam jawa *jadikan 5cawan air*

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumiskan *Bahan-bahan menumis sehingga naik bau. Masukkan *bahan-bahan kisar dan renehkan sehingga bahan masak atau pecah minyak *api sederhana
masukkan air asam jawa dan batang sawi dan didihkan
masukkan ikan selar dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRRAA!!!
ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI

jiran i pun cakap SEDAP!!!

TATA!!!


Monday, June 13, 2011


SAWI MANIS GORENG

Sweet lettuce atau nama melayunya... SAWI MANIS... jarang beli sayur ni tau... bila bershopping barang dapur tu ternampak sayur ni... nampak cantik dan segar.. tu yang beli 2 pokok... cuba gorengkan dengan ikan bilis.. masa menggoreng tu jangan lama... dah nak angkat baru masukkan sayur tu... perghh... memang manis, rangup dan sedap!!!! *tengah musim di pasaraya sekarang ni*

JOM!! SALIN RESIPE!!
SAWI MANIS GORENG

BAHAN-BAHANNYA :

2 pokok sawi manis/sweet lettuce ~ potong rampai
1 biji bawang merah *saiz sederhana ~ hiris
1 biji buah tomato ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
secekut ikan bilis
1 batang lada merah

CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan batang sawi sehingga naik bau
masukkan tomato dan sesuaikan rasa
masukkan sayur sawi
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRRAA!!
SAWI MANIS GORENG
memang sedap!

TATA!!!

Sunday, June 12, 2011

KARI DAGING


KARI DAGING

Tajuk resipe masih di bawah kata laluan cuti sekolah... muahahaa... yer ini ler salah satu hidangan semasa cuti sekolah... masak kari daging bubuh kentang dan karot tu biar lebih sikit.... bayangkan ada 8 orang kekanak riang di bawah usia 12 tahun... yang lebih 12 tahun tu toksah ler kita kira yerk... jadi masa nak sendukkan lauk ke pinggan kekanak tu... buhkan kentang dan karot tu sebanyak idak.. tang daging tu kurangkan...dengan alasan... 'SAYUR BAGUS UNTUK KORANG SEMUA SEBAB MASIH KECIK!' agihkan pulak daging tu kepada yang berusia atas 30 tahun!!!! dengan alasan... 'YANG BERUSIA MEMERLUKAN STAMINA YANG LEBIH!!!' muahaha.. boleh giteeww??? boleh aje... makan reramai... berebut-rebut... makan nasi renjis kicap pun sedaPPPP!!!  *RESIPE DI BAWAH NI I SHARE UNTUK 1 KG DAGING.. tapi i masak 2KG daging!!*..... terus *PENGSAN*

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI DAGING

BAHAN-BAHAN KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
10 batang cili kering
1 peket rempah kari daging

BAHAN TUMIS:

1 biji bawang merah *saiz kecil
1 ulas bawang putih
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 inci kayu manis

BAHAN-BAHAN LAIN :

1 kg daging
3 pelepah daun kari
6 biji kentang
2 batang karot
2 biji buah tomato
1 biji kelapa *perah 2 kali untuk kuah
air untuk mereneh daging

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak tumiskan *bahan-bahan tumis sehingga naik bau, masukkan *bahan-bahan kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak, masukkan sedikit air
masukkan daging dan renehkan sehingga daging empuk
masukkan kentang dan karot bersama santan
setelah kentang empuk masukkan buah tomato
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
KARI DAGING
Tu dia.. kari daging cuti sekolah!

TATA!!!



Saturday, June 11, 2011

JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA


JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA

Minum petang hari terakhir cuti sekolah...:):):) sok sunyilah rumah ni... semua yang datang berkunjung akan pulang ke destinasi masing-masing... hmm... dua minggu cuti sekolah bersamaan 14 hari bermakna i telah menyediakan 14 jenis hidangan minum petang.... cuba bayangkan betapa sibuknya sepanjang cuti sekolah ni... tu belum lagi juadah makan tengahari dan makan malam... kalikan dengan 14 hari.... tetiba... *PENGSAN!!!!* penat memang penat... tetapi berbaloi-baloi.... masak aje habis! masak aje habis! tak masak????? kalau tak memasak tu maknanya ada jamuan kenduri kawin laa.... hehee...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA

BAHAN-BAHANNYA:

12 biji pisang lemak manis + 5 sudu besar gula ~ DILENYEK *sesuaikan manis*
2 cawan kelapa parut *putih sahaja*
4 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat *ayak bersama*
secubit garam
sedikit air *anggarkan kepekatan*
3 sudu besar susu pekat
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati *sesuaikan rasa manis/kurang manis* keadaan adunan haruslah pekat dan kental
perapkan/ketepikan selama lebih kurang 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau warna keperangan
angkat dan toskan!

TENGG!!! TARRRA!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA

Hidang aje atas meja... tak sampai sepuluh minit..... LICIN!!!!
SELAMAT MINUM PETANG..:):)

TATA!!!

PUDING CHOCLATE SCHOOL HOLIDAY YEAY!!




PUDING CHOCLATE SCHOOL HOLIDAY YEAY!!

Biasalah... bila musim cuti sekolah ni kan... peti sejuk tu sentiasa nak di penuhkan dengan pemakan!!! kang ada yang bukak katup pintu sejuk bedam! bedebum! bila tak berisi.. bila penuh dengan pemakan... hah! kurang sikit bedebam! bedebum! apa taknya... semua beratur... dok kerja menceduk puding ler.. kek ler... muffin ler... tu ler penangan musim cuti sekolah ni yerkk....:):) kali ni i buat simple aje... no kuah at all... you know why?? later i story mory kat you all oke..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
PUDING CHOCLATE SCHOOL HOLIDAY YEAY!!


  • 1 peket agar-agar kering
  • 1100ml air 
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh vanilla
  • 4 sudu besar serbuk koko *bancuh dengan sedikit air jadikan paste
  • 1 tin fruits cocktail
CARA MENYEDIAKANNYA :

Cara Memasak Agar-agar :
  • campurkan air dan agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur
  • masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut
  • masukkan susu cair dan koko paste
  • angkat dan tapiskan ke dalam acuan biarkan set
  • angkat dan hidangkan bersama mix fruits!!

TENGG!!! TARRAA!!
PUDING CHOCLATE SCHOOL HOLIDAY YEAY!!


You know why i tak buat kuah kastard??? sebab i malas nak cuci mangkuk! muahaha... dah tu jerk alasannya...:):) segalanya kerana cuti sekolah!!! YEAY!!!

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ