SUP KENTANG DAN TELUR
Jangan pandang sebelah mata oke.... tahu tak you all semua.. kalau i masak lauk sup kentang dan telur di rumah ni hah! bukan main bersorak lagi gengs i di rumah ni tau!! nak tahu kenapa???? muahahaa.. gelak dulu.. sebab gengs i dirumah ni memang pencinta T.E.L.U.R!!!! kalau nak tahu i ada beratus jenis resipe telur... boleh katakan selang 2 hari mesti ada lauk telur!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! boleh jerit tak ekk???? cuma tak kuasa nak ku masukkan dalam blogs resipe ni hah! bukan apa.. takut you all jemu! muahaha.. tu ler dia hakikatnya... telur oh! telur!!!! gasak ler kan.... janji memendekkan tugas tukang masak di dapur ni hah!
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP KENTANG DAN TELUR
BAHAN-BAHAN HIRIS :
1 biji bawang merah *saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN LAIN :
1 ikat sohoon ~ rendam terlebih dahulu
6 biji telur
4 biji kentang ~ potong kecil
secekut ikan bilis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1200 ml air
CARA MEMASAK :
Panaskan periuk dengan sedikit minyak
tumiskan *bahan-bahan hiris dan ikan bilis sehingga naik bau
masukkan air dan kentang dan renehkan sehingga kentang empuk
masukkan serbuk lada sulah dan kacau rata
masukkan sohoon dan pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam periuk *api perlahan masa tu oke
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!!
TENGG!!! TARRAAA!!!
SUP KENTANG DAN TELUR
MAU TAK BERSORAK.. SIMPLE DAN SEDAP KO!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment