LABU MASAK LEMAK
BERSAMA
TEMPEH DAN KACANG BUNCIS
Kisahnya si labu... yer labu ni rasanya dah beli hampir 2 minggu kalau my PA tak sebut aje memang terlupa nak ku masak muaahaa... so masak ler cik puan labu tu ekk... masak simple macam selalu cuma tambahkan tempeh dan kacang buncis.. rasa tetap sama cuma bertambah ler isi di dalam kuah lemak tu.. jangan lupa buat sambal belacan ikan bilis tau... resipe ada di bawah label... 'pelbagai jenis sambal' dah tu jerk... banyak lagi nak edit resipe untuk kengkawan semua yerk...:):)
LABU MASAK LEMAK
BERSAMA
TEMPEH DAN KACANG BUNCIS
BAHAN TUMBUK :
1 biji bawang merah *saiz sederhana
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
5 tangkai cili kering
BAHAN-BAHAN LAIN :
1/2 biji labu *saiz sederhana ~ potong kecil
10 batang kacang buncis ~ potong 3
2 keping tempeh ~ potong kecil
5 ml santan pekat
CARA MEMASAK :
Campurkan santan dan bahan tumbuk bersama labu renehkan sehingga labu empuk dan sentiasa di kacau
masukkan tempeh dan kacang buncis
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!
simple dan enak you!!
TATA!!
No comments:
Post a Comment