Assalammualaikum..:)
Sangat berusaha keras memasukkan N3 tentang biskut raya.. berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya... waktu itu baru sahaja bergelar blogger tetapi satu beskot raya tak ku kongsikan buat semua teman-teman nak tahu kenapa? Bukan kedekut ilmu hepp! i bukan macam tu ehhh... :D
Sebab tahun sebelumnya i terlalu sibuk dengan urusan bisnes.. kecil-kecilan aje.. menjual busana dan tudung :D
Dan tahun lepas i terlalu sibuk membuat persiapan untuk melangkahkan diri memasuki pertandingan MasterChef Malaysia 2011.. :D
Dan tahun ini sibuk jugak! malah lebih sibuk sebab terlalu banyak urusan penulisan yang perlu di uruskan..:)
Namun berkat menguruskan jadual kerja agar teratur dan berjalan dengan lancarnya.. berjaya juga akhirnya berkongsi resipi buat semua teman-teman ;)
Syukur Alhamdulillah buat julung kalinya i berpeluang berkongsi sedikit resipi biskut raya khas buat keluarga di rumah untuk menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba :D
Syukur Alhamdulillah juga blogs dapur maya i ni kian mendapat sambutan dan Jutaan TERIMA KASIH buat semua teman-teman blogger baru dan lama yang sudi datang bertandang di blogs dapur maya ku ini :)
Anda juga adalah sumber inspirasiku untuk terus meraih idea yang kekadang tu di luar kotak fikiran :))
tapi cabaran tu ler yang menyeronokkan i untuk terus berkongsi apa sahaja ilmu yang tidak seberapa ~Wallahualam~
*credit to uncle googles* :D
setiap tahun biskut buah akan sentiasa terhidang di dalam balang biskut i di pagi raya. Biskut kesukaan bonda dan sanak-saudara yang datang berkunjung.
Selalunya i buat biskut buah dan tidak di cetak tetapi akan terus ku potong ketika masih panas dan baru keluar dari ketuhar.
Tahun ini i dapat idea dari gambar di atas di mana.. telah kucetak satu persatu adunan biskut itu dan jadilah seperti...
Perghhhhhhhhhhhhhhh.. macam kurang kerja kan kan :))
memang merumitkan.. apa taknya nak kena sapukan putih telur di atas adunan biskut dan kemudian terpaksalah ku tatahkan dan susun pulak buah-buahan mix fruits itu...
penat tak??
mau taknya.. leceh ler yang oiii... :D
BISKUT PERMATA
BAHAN-BAHANNYA :
- 250 gm mentega
- 220 gm gula halus *kisar*
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100 gm tepung susu {ayak bersama
- 100 gm tepung jagung {ayak bersama
- 260 gm tepung biskut {ayak bersama
- 1/2 sudu empleks *perangup biskut {ayak bersama
- 50 gm serbuk badam {ayak bersama
- ekstra tepung jika adunan agak lembik
- penerap bentuk 4 segi
UNTUK TATAH DI ATASNYA :
- 1 biji putih telur *untuk sapuan di atasnya/gam*
- 300 gm buah-buahan mix fruits
- 100 gm badam *dadu
- 100 gm gula kastor
**CAMPURKAN BERSAMA NO 2,3,4 dan ketepikan*
CARA :
- Putarkan mentega, gula dan telur sehingga sebati.
- Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- Masukkan *BAHAN AYAK* sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuku doh.
- Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Setelah itu terapkan dengan penerap 4 segi, dan sapukan dengan putih telur di atasnya.
- Taburkan/susunkan *BAHAN CAMPURAN BUAH-BUAHAN* sehingga rata di atasnya. *Tekan2 sedikit yaa nanti tertanggal pulak :))
- Panaskan ketuhar dengan suhu 150'c selama 10 minit.
- Kemudian baru di bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut garing.
- Angkat, sejukkan terlebih dahulu baru di simpan di dalam balang!
TARRAAA!!!!
BISKUT PERMATA
Rangup.. harum bau buah-buahan dan enak ler sangat! :D
Dengan menggunakan penerap dan tidak di potong biskut nampak lebih kemas cuma leceh ler sikit.. :)
Sekian sahaja.. selamat berpuasa dan selamat berbuka..
Jumpa di lain N3 biskut raya...
Assalammualaikum.. :D
TATA!!


